PERBEZAAN BIDANG ANTROPOLOGI,
SOSIOLOGI DAN SEJARAH
Dalam bidang sains sosial, terdapat
beberapa bidang dibawahnya yang mengkaji dan meneliti manusia dari pelbagai
aspek. Antaranya termasukah bidang antropologi, geografi, sejarah, sosiologi
dan hubungan antarabangsa. Dalam coretan kali ini, kita akan cuba mengenal
perbezaan antropologi, sosiologi dan sejarah. Ketiga-tiga bidang ini dikatakan
sangat berkait rapat malah setiap bidangnya memerlukan satu sama lain bagi
mengukuhkan kajian dalam bidang masing-masing.
SEJARAH
Disebabkan
saya tidak berada dalam bidang sejarah,saya kurang arif tentang keseluruhan apa
itu sejarah, namun saya akan cuba berdasarkan pengalaman belajar dalam bidang
sejarah dari tingkatan 1 sehingga tingakatan 6 atas dan beberapa subjek elektif
sejarah di UMS seperti subjek Sejarah Malaysia Sebelum Merdeka dan subjek Pengantar
Ilmu Sejarah. Dalam kehidupan seharian, kita sering kali mendengar
istilah "sejarah" ini diucapkan oleh orang ramai. Ya, orang selalu
berkata; "Sejarah telah mengajar kita" atau "anda lupa
sejarah" atau "dalam sejarah hidup saya belum pernah saya mengalami
perkara yang sepelik ini". Maka, apakah yang dimaksud dengan kata atau
istilah "sejarah" ini? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
istilah "sejarah" bermaksud tiga perkara utama;
1. Sastera lama, asal usul (keturunan), salasilah;
2. Peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah riwayat, tambo, dan;
3. Ilmu sejarah, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlalu, tawarikh.
2. Peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah riwayat, tambo, dan;
3. Ilmu sejarah, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlalu, tawarikh.
Di
peringkat universiti, kita akan mengetahui dan mula sedar bahawa sejarah di
peringkat universiti agak berbeza dengan sejarah yang dipelajari di peringkat
sekolah. Di sekolah, kita mengetahui bahawa secara umumnya dalam bidang sejarah
terdapat 4 perkara utama iaitu ekonomi, politik, sosial dan peristiwa sejarah.
Dalam ekonomi,kita akan mengkaji cara manusia dahulu mendapatkan sumber
makanan, mencari rezeki, sama ada dengan berniaga, bercucuk tanam, memburu,
meramu, sistem barter dan sebagainya. Dalam bidang politik pula kita akan
mengkaji corak politik secara asas seperti sistem beraja berpelembagaan,
kepimpinan tokoh-tokoh, kepimpinan ketenteraan, dan lain-lain. Manakala dalam
bidang sosial pula lebih luas apabila kita akan belajar tentang cara hidup manusia,
budaya, adat, agama dan sistem kepercayaan, bahasa dan lain-lain. Peristiwa
sejarah pula adalah perkara yang penting apabila pelajar sejarah akan diasah
untuk mengingati dan memahami peristiwa-peristiwa sejarah yang penting seperti
kemerdekaan Malaysia, perang-perang utama, tokoh-tokoh utama dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, diperingkat
universiti, pelajar akan ditekankan dengan peristiwa-peristiwa sejarah
berdasarkan kronologi, punca peristiwa, kesan peristiwa dan sebagainya. Ianya
dikaitkan dengan sejarah yang beraliran objektif yang mendukung bahawa sejarah
yang ditulis adalah yang sebenar-benarnya yang terpisah dari penulis atau
pengkaji sejarah atau sejarawan dan tanpa perlu dikritik, ditafsir dan
lain-lain. Manakala bagi sejarawan yang beraliran subjektif pula cuba mengubah
bidang sejarah supaya lebih terbuka. Dalam aliran ini, sejarah yang ditulis
boleh dikritik, dipertikai, ditafsir berdasarkan ilmu yang ada pada seseorang
sejarawan, kajian yang dilakukan dengan lebih terperinci, kajian lanjutan atau
kajian perbandingan sejarah yang akhirnya mendorong dalam menghasilkan istilah
‘sentrik’ di mana sejarawan akan menulis fakta sejarah berdasarkan kepentingan,
atau semangat nasional sejarawan tersebut contohnya Malaysia-centric atau
euro-centric. Walaubagaimanapun tidak semua sejarawan di aliran subjektif
adalah sentrik. Manakala 3 perkara lain seperti ekonomi, politik dan sosial
dalam kajian sejarah adalah bagi memahami lebih mendalam dan menjawab
persoalan-persoalan tentang peristiwa sejarah yang berlaku seperti mengapa
perang salib tercetus? Mengapa orang Melayu Islam menentang komunis? Dan
lain-lain. Kronologi dalam bidang sejarah amat penting bagi menyusun
peristiwa-peristiwa yang berlaku secara teratur dan baik. Terdapat beberapa
subjek sejarah yang saya senaraikan yang berada didalam bidang sejarah
temasuklah Sejarah Malaysia, Sejarah Asia, Sejarah Eropah, Sejarah Timur
Tengah, Sejarah Amarika, Museology(kajian mengenai pengurusan, penjagaan dan
penubuhan muzium, arkib dan tapak-tapak warisan) dan lain-lain. Bidang pekerjaan yang berkaitan dengan
sejarah yang boleh diambil oleh pelajar jurusan sejarah termasuklah pekerja
arkib, pekerja muzium dan kurator, ahli arkeologi, ahli sejarawan dan pensyarah
sejarah. Setakat itu sahaja perbincangan kita mengenai sejarah dahulu. Saya
memohon maaf jika ilmu yang disampaikan ini kurang tepat kerana saya bukan dari
bidang sejarah.
ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI
Kedua-dua bidang tersebut saya
gabungkan agar kita dapat mencari persamaan dan perbezaan secara terus. Kedua-dua
bidang tersebut pada asasnya mengkaji manusia dan perilakunya secara luaran.
Berbeza dengan bidang perubatan yang mengkaji tubuh manusia, dan berbeza juga
dengan bidang psikologi dan kaunseling yang mengkaji manusia secara dalaman
atau mengkaji tingkah laku manusia dengan cara pemikiran atau minda manusia
termasuklah emosi.
Bidang Sosiologi dan antropologi cuba
mengkaji kebudayaan manusia, agama dan
kepercayaan manusia, cara manusia berhubung, cara manusia bersosial antara satu
dengan yang lain, mengkaji bahasa-bahasa manusia sama ada bahasa lisan, bahasa
isyarat mahupun simbol-simbol atau tulisan. Umumnya, kedua-dua bidang ini cuba
mengkaji keseluruhan berkaitan manusia.
Bagi pelajar bidang ini sendiri,
mereka sudah pasti boleh mengenal perbezaan diantara kedua-dua bidang ini.
Namun bagi pelajar lepasan STPM mahupun diploma atau matrik yang baru mendapat
tawaran dalam bidang ini, pastinya tertanya-tanya, apakah perbezaan diantara
kedua-dua bidang ini? Malah, pelajar dalam bidang ini sendiri kadang kala
keliru diantara kedua-dua bidang ini. Pelajar bidang ini kebanyakkan
menggunakan perbezaan jenis kajian untuk melihat perbezan bidang ini seperti
tajuk kajian, adanya teori mahupun konsep atau apa/siapa yang dikaji. Biasanya
tajuk kajian yang mempunyai ‘perubahan’ akan dikaikan dengan bidang sosiologi.
Kajian yang mempunyai tajuk ‘kepercayaan’, ‘adat’, ‘budaya’ pula dikaitkan
dengan bidang antropologi. Kajian yang menggunakan teori juga dikaitkan dengan
bidang sosiologi, manakala bidang yang menggunakan konsep semata-mata pula
dikaitkan dengan bidang antropologi. Selain itu, pelajar juga akan melihat
jenis kajian untuk mengetahui bidang mana kajian tersebut berada. Kajian-kajain
seperti homestay, perkilangan, pekerjaan, industri, ekonomi dan politik dianggap
kajian yang bersifat sosiologi. Manakala kajian seperti budaya, bahasa, agama,
tradisi, kepercayaan, ritual dan adat pula lebih dikaitkan dengan bidang
antropologi.
Namun menurut beberapa pakar sains
sosial, antropologi dan sosiologi berbeza dari segi ‘siapa’ yang dikaji.
Menurut mereka ini, antropologi akan mengkaji kelompok kecil masyarakat primitif yang biasanya mengamalkan budaya
tradisi yang telah diperturunkan dari generasi ke generasi berkurun lamanya.
Manakala sosiologi pula mengkaji masyarakat moden atau masyarakat perindustrian.
Walaubagaimanapun,
kita dapat lihat, kajian sosiologi juga meliputi masyarakat tradisional yang
mana kajian tersebut lebih mengkaji perubahan masyarakat tersebut dari
tradisional kepada lebih moden,baru yang dipengaruhi oleh agen-agen tertentu
seperti urbanisasi, globalisasi dan modenisasi.
Ahli
antropologi biasanya akan turun kelapangan dan mengkaji sesebuah masyarakat
atau etnik dengan tinggal dengan masyarakat tersebut dengan satu jangka waktu
yang lama sekurang-kurangnya 6 bulan dan boleh menjangkau sehingga bertahun
lamanya. Berbeza dengan ahli sosiologi yang meneliti responden dan masyarakat
kajian mereka dalam tempoh masa tertentu yang dikatakan agak singkat dalam
tempoh beberapa hari,minggu atau beberapa bulan. Bahkan jarang juga penyelidik
tinggal terus bersama masyarakat yang mereka kaji, jika adapun tidak begitu
lama.
Walaubagaimanapun,
Rohana Yusuf(2010) dalam buku beliau Asas Sains Sosial dari perspektif
Sosiologi ada menerangkan perbezaaan bidang Antropologi dan Sosiologi dengan
ringkas dan mudah. Menurut beliau, kajian bidang sosiologi lebih menumpukan
terhadap struktur, fungsi dan proses-proses perubahan dalam masyarakat manusia.
Ahli sosiologi melihat kumpulan-kumpulan manusia adalah merupakan unit-unit analisis
utama yang diselidik dalam bidang tersebut.
Manakala
bidang Antropologi pula memberikan tumpuan terhadap budaya-budaya terutamanya
budaya preliterasi dan analisis antara kajian tentang bukti-bukti fizikal untuk
memahami perkembangan budaya-budaya prasejarah. Beliau juga menambah bahawa
ahli-ahli sosiologi banyak menggunakan angkubah-angkubah budaya dalam data-data
kajian ahli antropologi untuk menganalisis struktur-struktur masyarakat.
Dalam
bidang sosiologi, terdapat banyak pecahan-pecahan bidang yang boleh dikaji dan
pecahan bidang tersebut banyak berhubungan dan bercampur dengan bidang-bidang
lain. Contohnya bidang sosiologi industri dan sosiologi organisasi kompleks
yang berkait rapat dengan bidang ekonomi, industri, Human resource dan management
untuk organisasi. Bidang sosiologi perubatan yang dikaitkan dengan bidang
herbalist, medical, folklore, mythology, theology dan lain-lain. Bidang
sosiologi alam sekitar yang banyak juga dikaitkan dengan bidang perundangan,
hak tanah, human’s rights, ekologi manusia, perhutanan, NGO dan lain-lain.
Selain itu, terdapat banyak lagi bidang-bidang sosiologi seperti sosiologi
pembangunan, sosiologi pelancongan, sosiologi jenayah dan sosiologi ekonomi dan
politik.
Bagi
bidang antropologi pula, terdapat 4 pecahan utama dalam bidang tersebut. Iaitu
antropologi fizikal, antropologi lingguistik ataupun antropologi bahasa,
antropologi budaya dan juga arkeologi. Bidang antropologi fizikal banyak
menumpukan bidang genetik, DNA, asal-usul manusia dan evolusi manusia. Bidang
ini juga ada yang mengaitkannya dengan ideologi Darwinism tentang hal evolusi
dan determinasi manusia.
Bidang
antropologi lingguistik atau bahasa pula banyak mengkaji bahasa, dialek,
tulisan, sastera rakyat, folklore dan simbol-simbol dalam masyarakat.
Bidang-bidang yang berkaitan dengan bidang ini termasuklah bidang Epigrafi iaitu bidang kajian tentang ‘inskription’
bahasa dan tulisan-tulisan kuno dan lama contohnya pada batu bersurat, simbol-simbol
dan sebagainya. Bidang Papirologi iaitu kajian kesusasteraan kuno,
surat-menyurat, arkib undang-undang masa lampau. Bidang Paleografi. Bidang ini
pula mengkaji tulisan purba. Ahli paleografi mentafsir, membaca, dan melakukan
pentarihkan manuskrip sejarah, budaya penulisan, dan termasulah dengan kaedah
yang bertulis dan buku-buku yang dihasilkan, dan sejarah scriptoria. Bidang Kriptologi/Kriptografi
pula meneliti tulisan, bahasa, dan simbol yang tersembunyi, rahsia dan yang perlu
dinyahkodkan. Pakar dalam bidang-bidang ini sangat berkurangan terutamanya
pakar bidang tulisan bagi etnik yang sudah lenyap dan kebiasaannya hanya ada
seorang dua sahaja pakar dalam sesebuah bahasa etnik yang sudah lenyap.
Bidang antropologi budaya yang juga dikenali
sebagai bidang etnologi pula ialah bidang yang dianngap core bagi bidang
antropologi dimana dalam bidang ini, kesemua perkara berkaitan budaya, adat,
tradisi, folklore, kepercayaan, nilai, keperecayaan dan agama dan lain-lain
dikaji dan diselidik. Bidang ini termasuklah etnomuzikologi (kajian muzik, alat
muzik, tarian, nyanyian, lagu, mantera, puisi, sajak,pantun dll),
etnografi(kajian kependudukan dan etnisiti masyarakat sesebuah tempat),
antropologi sosial(hampir sama dengan bidang sosiologi), mythology(kajian
mengenai mitos dan kepercayaan seperti lagenda, dongeng dan epik),
theology(kajian mengenai agama-agama dan kepercayaan manusia) dan lain-lain.
Sebuah lagi bidang iaitu bidang arkeologi dimana
bidang ini adalah sebuah bidang meneliti dan mengkaji budaya masyarakat
prasejarah melalui artifak-artifak dan tinggalan-tinggalan kuno yang dijumpai.
Ahli arkeologi akan mencari artifak tersebut sama ada dengan menggali dikawasan
yang dipercayai mempunyai peninggalan tamadun kuno, mencari artifak dan
peninggalan kehidupan manusia di dalam gua mahupun artifak didalam air seperti
laut, tasik mahupun sungai. Walaubagaimanapun bidang ini masih menjadi isu yang
diperdebatkan diperingkat antarabangsa tentang dimana sebenarnya kedudukan
bidang arkeologi ini. Ini kerana bidang ini adalah gabungan beberapa bidang
termasuklah sejarah, antropologi, geografi dan sains tulen seperti bidang kimia
dan biologi. Di Amerika, bidang arkeologi diletakkan dibawah bidang antropologi
kerana bidang ini dianggap meneliti budaya masyarakat. Namun di eropah
terutamanya di Britain, bidang ini diletakkan dibawah bidang sejarah kerana ia
diakatakan mencungkil bukti-bukti sejarah lampau sebelum adanya sistem tulisan.
Di Malaysia, sistem pendidikan negara Malaysia banyak diambil dari negara
Britain kerana peristiwa kolonisasi dahulu. Jadi bidang arkeologi diletakkan
dibawah bidang sejarah. Antara bidang pecahan arkeologi termasuklah arkeologi
bawah air (amphibian archaeologist) dimana bidang ini mengkaji tinggalan
artifak, struktur binaan dan kapal didalam air seperti laut, tasik dan sungai, arkeologi
darat
(terrestial), Egyptology,
kajian mengenai tamadun purba mesir, Paleontologi
(kajian saintifik mengenai kehidupan prasejarah. Ia termasuk kajian fosil untuk
menentukan evolusi dan interaksi organisma antara satu sama lain dan
persekitaran mereka (paleoecologi). Namun dalam arkeologi lebih menumpukan
masyarakat prasejarah) dan Arkeologi Petroglif.
RUMUSAN
Walaupun
terdapat perbezaan dan persamaan dalam ketiga-tiga buah bidang, setiap bidang
berkait rapat dan amat memerlukan antara satu sama lain. Contohnya bidang
sejarah yang memerlukan bidang antropologi bagi mengenalpasti budaya dan bahasa
sesebuah etnik bagi mengkaji sejarah sesebuah etnik. Bidang sejarah juga amat
memerlukan bidang sosiologi bagi memahami keteraturan hidup dan kehidupan sosial
masyarakat dahulu berdasarkan teori-teori dalam bidang sosiologi. Bidang
sosiologi pula amat memerlukan bidang antropologi bagi memahami kebudayaan
sesebuah masyarakat sebelum melihatnya dalam konteks yang lebih luas dan dalam
dimensi makro. Data-data dari bidang antropologi amat penting bagi bidang
sosiologi bagi membina teori-teori sosial. Bidang antropologi pula memerlukan
bidang sosiologi bagi memahami perlakuan manusia, perubahan budaya, dan
kehidupan sosial masyarakat berdasarkan teori-teori ahli sosiologi. Dan
semestinya kedua-dua bidang sosiologi dan antropologi memerlukan bidang sejarah
bagi memahami perubahan dan cara hidup masyrakat dahulu untuk memahami
masyarakat zaman sekarang. Setiap bidang amat menghormati bidang lain dalam
satu keluarga Sains Sosial dan berganding bahu dalam mengkaji rahsia alam
manusia yang masih banyak yang belum dirungkai…….