MENGAPA AKU MEMILIH SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI?
Kali ini aku cuba menonjolkan beberapa ciri Bidang Sosiologi dan
Antropologi yang menarik hati aku. Ya, aku pernah menceritakan apa itu
Sosiologi dan Antropologi (ANSOS) dan artikel sebelum ini, juga menceritakan
sedikit mengapa bidang ini menjadi minatku. Namun kali ini aku cuba beri lebih
detail lagi, apa yang ada dalam kedua-dua bidang ini sehingga aku hanyut dalam
kelas-kelasnya, rasa bahagia dalam bidang ini dan kadang-kadang umpama dirasuk
ideologi-ideologinya yang membuatkan aku ingin berkongsinya dengan anda semua..
So pada adik2 yang baru nak kenal apa itu Sosiologi dan Antropologi,
jom baca artikel ni...
Beberapa ciri dan sebab aku meminati dan mencintai bidang ini : -
1.
Minat
ku dalam Bidang kajian
Bagi sesiapa yang minat dalam
bidang penyelidikkan dan kajian macam aku sendiri, tentulah bidang ini lah yang
harus anda pilih. Macam jugak bidang kajian sains tulen, bidang kajian dalam
bidang sosiologi dan antropologi juga ada metod-metod tertentu, pemboleh ubah
tertentu, teori-teori dan model tertentu serta subjek-subjek kajian.
ANSOS ni, sebenarnya merupakan ‘The Queen
& The King’ bagi Bidang Sains Sosial. Jadi tentulah, kajian mereka
merupakan kajian-kajian yang best untuk dikaji, dibaca, dirujuk, kajian yang
banyak cross-field dengan field yang sama mahupun cross dengan field sains.
Antropologi yang banyak kaji
pasal manusia dan kebudayaan terpecah kepada 4 cabang kajian utama iaitu
antropologi sosial, antropologi fizikal, antropologi linguistik dan arkeologi.
Nah, pilih la mane cabang anda nak, kaji lah sedalam-dalamnya.
Tu belum masuk dengan bidang
sosiologi yang berpuluh-puluh cabangnya. Belum lagi kajian tentang metod-metod,
kajian tentang teori dan model dan lain-lain. Pendek kata, ANSOS ni kerja dia
memang penyelidikkan dan kajian sesaje. Nak kaji apa, kajilah, asalkan related
to human. Nak kaitkan dengan haiwan? Pun boleh, bidang NGO yang preserve
kepupusan haiwan, ade je kawan aku kaji, pensyarah aku kaji. Medic? Of course,
we have traditional medic yang mengkaji dari penggunaan herbal, mantera-mantera
sampailah shaman dan magical or spiritual cultural pun boleh. Sebab apa sahaja
dalam dunia ni, kebanyakkan dah ada influence oleh manusia ataupun benda-benda
ni dah pun mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu lagi.
Penyelidik
Antropologi
2.
Tidak
bosan
Tentulah tidak bosan. Anda
disajikan dengan kepelbagaian kehidupan manusia yang serba kompleks dan tidak
ada satu pun yang sama secara total. Sedang anda study hal strata masyarakat,
bila bosan, cari pula sosial kehidupan artis. Walaupun nampak santai dan bunyi
macam berhibur, namun kehidupan sosial artis juga sebahagian dari bidang
sosiologi.
Bagi peminat bola contohnya,
apabila agak stress belajar tentang bahasa dan kebudayaan, ubah sekejap kepada
kajian sub-budaya hasil dari sukan bola sepak. Tak la stress dan bosan mengadap
satu subjek sahaja.
Pendek kata, bukan satu sahaja
bab yang boleh dikaji, beribu malah mungkin berjuta bab dan ilmu anda boleh
baca, kaji, lihat dan teliti mengikut minat anda. Contohnya aku sendiri, aku
meminati bidang mythologi dan folklore, apabila dah agak bosan membaca buku
tentang mitos dewa-dewa greek, mula la buka internet, cari tentang ilmu-ilmu
sub-budaya, minat kedua aku.
Malah, sebenarnya, kalau la kita
dengar cerita-cerita dan pengalaman pensyarah membuat kajian disana sini, kisah
lucu, sedih, marah, suka, ada juga kisah seram mereka, komfirmla, kita layan
sambil mulut ternganga macam sorang cucu dengar datuk dia bercerita. Ini
berlaku dalam beberapa kelas aku di UMS, beberapa pensyarah yang begitu pandai
mengambil hati pelajarnya dengan cerita-cerita dan pengalaman mereka,
menyebabkan ramai kawan-kawan aku yang memang ‘geng ponteng mintak orang lain
tandatangan’ ni pun ramai yang hadir kelas, semata-mata nak dengar
cerita-cerita pengalaman pensyarah-pensyarah tersebut. So..tak bosan la pada
aku...
3.
Perdebatan
teori
Ini mungkin agak pelik kalau aku
cakap kenapa aku minat isu ni, namun pada aku, bidang sosiologi dan antropologi
menghasilkan pelbagai teori, ideologi dan fahaman tersendiri yang sangat
banyak. Jadi muncul pelbagai pengikut-pengikut fahaman tertentu yang
menyebabkan bidang ini terpecah-pecah kepada banyak kumpulan. Yes, setiap
fahaman berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini wujud apabila setiap
penyelidik melihat sudut pandang bahan
yang dikajinya sama ada manusia atau budaya dari sudut pandang yang berbeza.
Contohnya, ahli sosiologi
ekonomi pasti melihat masyarakat dari segi kewangan, sistem kapitalis dan
ekonomi sehingga wujudnya fahaman Karl Marx dan teori Konflik. Namun bagi ahli
sosiologi yang melihat manusia dari setiap fungsi mereka, muncul pula aliran
fahaman Fungsionalisme oleh Talcott Parsons dan Robert Merton serta Strukturalisme oleh Claude Lévi-Strauss.
Jadi apa yang aku minat dalam
isu ini? Perdebatan dan pemilihan aliran oleh setiap penyelidik.
Pensyarah-pensyarah aku sendiri mempunyai aliran fahaman mereka tersendiri dan
cuba menarik dan menyebarkan kepercayaan mereka ini kepada student mereka.
Walaupun kadangkala perbezaan pendapat ini menyebabkan pertelingkahan sesama
pensyarah, namun kebiasaanya mereka matang menerima pendapat dan pandangan lain
kerana mereka tahu, fahaman yang berbeza sememangnya wujud dalam bidang ini
kerana kekompleksan manusia yang dikaji dan mereka diajar untuk menghormati
fahaman lain.
Apabila pengaruh fahaman mereka
sampai kepada student-student, muncul ‘pakar-pakar’ baru dan pengikut-pengikut
baru dalam fahaman ini. Jadi dalam kelas, mula lah, seorang dengan peminat
Teori Konflik menentang hujahan peminat Teori Fungsionalisme. Hujah-hujah dan
bukti hasil kajian mereka mula menolak hujah-hujah pihak yang bertentangan.
Walaupun nampak macam perang mulut, hahaha, tapi ia menunjukkan pelajar-pelajar
ini dilatih untuk bertindak secara kreatif fan kritis serta mula mencari
identiti ideologi mereka dan meletakkan diri mereka dalam ‘tribe’
fahaman-fahaman tertentu.
Aku suka benda ni. Memilih
tribe, mempertahankan fahaman masing-masing, mencari bukti dan hujah bagi
menyokong fahaman mereka, ini mencorakkan warna-warni pembelajaran di dalam
kelas. Bersaing secara sihat dan mencakna minda.
4.
Travel
dan kembara
Yang ni komfirmla best. Ramai
manusia yang suka kembara. Jarang orang tak suka jalan-jalan ni. Malah dalam
Islam pun suruh kita mengembara, cari ilmu dan lihat dunia ciptaan tuhan. Ade
artikel aku sebelum ni tentang persepsi Islam terhadap travel.
Ahli
ANSOS biasanya akan mengembara atau travel untuk membuat kajian, tak kisah la
sebab nak masuk kampung cari isu kajian ke, atau travel ke library-library dan
muzium semata-mata nak cari bahan rujukan, we as Field Resercher should travel
to rich our data. Walapun anda kaji sesuatu subjek tu dibelakang rumah anda je,
tapi anda perlu jugak travel cari data tambahan, data berkaitan, cari
pakar-pakar yang berkaitan untuk memperkayakan kajian anda. Walaupun sesetengah
tu boleh je dapat dari internet, namun dapat dari first source dan data yang
lebih original dan mentah, give you extra point and satisfying.
Tak
payah la beria nak keluar modal banyak. Cuba cari alternatif lain, lebih murah.
Sebab kadang-kadang, dengan travel yang menggunakan modal sedikit, lagi banyak
kita lihat kehidupan manusia dari travel dengan gah dan mahal. Tak percaya?
Cuba travel dari hujung Sabah ke hujung Sarawak. Pergi naik kapal terbang,
straight one way. Satu lagi anda naik la kenderan kereta ke, bas lompat ke,
tumpang kereta orang lalu lalang ke, naik motor ke. Mesti banyak lagi
pengalaman dengan cara tu, tayar pancit, minyak habis, jumpa awek kedai makan
mase travel, cewah, malah anda dapat melihat the reality of human social life
depan mata anda.
So,
berjalan, musafirlah, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk, mereka
yang berfikir. Hehehe, tu lirik lagu. Jauh berjalan, luas permandangan, matang
fikiran, banyak ilmu pengetahuan.
5.
Cabaran
dan rintangan
Cabaran dan rintangan ni penting
dalam kehidupan manusia. Memberi pengajaran, menambahkan pengalaman, mematangkan
cara kita berfikir, orang cakap cabaran dan rintangan ni lah yang mendewasakan
kita.
Semua cabaran ni penting untuk
kita tempuh supaya kita tahu untuk kendalikannya di masa akan datang, pluss,
boleh ajar cara nak tempuh sesuatu cabaran pada orang lain dan anak cucu kita
sendiri.
Tapi mana cabaran dalam ANSOS ni?
Apabila ada je kajian, ada je travel dan kembara, mesti ada cabarannya. Masalah
kekangan masa, wang, tenaga, emosi, ketidak cukupan data, proposal dan kajian
ditendang, data ada tapi tak dapat akses, semua ni beri cabaran pada kita. Ada
penyelidik yang terpaksa masuk ke pedalaman, berjalan berbatu jauhnya, rempuh
hutan dan sungai untuk sampai ke masyarakat pedalaman untuk dapatkan data dari
mereka, bukanlah satu cabaran yang mudah. Tengok tak cerita Indiana Jones, ha,
lebih kurang camtu la cabaran die. Cuma Indiana Jones ni ahli Arkeologi, yang
sebenarnya bidang arkeologi ni pun under bidang ANSOS jugak la.
Cabaran aku? Banyak, setiap satu
kajian aku buat masa belajar dulu, mesti ada cabaran, bermula dengan cabaran
nak pilih ahli group (nak dengan kapel la, Crush la, BFF la, taknak satu group
ngn musuh la), tajuk kajian, berapa duit nak belanja setiap kajian, bila nak
buat, pergi buat kat mana, agih tugas buat laporan, minta kelulusan tajuk dari
pensyarah. Tu cerita belum pergi buat kajian lagi tu. Risiko masa kajian? Lagi
banyak. Ada kawan aku nyaris tak mati dengan Bonzer jaga pelacur, sebab dok
temuramah pelacur, dah tu kajian dia. Aku, nyaris tak kena belasah dengan geng
mat rempit mabuk sebab buat kajian tentang diorang, mendayung sampan kecil tengah
laut nak temuramah penanam rumpai laut. Fuhh, cabaran.
Tapi macam aku cakapla, kalau
takde setiap satu cabaran ni, kita tak tahu makna kehidupan. So sesiapa yang
kata sukan extreme je yang mencabar, meh try join ANSOS, you will gasping for
air....
Ni bebudak ANSOS batch aku, nak kene naik bot rentas sungai penuh buaya
untuk ke tapak kajian...
6.
Boleh
jadi apa saja
Ha, yang ni best. Mesti
kecil-kecil ada macam-macam cita-cita kan? Nak jadi askar la, doktor la,
pemuzik la, nak jadi abang sado la, janda berhias la, pondan dan pengkid la,
macam-macam kan? Dalam ANSOS, you will give a chance to experience almost all
of that.
Macam bidang lakonan dan teater,
anda boleh jadi semua tu dengan lakonan. Tapi anda tahu tak, untuk menghayati
setiap watak tu, aktor-aktor ni perlu kaji sedalam mungkin dan menjiwai setiap
karakter yang akan dilakonkan. See.. kaji.. nah, tu tugas kita kan..?
So dalam ANSOS, setiap pekerjaan
manusia lain dari tukang cuci sampah, sampai la.h perdana menteri, boleh kita
kaji. Sebab apa? Sebab setiap dari satu pekerjaan ini membawa kebudayaan mereka
tersendiri.
Jadi, katakanlah anda dari kecil
minat sangat nak jadi retis-retis muzik ni. Ada je bidang kajian sub-budaya
yang berkaitan dengan muzik seperti sub-budaya rock, sub-budaya hardcore dan
metal, mereka bukan sahaja mebawa budaya muzik, malah turut membawa imej mereka
tersendiri, pakaian dan fesyen yang dipengaruhi oleh artis-artis muzik,
genre-genre mereka, kronologi, evolusi, revolusi mahupun devolusi muzik mereka,
scene yang mereka bawa, kelab-kelab fans mereka, kehidupan sosial biasa mereka
yang luar dari kamera paparazi. Semua tu boleh dikaji kalau anda memang minat
7.
Hobi
anda? Minat anda? Semua dalam bidang ni
Yang ni lebih kurang no 6 tadi
jugak. Cuma yang ni lebih kepada minat hobi. Yes,minat dan hobi jika
dikembangkan boleh jadi kerjaya, but that bukan yang aku nak bincang. Setiap
manusia biasanya ada lebih dari satu minat,hobi dan cita2..kan..? ada suka
memancing, suka main motor, kaki gosip kat media sosial (keyboard warrior) la,
gamers la, macam2...
So sebenarnya macam aku cakap
sebelum ni,selagi related dengan manusia, tentulah anda boleh kajinya. Tak sah
la tak bagi contoh kan? Kata la anda minat gamers, kaki DOTA la katakan.
(sorry, aku xberape minat DOTA). So, sekarang ni pun DOTA bukan main dekat CC
je, dah ade pertandingan peringkat antarabangsa. So, anda boleh kaji kehidupan
sosial para gamers wakil2 negara dan kelab dari serata dunia. Malaysia pun not
bad kan?
Lagi? Kaki pancing. Aku pernah
teringin nak kaji tentang kaki pancing sebabnya aku minat memancing, tp tak
pandai dan tade sape pernah ajar,dan aku sendiri pun tak pernah berkesempatan
nak belajar. Pernah ikut bebudak Kedah UMS pegi mancing, last2 aku lena..
hahaha..but now, aku kaki pancing. Mulanya ikut-ikut je,sebab nak tahu cara
kehidupan para peminat pancing tegar ni, last2 aku pun jadi pemancing walaupun tak
berapa tegar. Hahaha. Lagi satu, kajian kaki pancing yang aku teringin nak kaji
adalah kisah-kisah seram para pemancing ni terutamanya yang suka pancing
malam2, tempat2 sunyi. Pergh. Layan..
Temuramah dengan Pemancing
8.
Cross-field
Yang ni pulak, well, maybe tak ramai yang
faham apatah lagi menyimpan minat. Cross-field ni adalah kajian-kajian atau
pembelajaran yang merentasi lebih dari satu bidang utama. Dalam ANSOS, banyak
sangat kajian-kajian Cross-field sama ada dalam sains sosial sendiri ke, bidang
seni ke, psikologi ke sampaila ke bidang sains tulen sekalipun.
Pensyarah aku, Dr Marsitah, kalau bebudak
ANSOS UMS mesti kenal, ibu kita tu, pernah cerita pengalaman die apabila ada
macam sebuah kajian cross-field antara sains sosial dan sains tulen tak salah
aku mengenai kehidupan di sekitar sebuah pulau yang mana ada kampung nelayan,
flora, fauna, ikan dan lain-lain. Stage pertama, penyelidik sains sosial dah
dipandang rendah oleh penyelidik sains tulen, bila result kajian keluar, kajian
sains sosial mengenai ekonomi, budaya, sosiopolitik, adat-adat dan kesenian
masyarakat kaum nelayan tersebut dipersembahkan. Malah banyak masalah-masalah
sosial yang diketengahkan dan dicuba untuk mencari penyelesaian. Hal ini
mendapat sambutan dari para nelayan tersebut.
Tapi ahli sains tulen pula mengemukakan
tentang spesies rama-rama atas pulau tersebut. What? Is that it? Itu je? Tak de
kepentingan pada orang ramai sangat. Then mereka sedar stage kedua mereka kena
berubah. Barulah stage kedua diorang buat kajian tentang kawasan2 yang plankton
selalu ada, so, ikan banyak kawasan tu, so nelayan better tangkap kat situ.
Ha.. baru la betul. Itu dah menunjukkan cross-field antara sains tulen ( kajian
kawasan plankton) dan sains sosial (kepentingan kawasan plankton kepada
nelayan).
Bukan nak merendahkan sains tulen, apatah
lagi nak kat sape lebih hebat, sape yang betul. Bukan. Kita sama-sama
penyelidik seharusnya berganding tangan mengkaji dan menyelidik, bukan untuk
orang lain, tapi untuk manusia sejagat dan alam cakerawala ini juga.
Contohnya kajian yang aku minat sendiri.
Kajian mythology dan folklore. Yes, kajian ni banyak cross-field sebenarnya.
Dari bidang ANSOS, kita boleh tengok, kebudayaan manusia dalam pengekalan
folklore atau cerita rakyat sebagai sumber ilmu mereka, sebagai sebuah panduan
dan pedoman manusia dalam merangka pantang-larang dan undang2. Dari bidang seni
penulisan dan sastera pula, mereka mengkaji struktur dan kepentingan
cerita-cerita ini dan kaitkannya dengan seni sastera sendiri. Bidang Theology
atau bidang keagamaan tentulah perlu dikaji bagaimana kepercayaan manusia
terkait dengan sistem kepercayaan dan keagamaan dunia. Sains tulen? Sudah
banyak penyelidik sains tulen berada dalam bidang ini bukan sahaja untuk
menilai psikology manusia dan kaitannya dengan kepercayaan, malah ada yang
lebih ekstrimis cuba membuktikan mitos-mitos, makhluk2 lagenda, dan fenomena
paranormal secara saintifik dan sah. Cross-field ini lah akhirnya membentuk
bidang-bidang yang lebih khusus seperti giantology (kajian tentang Gergasi),
cryptology (kajian makhluk-makhluk mitos dan paranormal), Fairyologist (kajian
mengenai pari-pari dan makhluk ajaib) dan lain-lain.
9.
Membuka
mata, minda dan hati dengan lebih terang, matang, fleksible, kritikal dan
kreatif
Yang ni adalah satu kelebihan
yang akan digilap sekiranya adalah melangkah masuk ke bidang ANSOS ni..
Dikatakan kelebihan ini digelar “dari sudut pandang ahli ANSOS” atau “kacamata
ANSOS”.. wuu..bunyi tak lah gempak, tapi sebenarnya kelebihan ni sangat la dasyat
sekali. Tak banyak bidang yang ada kelebihan ni, kalau ada pun tak hardcore
macam bebudak ANSOS.
Apa sebenarnya kelebihan ni?
Apabila kita belajar mengenai manusia, budayanya, adat pantang larang dan
undang2nya, sosial mereka, politik, ekonomi, kepercayaan dan agama dan
segala2nya mengenai manusia, kita akan dapat satu kelebihan dimana setiap apa
yang kita lihat, dengar, hidu, rasa akan kita kaitkan dengan ANSOS.
Walaupun tak semua bebudak ANSOS
dapat menyerap kelebihan ini 100%, namun jika kita fokus dan hayati bidang ini,
in sha Allah kita akan dapat kelebihan ini. Kelebihan ini menyebabkan kita
melihat dunia ni dari sudut pandang yang sangat berbeza dari manusia lain.
Serius. Cara kita fikir, cara kita cakap, cara kita lalui kehidupan akan
berubah.
Manusia biasa akan hidup simple,
bangun pagi, mandi, dengar lagu, pegi kelas/kerja, jumpa kawan, sembang,
kerja/belajar, lunch, balik, tengok tv, kadang2 layan hobi sendiri, tidur.
Macam no point of life. Tapi bagi bebudak ANSOS, terutamanya yang kelebihan
“kacamata ANSOS” dia dah cukup matang, dia bangun, nak berus gigi pun, dia mula
fikir, ubat gigi ni datang dari mana? Siapa cipta? Macam mana boleh wujud
budaya membersih gigi? Dulu sebelum ubat gigi moden, orang pakai apa? Dimana
ubat gigi ni dikilangkan? Macam mana sosiobudaya orang yang kerja kat kilang
tu? Tu baru bab berus gigi. Belum bab nak minum kopi sebagai sarapan. Mula
pulak fikir dari mana datang kopi, macam mana sosio budaya dan cara hidup
masyarakat yang tanam dan jual kopi ni. Pada masa tu, kita akan nampak manusia
dan dunia ni dengan cara yang sangat berbeza. Ekonomi, politik, sosial,
kepercayaan, undang2, semua akan dilihat dan dicakna diminda.
Ha..anda dah ready nak rasa
pengalaman macamtu..? Aku dah rasa. Xdala pulak sampai buat aku stress. Tapi
aku lebih memahami dunia ni, manusia itu sendiri, itulah yang aku cakap, mata,
minda dan hati bebudak ANSOS akan terbuka seluas2nya. Pada masa ini, sifat
rasis, prejudis, hasad dengaki dan seantero dengannya akan berkurang. Mungkin
tak hilang habis, tapi setidak-tidaknya kita dah pun menerima “manusia memang
macamtu, memang kompleks dan pelbagai ragam”.
Fleksible, kritikal dan kreatif,
ha, ni kita dilatih bila nak buat asignment, projek atau mini research. Masa ni
la betul2 dilatih untuk lebih bersifat fleksible dengan subjek kajian, halangan
dan rintangan mase nak buat kajian, kritikal dalam menilai diri, kreatif
menyelesaikan masalah, kreatif mengkaji manusia dari pelbagai sudut dan banyak
lagi. Percayalah, jika anda mendalamai ANSOS ni, anda akan jadi bukan diri anda
yang dulu lagi.
10.
Saranan
dan kebaikkan untuk Masyarakat, Agama, Negara dan seluruh Dunia
Yang ni biasalah, of course la,
masyarakat, agama, negara dan seluruh dunia syorkan agar manusia semua saling
mengenali dan memahami sesama sendiri, untuk elak perang dan cipta kedamaian,
saling bantu-membantu sesama umat manusia dan lain-lain.
Apa kepentingan ANSOS ni pada
masyarakat? Banyak, dari sini kita mengkaji kesusahan, masalah dan isu sosial
masyarakat. So pihak-pihak berwajib yang meneliti kajian-kajian ANSOS ni la
yang akan bertindak berdasarkan kajian tu untuk cuba menyelesaikan masalah dan
isu sosial masyarakat.
Juga dalam memberi, menyimpan,
mengkaji dan mempersembahkan ilmu kepada masyarakat, yang asalnya dari
masyarakat itu sendiri, Cuma mereka tidak nampak macam yang kita nampak. Contoh
Muzium Antropologi di Taiping Perak. Kita memperlihatkan kebudayaan-kebudayaan
Malaysia yang mana kadang-kadang orang Malaysia sendiri tak tahu mengenainya.
Dari segi agama, tentulah,
mana-mana agama besar dunia mengsyorkan kajian menegnai manusia untuk pemahaman
ummah. Tidak kira apa jua agama, pada zaman moden ini, bukan lagi cuba bergaduh
sesama sendiri, namun mencari kedamaian dan cuba memahami dan bertolak ansus
sesama agama bagi mengelakkan konflik. Isu-isu anatar agama, diperdebatkan dan
dibincangkan secara aman, profesional dan berhemah agar dunia lebih tenteram.
Dalam Agama Islam, Umat Islam
dituntut untuk memahami dan bertolak ansur dengan bangsa dan agama lain, demi
menjaga nama baik Islam dan kemakmuran ummah seluruh alam sejagat.
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya
Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)
Melalui ayat diatas, kita
sebagai manusia disarankan supaya mengenal dan memahami budaya dan cara hidup
masyarakat lain supaya kita lebih faham dan sedia bertolak ansur demi menjaga
keamanan dunia.
Begitu juga negara-negara di
seluruh dunia, majorti mengamalkan sikap terbuka dan menerima bangsa dan umat
lain. Walapun wujud perang, penindasan dan sebagainya, muncul pula NGO-NGO dan
kesatuan2 yang menentang perang dan penindasan yang mana menunjukkan masih ada
manusia yang memahami, simpati dan empati dan menerima cara hidup manusia lain
di seluruh dunia.
PBB sendiri menubuhkan pelbagai
jawatankuasa bagi menjaga dan mengkaji peradaban dan kehidupan masyarakat di
seluruh dunia seperti UNESCO yang menekankan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan di seluruh dunia. UNESCO lah yang banyak mengiktiraf tapak-tapak
warisan bagi mengekalkan tapak-tapak tersebut agar generasi akan datang dapat
melihat kebudayaan manusia di masa lalu.
Bidang-Bidang ANSOS dan seumpanya di Universiti di Malaysia :-
Universiti Sains Malaysia (USM) (Pulau Pinang)
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Antropologi dan Sosiologi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Bangi)
Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian (Antropologi Dan Sosiologi)
Universiti Malaya (UM) (KL)
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Am/Kepujian) dalam bidang Antropologi dan
Sosiologi
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Sosio-Budaya Melayu) Dengan
Kepujian
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) (Selangor)
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam bidang:
Sosiologi & Antropologi
Universiti Malaysia Sabah (UMS) (Kota Kinabalu)
Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sosiologi & Antropologi
Sosial
Ijazah Sarjana Sastera (Sosiologi dan Antropologi Sosial)
Doktor Falsafah (Sosiologi dan Antropologi Sosial)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (Kota Samarahan)
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Antropologi
dan Sosiologi)
Universiti Utara Malaysia (UUM) (Kedah)
Ijazah Sarjana Sastera (Sosiologi)
RUMUSAN
Mungkin belum ramai yang menyedari betapa best dan syok nya bidang ini.
Terutamanya bagi adik-adik lepasan Matrik, STPM, STAM, Diploma yang masih
mencari-cari bidang yang sesuai, aku sendiri akan rekemenkan bidang Antroplogi
dan Sosiologi ini untuk korang. Anda akan sedar bahawa belajar itu
menyeronokkan bila masuk bidang ini. Aku sendiri kalau diberi peluang, nak
balik ambil Degree dalam bidang ni. Semoga bidang ANSOS di Malaysia lebih
bekembang maju dan sukses.
25 comments:
salam encik, boleh sy daptkan no tel atau email encik? sy nak tny berkenaan ijazah sosiologi & antropologi ini .
waalaikumussalam..boleh... 017-5805627 - hambali
Salam encik , sye amat berminat dngn bidang ni . So sye nk tnye , klau masuk bidang ni pekerjaan dia meluas tak ?
Apakah skop pekerjaan yg kita boleh dpt klau kita apply bidang ni.... Adakah bidang pekerjaan meluas di Malaysia
Anthropologi ni termasuk bidang osteologi jga ka?
Elly J... Saya kurang pasti,sebab saya tak pernah study tentang Osteologi, namun dari google dan wikipedia yang saya tengok, Osteologi akan berada sebagai Sub-Disiplin kepada Antropologi..kenapa cakap begitu, sebab ia merujuk kepada Antropologi Fizikal..atau Antropologi Biologi, yang mengkaji Tubuh fizikal manusia secara amnya, seperti DNA manusia, susur galur keturunan manusia dan sebagainya..malangnya di Malaysia kita kurang Antropologi Fizikal..atau mungkin tiada.. jadi Osteologi ini mungkin tidak diajar dalam Subjek Antropologi di Malaysia...
Kalau lah ada org yg berkelayakan dlm bidang antropologi fizikal, peluang pekerjaan dia di malaysia tinggi jga ka?
Kalau ada Orang yang memang ambil jurusan dalam bidang Antropologi Fizikal, peluang pekerjaan dia sangat tinggi..Pensyarah tentu2 lah, sebab di Malaysia sendiri kurang pensyarah atau tiada langsung pensyarah bahagian Antropologi Fizikal, juga peluang pekerjaan lain macam bahagaian Forensik...
Assalamualaikum encik , saya berminat dengan program ini namun saya ada masalah dengan penghafalan . Adakah program ini memerlukan penghafalan yang banyak?
dianahasri...Bidang Antropologi Dan Sosiologi ni memerlukan gabungan beberapa kemahiran termasuk kemahiran hafalan dan pemahaman, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir diluar kotak dan lain2.. Namun pada saya, kemahiran utk memahami teori secara mendalam adalah lebih penting daripada kemahiran hafalan..Mana2 bidang pun perlukan kemahiran hafalan,tp xbegitu mendalam, kos ANSOS ni pun perlu hafal beberapa teori, kaedah dan sebagainya, tp kalau faham teori2 dan kaedah2 tu, lebih mudah ingat..xperlu hafal macam sifir, tp faham konsep sudah bagus...
Sy juga meminati bidang ni... And proud to be iium sociology n anthropology alumni 2012...
Nak tanya, program ini sepenuhnya english ke?
tu senarai u yg dh ikut ranking terbaik utk course ansos ni ke?
assalamualaikum, encik.. saya nak ambil degree tapi saya tak tahu nak ambil kos apa.. ada seorang lect di uiam suggest kat mak saya untuk ambil deg sosiologi sebab saya suka aktiviti masyarakat macam jadi sukarelawan, bagi ceramah, conduct program2 dan sebagainya..jadi apa sugestion encik untuk saya?? saya dulu diploma alquran sunnah di kuis
finally jumpa jugak. dah lama google tentang bidang ni sbb nak tahu dgn lebih detail. inshaallah kalau ada rezeki nak apply kos ni untuk degree nnt. tq encik utk perkongsian ni :))
assalamualaikum~ just a question, what kind of Diploma is required to apply for degree in ansos? im deeply interested in this field but there is less exposure so im kind of confused. please help me. thank you
Maaf lambat balas komen2 anda semua..agak busy akhir2 ni.. terima kasih sbb membaca...
nuha kadam, Mostly in English...
Ainaa Hanafi, tak ikut ranking, saya takde data untuk ranking...
kalau minat bahagian aktiviti masyarakat, Boleh juga ambil bidang ni, Bidang Antropologi dan Sosiologi, tapi ada lagi satu bidang iaituBidang Kerja Sosial..lebih related dengan aktiviti kemasyarakatan..lihat dalam UMS fakulti Psikologi..
actually kalau dari diploma, you can come from any field even from science field.. Becouse kalau dari Diploma/Matrik/Asasi/Pra-U nak ke Degree bidang Social Science ini tak la terlalu strict sangat..but yanglebih related biasanya dari Pra-U yang ambil bidang2 sains sosial macam sejarah, geografi dan sebagainya..but tak perlu risau kalau bidang tak berkaitan dengan ANSOS ni, still boleh masuk, just apply...
salam sy nak tanye, awak boleh kos ni pointer stpm berapa? :-)
ada ig tak? or nombor ws. saya nk tanya tentang cadangan tajuk thesis. saya agak keliru. terima kasih.
Saya berminat untuk belajar antropologi dan sosiologi.
Bidang ni sangat² seronokkkk! Pengalaman yg dpt memang tidak akan dilupakan. Proud! Alumni Anthropology & Sociology here!
terima kasih atas perkongsian!! :)
boleh saya tahu apa subjek yang dipelajari dalm course ni?
contoh- contoh assignment yang kena buat dan sebagainya? boleh beri gambaran yg lebih jelas dan spesifik apa yang akan dipelajari dalam lectures
Boleh tak buat masters in criminology kalau ambik degree ni
Post a Comment