Lagenda Gergasi Bota - Sebuah Perbincangan Keilmuan Tentang Gergasi

Lagenda Gergasi Bota - Sebuah Perbincangan Keilmuan Tentang Gergasi



Bota adalah nama tempat/mukim di sebuah daerah Perak Tengah, Perak. Kawasan perkampungan yang indah disisir sungai Perak ini sebenarnya menyimpan sebuah misteri lagenda Gergasi Bota. Kawasan Bota juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bota Kanan, Bota Kiri dan Ekor Bota. Hal ini membuktikan bahawa Gergasi Bota bersaiz sangat besar. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis Gergasi Bota yang wujud di sekitar kawasan tersebut. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah.



Ciri-ciri Gergasi Bota

Gergasi ini dikatakan menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja. Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut orang lama di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui.




Makanan Gergasi Bota

Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang. Namun dikatakan Gergasi ini amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar. Mungkin ianya adalah satu cerita untuk menakut-nakutkan kanak-kanak zaman itu yang tidak gemar memakai pakaian (berbogel).



Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

Ada pendapat mengatakan bahawa hantu air/ jin yang mencuri ikan dari bubu Badang (Kisah Epik Badang yang Gagah Perkasa) merupakan sejenis Gergasi Bota. Ini kerana ciri-cirinya yang hampir sama iaitu tinggal di pinggir sungai dan didalam hutan, serta suka makan ikan darat, Cuma dia dikatakan tidak begitu besar.

Kisah Lagenda Bota

Pada suatu masa di hujung kampung tinggal seorang janda yang sangat kaya dan cantik. Hal ini menyebabkan si Gergasi Bota jatuh hati kepada janda tersebut. Maka untuk mencapai impian tersebut gergasi Bota asyik mengangu janda tersebut.

Hinggalah pada suatu hari, Gergasi Bota ni berjaya menculik janda kaya tersebut. Hal ini telah di ketahui oleh seluruh penduduk kampung. Seorang pemuda telah datang memberi pertolongan kepada penduduk kampung bagi membebaskan janda kaya tersebut daripada cengkaman Gergasi Bota tersebut.

Hal ini di ketahui oleh Gergasi Bota dan menimbul kemarahannya. Sehingga pemuda itu datang ke tempat tinggal Gergasi Bota bagi menyelamatkan janda kaya tersebut. Maka satu pertarungan yang amat dasyat berlaku antara gergasi Bota dan pemuda itu.



Menurut cerita orang tua-tua pertarungan tersebut selama tiga hari.Pada hari yang terakhir pemuda itu berjaya juga mengalahkan Gergasi Bota itu. Gergasi Bota putus 3 bahagian iaitu kepala, badan dan ekor.

Sempena kejadian tersebut tempat kepala dan badan Gergasi Bota ni di namakan sebagai Kampung Bota, (Kg Bota Kiri), ekornya di panggil (kampung Ekor Bota) menurut cerita orang tua-tua pada masa tersebut nama Bota Kanan belum wujud lagi Dan tempat janda kaya tinggal di kenali sehingga hari ini sebagai Kampung Seri Kaya.



Antara calon tajuk Kajianku

Yep, maybe ini salah satu calon untuk kajian aku untuk sambung Master..tapi kaji dari segi apa, belum tahu..hehehe..

Kajian Gergasi

Bidang Giantology atau bidang yang menyelidik Gergasi merupakan satu bidang yang merungkai kaum-kaum kuno yang dikatakan bertubuh besar yang mungkin sudah pun pupus. Mengikut teori beberapa penyelidik barat, kaum-kaum ini pernah disembah sebagai dewa kerana tubuh mereka yang besar.

Banyak kajian menemukan rangka-rangka gergasi sekitar dunia terutamanya di Benua Amerika. Para arkeolgi membuktikan bahawa wujudnya makhluk manusia bertubuh besar. Walaupun kebanyakkan bukti ini masih disembunyikan dari media oleh pihak-pihak tertentu yang mengundang teori konspirasi.

Dalam Islam, pendapat Ilmuan Islam menyatakan bahawa Manusia zaman dahulu bertubuh besar, Nabi Adam A.S. juga dikatakan sangat besar dan akhirnya manusia menjadi semakin kecil. Dikatakan ini disesuaikan dengan binatang zaman dahulu kala yang besar, hasil tebalnya gas oksigen dalam udara yang menyebabkan makhluk zaman itu membesar puluhan kali ganda dari hari ini.

Malah, kajian kepada Batu Ica, atau Ica Stone menemukan satu hasil yang amat mengejutkan. Batu yang berusia lebih kurang 405 Million  tahun lampau, mempunyai lukisan menunjukkan dinasour pada zaman itu ditunggang, dijinak, diternak dan diguna oleh manusia yang bersaiz lebih kurang saiz dinasour!!!



























Dalam Agama Samawi (Islam, Kristien dan Yahudi) dikatakan Kaum  Nabi Hud A.S. , iaitu Kaum Ad’ memiliki tubuh yang besar dan kuat namun angkuh dengan perintahnya. Nabi David (Nabi Daud A.S.) pernah bertarung dengan manusia gergasi iaitu panglima Jalut dari bangsa gergasi Goliath manakala Nabi Moses (Nabi Musa A.S.) juga pernah memerangi Raja Og iaitu raja gergasi kepada kaum gergasi digelar kaum Jabarin.



David VS Goliath


Banyak laporan dan kisah-kisah rakyat dari serata dunia melaporkan wujudnya manusia gergasi seperti kisah ‘Jack & The Magic Beans’. Gergasi ini juga dikatakan hidup berkelompok dan berkaum sepeti manusia contohnya bangsa Nephilim, Anakim, Nimrod, Rephaite, Daitya (Hindu),  Jotun dan lain-lain.


Nephilim : - Mengikut kepercayaan Agama Kristian dan Yahudi lama percaya bahawa bangsa Nephilim mungkin berasal daripada kacukan anak perempuan kandung Nabi Adam A.S. dan Malaikat yang menghasilkan genetik gergasi


Rephaite atau Rephaim merupakan salah satu bangsa gergasi dalam kepercayaan masyarakat Yahudi.

Aku disini bukanlah nak membuktikan kewujudan gergasi atau apa, ini Cuma pandangan, bukti, dan kajian oleh orang lain. Yes, pada aku, aku mempercayai kewujudan gergasi, manusia lah gergasi.. aku sebagai seorang Islam, berpegang kepada kajian para ilmuan Islam yang menegaskan bahawa manusia pada zaman dahulu bertubuh besar, jadi ya, aku mempercayai manusia adalah gergasi.

Semakin lama manusia kian mengecil dan sisa-sisa bangsa dan kaum-kaum yang masih bertubuh besar pasti dianggap dewa oleh manusia yang tidak lagi berpegang kepada ajaran Tuhan yang sebenar. Mereka menganggap bahawa manusia yang bertubuh besar ini adalah para dewa, tuhan atau waris tuhan yang perlu disembah. Namun strategi Allah itu tiada cacat celanya, Allah perlahan-lahan mematikan dan menghapuskan generasi bertubuh besar agar tidak menjadi ikutan dan sembahan manusia sekarang.. wallahu... hanya Allah yang mengetahui...

Jadi, adakah anda percaya akan Gergasi....?



Kredit :

http://burungpipit91.blogspot.my/2011/06/perakians-ghost.html



Wikipedia

Google Image

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment