Misteri Naga
Tambuakar Sabah
Seluruh
Dunia mempunyai kisah naga tersendiri. Ada yang mampu terbang, hidup di udara,
hidup di darat dan di dalam hutan, ada pula naga yang hidup di air. Di Borneo,
tepat lagi di sekitar Pantai Barat Sabah sekitar Bongawan, Papar, Beufort
sehingga ke Pulau/kuala Penyu, wujudnya cerita rakyat mengenai naga Tambuakar.
Perkataan
’Tambuakar’ atau ‘Tembuakar’ asalnya diberi nama oleh kaum bangsa Brunei yang
bermaksud ‘tumbuh akar’ merujuk kepada seekor raksasa atau naga besar dan sekitar
tahun 1903. Mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah ianya adalah
seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan
mempunyai leher yang panjang.. Cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama
selepas pembukaan tapak2 baru akibat penjajahan Brunei ke atas pantai barat
Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan
sungai untuk bekalan air.. mengkut penceritaan dari mulut ke mulut, pelbagai
bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki serupa sirip, ada
mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga..
Versi
lain pula oleh orang bangsa Dusun di Sabah, mereka percaya yang Tambuakar ni
berasal dari sejenis ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog.. ada mengatakan ianya
adalah raja segala hidupan di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus tahun
dan ada mengatakan beribu taun untuk menjaga kerajaannya dan ia terus membesar
dan membesar sehingga mencapai size seperti seekor naga..
Berbalik
pada cerita pribumi dan bangsa Brunei yang menghuni persisir pantai pula,
Tambuakar ni tidak diketahui mana asal usulnya sebab semasa penempatan baru
dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari mulut2 penduduk pribumi
disitu masa tu.. dari penceritaan dan pengalaman orang2 tua, ada 3 bentuk
digambarkan mengenai tambuakar ni :
1. Bentuk raksasa Loch Ness - berleher
panjang berbadan besar dan mempunyai 4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor
sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2
kepala dan dibelakangnya bukan lah ekor..
2. Bentuk naga / ular - ada saksi yang
mengatakan ia seperti seekor ular tedung yang mendongakkan / mendirikan
kepalanya ditengah2 sungai, mereka mendakwa x pernah melihat badannya dah hanya
melihat kepalanya yang besar dan sedikit kembang..
3. Juga seperti raksasa Loch Ness, tapi
dikatakan berbulu, dan bergigi tajam. Dikatakan ini merupakan rupa pertama
Tambuakar dilihat disekitar Benoni sekitar Tahun 1903.
Banyak
cerita2 direkodkan sepanjang taun 30-60an sebab masa tu ramai mula membuat
rumah disekitar sungai Papar, Sungai Padas, Sungai Bongawan dan Sungai
Beaufort.. tempat paling famous orang ramai menceritakan mengenai munculnya
Tambuakar ni adalah di persisir sungai Kg Surati, Papar, kampung ni betul2 di
tepi sungai.. tapi mengenai Tambuakar ni berbentuk ular atau naga lagi famous
berbanding bentuknya seakan Loch Ness.
Bila
ditanya mengapa sekarang ni tiada penemuan2 terbaru mengenai kemunculannya,
ramai mengatakan yang ia sudah mati dan x kurang mengatakan ia masih muncul
sesekali tapi disebabkan pengangkutan air dah x digunakan lagi maka penceritaan
mengenainya pon jarang didengari, tapi sesekali ada juga cerita2 mengainya
melalui kaki2 pancing dan nelayan disekitar sungai tersebut, alasan diorang x
nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni ada kamera dan hp yang
boleh snap gambar makhluk ni..
Ramai
percaya haiwan lagenda ini masih hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lubang2
besar di bawah tanah sepanjang sungai2 tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk
membina jambatan masa membaiki jambatan Papar yang roboh pada taun 2000 dulu
selain di tempat2 lain sepanjang sungai tersebut.. dikatakan ianya mengunakan
kepalanya untuk membina lubang di bawah sungai tersebut dan membina laluannya
sendiri di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada gak versi lain
mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan untuk menggorek tanah untuk membina
laluannya..
Naga Tambuakar Versi
Orang Dusun
Menurut
cerita lisan kaum Dusun di Ranau, Tambuakar berasal daripada ikan Sinsilog
(sejenis ikan Belut). Ikan ini telah bertukar sifat dan bentuknya mengikut
peredaran masa. Perubahan ini berlaku dalam masa ratusan tahun malah ada orang
tua-tua menyatakan beribu-ribu tahun. Kebanyakan orang tua di bahagian daerah
Ranau, menceritakan bahawa Tambuakar berasal dari seekor ikan lalu bertukar
bentuk badan yang besar separti naga di mana mempunyai kaki dan tangan.
Disebabkan bentuk badan dan dengan adanya tangan dan kaki, ia mempunyai
keistemewaan untuk membuat tempat tinggalnya.
Tambuakar
tinggal dalam air yang dalam dan berlubang. Dikatakan bahawa, tambuakar boleh
menahan aliran air sungai dengan cara membuat benteng. Dengan sebab itu sungai
bertukar menjadi tasik. Ada beberapa orang tua menyatakan bahawa suatu ketika
dahulu bandar Ranau adalah sebuah tasik yang besar. Tasik ini terbentuk
disebabkan oleh aktiviti Tambuakar tersebut. Tambuakar yang menghuni tasik ini,
menjadikan apa saja haiwan sebagai makanannya. Tambuakar boleh memakan sekali
lahap seekor kerbau atau sapi. Tasik di Ranau ini dikatakan sebagai tempat yang
paling menakutkan,. manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini.
Tambuakar
dikatakan mempunyai satu kuasa atau aura yang boleh melemahkan mangsanya.
Mangsa tidak berdaya bergerak untuk melarikan diri dari tambuakar. Dalam
beberapa kejadian dikatakan tambuakar sengaja mengalirkan banjir dengan membuka
pintu air. Apabila haiwan atau manusia terkena banjir maka mereka lari
menyelamatkan diri. Pada masa inilah tambuakar akan menjalankan peranannya
untuk menangkap mangsanya. Tambuakar menyebabkan kesengsaraan hidup orang Dusun
di Ranau. Mereka tidak lari dari kawasan tasik tersebut kerana kawasan tersebut
subur untuk pertanian di samping bekalan air yang banyak. Tambuakar dikatakan
mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau.
Naga Tambuakar Versi
Naga Laut
Satu
lagi versi dikatakan Tambuakar ni lebih kepada raksasa laut bukan di darat,
kalau ular pon dikatakan ia sejenis ular laut yang berbisa. Dalam Versi ini,
ikan yang dikatakan bertapa menjadi naga merupakan sejenis ikan laut yang
digelar Ikan Naga atau Oarfish atau nama saintifiknya 'Regalecus Russelii'.
Tambuakar dikatakan Raja di lautan dan naik ke darat melalui sungai untuk
bertapa sekali sekala. Apabila Tambuakar naik ke sungai, terjadilah banjir
kerana dikatakan badan Tambuakar ini memenuhi sungai menyebabkan air melimpah.
Sebab itulah dikatakan Sungai Padas/Papar mudah melimpah.
Tambuakar Versi Orang Brunei Sabah
Nama ’Tambuakar’ diaktakan diberi oleh kaum
bangsa Brunei Sabah yang bermaksud ‘tumbuh akar’. Nama ini diberikan keatas
penemuan seekor raksasa atau naga air misteri yang besar dan ini berlaku sekitar
1900 disebuah kampung di Papar, kampung
Benoni.
Legenda terkenal Tambuakar yang selalu
diperkatakan dikatakan berasal dari tempat ini, cerita popular mereka disini
menceritakan raksasa itu adalah jelmaan 16 ekor patu(sejenis itik atau angsa)
yang telah masuk bertapa kedalam gua Karuaya @akar kayu @kayu Ara, dan
merupakan haiwan separuh akuatik separuh darat (makhluk yang berasal dari dari
air tapi boleh hidup keatas daratan).
Satu ketika dahulu kawasan Benoni merupakan
satu kawasan memulau yang sangat subur dikelilingi oleh sungai yang membiru
beserta hutan karuaya (kayu Ara) air tawarnya yang tebal. Kemudian di atas
tanah tinggi yang memulau itulah penduduk kampungnya telah mendirikan rumah
mereka satu persatu.
Kisah ini bermula dari seorang penternak patu yang menyangka
patunya telah menjelma menjadi seekor raksasa selepas memasuki lubang besar
dibawah akar kayu Ara dan tempat kejadian berlaku dihujung hulu sungai
kepulauan Benoni itu (dikenalpasti lokasi tempat itu kini dipanggil “Bendari
@Darat Benoni ” yang menghala ke bukit Bendera @kuari).
Penternak ini mempunyai 16 ekor patu
kesemuanya dan diapun selalu melepaskan patunya ini bermain kesungai tersebut
sehinggalah dia menyedari dihari - hari berikutnya patunya mula menghilang satu
persatu. Pada mulanya dia menyangkakan buayalah pemangsa ternakannya itu.
Seharian dia mengawasi lalu dia mendapati kumpulan patunya ini memang selalu
saja suka berenang kesuatu tempat yang jauh sedikit dari kawasan area sungai
tinggalnya itu. Dengan berjumpong (perahu kecil) dia perlahan - lahan menyusuri
sungai tersebut sambil mengekori patunya dari kejauhan saja, barulah dia
perasan terdapat sebuah kayu ara yang sangat besar disitu, dipenuhi lagi dengan
akar kayu yang berjuntaian langsung saja menambahkan lagi seram pada lorong
gelap yang terdapat dicelah celah - celah akarnya yang berserabut itu.
Beberapa ketika kemudian patunya berdondon
selamba saja berenang masuk ke celah gelap karuaya tersebut kemudian kembali
keluar dari tempat tersebut secara bersahaja tapi berkurang seekor. Persoalan
dikepala penternak tersebut hampir
terjawab selepas menyaksikan peristiwa itu tapi dia masih lagi tidak tahu
apakah gerangannya haiwan aneh yang suka membaham secara senyap - senyap sahaja
dibalik akar karuaya tersebut. Diapun kembali lalu menceritakan hal ini kepada orang
kampungnya, keesokkannya dan pada hari –hari seterusnya dia memerhatikan lagi
kejadian yang sama kian berulang sehinggalah juga patunya yang terakhir.
Dengan berbekalkan amarah dan dendam yang
kuat pada kali ini dia telah menghimpunkan seluruh penduduk kampung untuk sama
- sama turun dan membongkar benda misteri yang telah menghabiskan patu - patunya
itu. Berbekalkan senjata masing - masing mereka berkayuh menuju ke tempat
tersebut sambil memerhatikan suasana sekitarnya yang tidak kurang seramnya
berhutankan karuaya ini, mereka mula mengepung kawasan tersebut dari semua arah
sebelum melakukan langkah was - was yang tidak kurang takutnya ketika cuba
menghampiri lubang luar biasa tersebut.
Akhirnya beberapa orang pemuda yang berani
tampil kedepan lalu mengambil langkah untuk memasukinya sambil mencucuk - cucukkan bujak (lembing) didalam gelap yang nampaknya
seperti tiada berpenghujung itu, mereka meraba perlahan lahan menggunakan
parang mereka sambil cuba mencapai jauh kedalam lagi lalu mendapati airnya
sungguh tidak kurang dalamnya juga sementara yang lain masih lagi menunggu
diluar bakau tersebut. Dalam keadaan yang sunyi sebentar saja itulah kemudian
kedengaranlah bunyi deruan suara yang sangat kuat bercampur lagi dengan suara
jeritan pemuda yang siap masuk sebentar itu pantas kembali bergegas keluar pula
dengan wajah yang terkejut dan ketakutan.
“Tumbuh akar!! Tumbuh akar!!” Jerit orang - orang
tua lain yang melihat dari luar mendapati perubahan kocakkan air dan tanah yang
bergolak naik dan turun itu, dalam perasaan taksub bercampur kehairanan ini
tiba - tiba menjengullah sebatang leher yang panjang dari air tersebut,
badannya berbulu dan giginya tajam, ianya juga adalah haiwan yang paling besar
sekali pada waktu tersebut.
Terkejutlah seluruh penduduk kampung yang
menyaksikan sendiri haiwan ini (mereka tidak tahu ianya haiwan prasejarah). Ada
yang mengandaikan bahawa patu - patu tersebutlah sebenarnya sudah menjelma
kepada raksasa tersebut selepas bertapa masuk kedalam gua tersebut. Raksasa itu
kemudiannya berjaya ditewaskan dengan kemahiran melembing yang dimiliki oleh
orang - orang zaman ketika itu (ianya perkara biasa pada zaman tersebut).
Kemudian binatang raksasa inilah yang mendapatkan namanya sebagai legenda
Tambuakar yang difikirkan bertukar dari cantuman 16 ekor patu tersebut ditambah
lagi keluarnya pula berasal dari pohon akar kayu yang lebat tebal itu.
Ilustarsi penulis blog asal menunjukkan Naga Tambuakar yang berbulu mati dibunuh dengan lembing orang kampung
Cerita ini disampaikan turun temurun di
kampung benoni sehinggalah ceritanya mula menjadi semakin kabur tanpa
mengetahui lagi rupa bentuknya yang sebenar raksasa Tambuakar ini sehinggalah
lewat awal tahun 70 –an.
Dikampung Benoni. Pada suatu hari seorang
budak yang diambang remaja telah balik membawa sebuah buku dari perpustakaan
Papar yang dipinjamnya kerumahnya. Dia membelek - belek buku bergambar tersebut
dilaman rumahnya, buku ini memperlihatkan gambar binatang prasejarah (dinosaur)
dan dalam gambar tersebut adalah haiwan bergelar ‘Paleosaurus’ ini. (lihat
gambar)
Paleosaurus - haiwan purba zaman dinasour yang hidup di air
Ketika beliau sedang melukis sambil membelek -
belek buku inilah ibunya Zaleha tidak sengaja terpandang susuk haiwan
Paleosaurus ini lalu memberitahukan anaknya nama binatang tersebut adalah
Tambuakar mengikut dari gambar lakaran yang pernah dibuat dari ibu terdahulunya
(yang sempat melihat binatang ini dalam keadaan matinya) lagi ketika bercerita
perihal Tambuakar tersebut. Sambil mengamati lagi gambar tersebut dia (ibunda
Zaleha) ini hanya memberitahukan perbezaannya Tambuakar yang diceritakan itu
mempunyai bulu pada badannya, tetapi susuknya memang sama.
Ilustarsi penulis blog asal menunjukkan perbezaan antara Naga Tambuakar yang berbulu dengan Paleosaurus
Melalui cerita tersebut. Itulah kali pertama
kampung mereka pernah berhadapan dengan makhluk tersebut dan itulah juga kali
terakhir mereka pernah melihat makhluk yang sedemikian.
Tiada disangka raksasa itu adalah spesies
‘Plesiosaur’ yang sudah pupus jutaan tahun lalu ini sempat wujud di Benoni
sebagai ‘Tambuakar’.
Maksud nama- Tambuakar membawa maksud 16 ekor
patu bertapa@ tersumpah@ keluar dari akar@ tumbuhnya dari akar menjadilah
raksasa mitos tambuakar.
Kata - kata penulis blog ini :-
Apapun kita tahu patu bukanlah spesies dari
‘plesiosaurus’ jadi kita sudah tahu patu tersebut cumalah sebahagian daripada
pengalas perut Tambuakar@Plesiosaur tersebut sahaja.
Remaja didalam cerita tersebut tadi
sebenarnya adalah ayah saya (Penulis asal Blog) sendiri dan dari situlah saya mendapatkan kisah
sebenar Tambuakar tersebut.
Tambuakar dalam Akhbar Siam
Dalam Akhbar The
Straits Times bertarikh 5 April 1904, dalam ruangan The Siam Observer,di
Publish pertama kali di Thailand, ada menceritakan tentang aduan masyarakat di
sekitar Benoni di daerah Papar, Sabah tentang kewujudan rasaksa pelik seperti
seekor dinasour yang tinggal di sebuah gua di tepi pantai. Penulis akhbar
bersama penduduk setempat menjejaki tapak kaki haiwan pelik yang dikatakan
lebih besar dari buaya dan semestinya berbeza dari jejak buaya. Jejak tersebut
dikatakan menuju ke sebuah gua di tebing pinggir laut. Penyelidik Inggeris
telah mengambil data dari masyarakat setempat. Mereka mengatakan raksasa
tersebut mempunyai badan yang besar seperti badan buaya, namun kakinya menghala
ke dalam, berleher panjang seperti ular dan berkepala juga seperti ular.
Malah dalam akhbar tersebut
juga menyatakan mereka membina pagar bagi menangkap makhluk tersebut. Malangnya
pagar itu dikatakan runtuh dan dimusnahkan oleh makhluk itu dengan mudah
apabila mereka melihatnya pada keeseokkan pagi. Sehingga kini, haiwan tersebut
masih lagi menjadi misteri.
Pagar Buluh dan kayu yang dibina oleh orang Kampung untuk menyekat makhluk tersebut
Naga Tambuakar – Penceritaan Pengalaman Datuk
Mertua Ila
Cerita ini disampaikan oleh @ilahkhatibrani di komen dalam sebuah blog.. jom
ikuti kisahnya..
Arwah datuk mertua ilah suka
membeli tanah..terutama tanah yang lum diterokai...arwah seorang yang sangat
berani..kira leh gi sorang2 masuk hutan gi tengok kebun buah. Pada tahun 1980,
Arwah datuk mertua nie bercadang nak beli tanah di barat tanah borneo....jadi
dia pun bersama 4 org kawannya gi ke pejabat tanah untuk tanya dan meminta kebenaran
nak gi tinjau tanah mana yang boleh dibeli.....alhamdullilah... Ada.. Dan
terletak di barat borneo (area pantai barat Sabah).. Jadi 2 pegawai tanah
bersama 2 pegawai renjer hutan pergi menemani dan menunjukkan jalan bersama
arwah datuk dan 4 org kawannya menerokai hutan kat barat borneo...time nie
hutan kat borneo banyak belum diterokai..tebal giler
Jadi ada 9 org termasuk
arwah datuk mertua pergi masuk hutan tebal simpanan kat borneo tuk melihat tanah
yang ingin dibelinya.....keadaan hutan mase nie..walaupun masih siang tapi
gelap sedikit kerana banyak pokok besar yang menghalang chaya matahari
masuk....jadi bila dah asar ..dah gelap sedikit...jadi diorang semua membuat
keputusan berehat sekejap sebelum sambung
lik perjalanan...
sampailah diorang jumpa
tempat yang strategik tuk berehat iaitu
di sebatang kayu yang sangt besar lebarnya sudah tertanam separuh kedalam tanah
...serta berlumut penuh kehijauan.... Jadi mereka watlah ungun api ngan kayu2
kat atas batang pokok yang tertanam separuh kat tanah nie.....manakala...mereka
sembilan org nie termasuk arwah dok kat batang pokok nie ....kiranya empat org
kat sebalh kiri..dan lagi lima org kat sebelah kanan..dan tengah api yang
dinyalakan ngan longgokan kayu kat atas batang kayu besar berlumut tu...
Pada mulanya tiada apa2 yang
berlaku....sehinggalah kayu yang dibuat tuk unggun api tu semakin habis dah api
tu mula membakar batang kayu yang berlumut tu.. ..pabila api mula membakar di
batang kayu besar berlumut tu...tiba2 batang tersebut bergerak dan meliuk-liuk..ke
kiri dan kekanan...dan terangkat ke atas....dan terus sebahagian badan batang
pokok yang berlumut yg tertanam separuh di tanah terkeluar daripada
tanah..serta mengeluarkan bunyi mendesis dan hembusan angin kuat tanpa berlengah lagi mereka
melompat terjun daripada batang pokok berkenaan..dan terus lari kearah
hadapan..dan tinggalkan semua barang2 kat situ ...dalam kekalutan nie ...salah
sorang daripada kawan arwah datuk berlari laju..kearah sebelah kiri dan terus
ke depan kerana terlalu panik....
Sementara arwah datuk mertua
ngan lagi tujuh org yang lain berlari kehadapan terus berlari tak hingat sampai
terjatuh2 langgar akar pokok kat utan..sampai lah dorang berhenti berlari
kepenatan...dan time nie arwah datuk terus perasan yang salah sorang kawannya
hilang .... Tanpa berlengah masa mereka memanggil nama kawan arwah datuk nie..dengan
melaungkan nama beliau kuat2 kat dalam hutan....tetapi tiada
jawapan....sampailah datuk nak pergi ke tempat yang tadi...sebab takut sesuatu
terjadi kat kawan dia yang hilang nie.....tetapi dihalang oleh yang lain sebab
time nie keadaan di hutan semakin gelap...setelah dinasihat oleh pegawai renjer
hutan..yang pencarian dalam gelap hanya sia2 jer..jadi datuk mencadangkan besok
pagi diorang patah balik dan mencari kawan yang ilang..tu...
Jadi mereka pun pergi
berpatah balik dan tido di pondok renjer hutan borneo. Pada keesokkan
harinya..mereka bergerak balik ketempat semalam..tetapi kali ni lebih
berhati2..mereka tidak menhampiri tempat batang kayu ijau yang berlumut
sebaliknya memerhati dari jauh..terutama bila arwah datuk cakap dia syak batang
kayu berlumut tu ialah badan ular...bertapa...
Mereka berjalan memerhati
sampailah ternampak di depan dorang kawasan yang lapang macam padang bola tidak
jauh dari tempat dorang buat unggun api semalam....dari sebelah kiri ke depan
dari arah unggun api tu dibuat..dan betul2 arah yang kawan arwah datuk yg
ilang lari semalam. Time nie arwah datuk
dah rasa lain macam dan suruh yang lain jangan bergerak..dan serentak tu
juga datanglah dua ekor khinzir utan
liar melintas di kawasan lapang tu..dan tetiba dorang dengan bunyi berdesis dan
hembusan cam nafas serta cam ngauman yang amat kuat manakala dua ekor khinzir
tu tiba2 cam disedut, dan abis semua batu2 dan daun pokok serta ranting pokok
yang berhampiran terbang dan disedut bersama2 dua ekor khinzir tu.
Time arwah datuk terus
nampak ...ya-Alllah ...besar betul dan cepat2..dikerahnya yang lain keluar dari
situ..sementara yang lain tanpa bersuara..terus meninggalkan tempat tu dengan
segera...dan sampai ke hari ini kawan arwah datuk tu tidak tahu dimana kawan
yang hilang tu dan mereka anggao dia sudah meningggal tetapi tiada kubur.
Nak tahu..apa yang dilihat
oleh arwah datuk mertua ilah....hmm dia nampak bende yang menyedut 2 ekor khinzir
tu serta mengelurkan ngauman tu ilah kepala ukar yang sangat besar.. sangat..semasa
ular nie sedut dua ekor khinzir nie...ular nie juz juz bukak mulut..nganga..dan
terus di sedut khinzir tu masuk kedalam rongga mulutnya..time nie kata arwah
datuk ...taringnya panjang betul..dan matanya sebesar dulang ....sebab tu arwah
datuk suruh yg lain cepat2 beredar dari situ...jadi arwah datuk buat kesimpulan
yang kawannnya yg hilang tu sudah mati disedut olleh ular tersebut...
Tetapi menurut datuk pada
tahun 1986..kawasan yang diorang pernah nampak ular bertapa tu telah diterokai
tuk pembalakan dan peliknya bila datuk pergi sana, ular terbabit telah tiada
..hmm mungkin dah abis bertapa....dan sudah pergi ke..laut..
Sementara tempat yang ular
bertapa tu...ada banyak intan permata...jadi disitu ramai org berduyun gi
melombong intan permata nie...tetapi tetiba intan permata nie hilang cam
tu..walaupun digali..tidak dijumpai....bila ditanya ngan arwah datuk..arwah
datuk hanya berkata sambil tersenyum...' hmm org bunian dah amik baliklah
tu..dan alihkan tempat lain'
-ulasan- mungkin apa yang dijumai
oleh arwah datuk mertua Ila ini adalah naga, tapi tida dipastikan sama ada naga
yang mana. Kerana menurut cerita lama masyarakat Dusun, terdapat seekor lagi
naga yang tinggal di dalam hutan besar dan melilit pohon-pohon besar dikenali
sebagai naga Galau. Jadi adakah yang diceritakan di atas adalah Naga Tambuakar
atau Naga Galau masih tidak dapat dipastikan.
Naga Tambuakar – Wawancara Penyelidik
Terhadap Seorang Responden Di Kampung Kota Klias, Beaufort
Kisah ini diceritakan oleh
seorang pakcik yang rumah asalnya berdekatan dengan rumah homestay yang kami
tinggal di Kampung Kota Klias, Beaufort, Sabah. Pada asalnya, kajian ini
dilakukan untuk meneliti komuniti homestay di kampung ini. Namun aku tertarik
dengan kisah pak cik ni mengenai pertembungan beliau dengan makhluk digelar
Tambuakar.
Kampung Kota Klias
dipisahkan dengan Sungai Klias yang agak lebar dan dalam merentangi kampung
tersebut. Sungai tersebut terkenal dengan aktiviti homestay pinngir sungai dan
aktiviti menaiki ferry menyusuri sungai tersebut menikmati keindahan alam dan
melihat flora dan fauna liar terutamanya monyet belanda, gajah dan yang paling
terkenal melihat kelip-kelip.
Menurut pak cik ini (nama
dah lupa, data hilang bila laptop kene virus), dia pernah berhadapan dengan
makhluk naga Tambuakar ini sebanyak 2 kali dalam hidupnya. Pertama semasa dia
kecil, budak, lebih kurang 10-12 tahun (sekarang berumur sekitar 50-60 tahun). Rumah
penduduk kampung ini rata-ratanya dibina dipinggir sungai Klias, kerana sungai
Klias merupakan jalan utama penduduk kampung tersebut suatu ketika dahulu.
Kebanyakkan masyarakat
tersebut menaiki perahu/sampan untuk ke tempat lain melalui sungai Klias. Masyarakat
Kampung tersebut kebanyakkan nya kalau saya tidak silap adalah kaum Bisaya,
Murut, Brunei dan sedikit Dusun. Arwah Bapa responden selalu menggunakan sungai
itu untuk mngutip hasil hutan dan dijual ke Tamu (pasar). Responden selalu
mengikut dan menemani bapanya.
Pada suatu hari, selesai
mengutip hasil hutan (kalau tak silap responden ada menyebut kemungkinan daun
nipah untuk dibuat atap rumah), mereka dalam perjalanan pulang untuk pulang. Dia
dan bapanya tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kocakkan air yang kuat. Tiba-tiba
keluar kepala seakan-akan ular besar, bersisik dan kulitnya berwarna
tompok-tompok coklat dan hitam, bermisai macam naga cina, berbalung dan bermata
merah merenung ke arah mereka.
Responden dan bapanya
terkaku sebentar. Menurut responden, bapanya pernah diajar apa yang perlu
dilakukan jika bertemu makhluk yang digelar tambuakar tersebut. Bapanya menapak
ke depan perahu, menghentakkan kakinya di lantai perahu, mulutnya terkumat-kami
membaca sesuatu (responden tidak mengetahui apa yang dibaca bapanya), tiba -
tiba ular itu kembali menyelam ke dalam air dan hilang.
Responden dikatakan nampak
badan tambuakar yang panjang sedikit terkeluar dari air, dikatakan sangat
panjang, berganda-ganda dari perahu mereka (responden menyatakan bahawa mereka
menggunakan perahu panjang seperti tekong). Namun bapa responden tidak pernah
menceritakan atau menyebut kembali tentang peristiwa tersebut kepada sesiapa
dan responden juga takut untuk bertanya.
Pengalaman penemuan Naga
Tambuakar kedua yang diceritakan responden (pak cik tadi) adalah sekitar umur
beliau remaja (dalam 16-18 tahun). Waktu itu, dikatakan padang bola terletak di
seberang sungai dari rumah responden. Responden akan menyeberangi sungai
bersama kawan-kawanya pada sebelah petang untuk bermain bola. Mereka menggunakan
alat seumpama lift manual, dimana tali diikat di kedua-dua belah sungai, ada
macam sebuah kotak besar kosong untuk yang boleh mereka naik dan ditarik oleh
seseorang yang menjaga alat itu dengan bayaran tertentu.
Dikatakan penjaga yang
menjaga alat itu akan berehat sekitar maghrib untuk solat maghrib. Responden biasanya
balik sebelum maghrib suapaya dapat menaiki alat tersebut untuk keseberang. Malangnya
suatu hari dia dan beberapa orang kawanya terlewat dan terpaksa menunggu
penjaga alat itu untuk menggerakkan semula. Penjaga tersebut masih di pondoknya
waktu tersebut. di seberang sana juga terdapat beberapa orang menunggu untuk
menyeberang sungai.
Pada saat itu lah ,
timbulnya Naga Tambuakar di Sungai Klias itu, rupanya sama seperti yang pernah
dilihatnya sewaktu kecil. Dikatakan saksi yang melihat makhluk itu waktu
tersebut termasuk lah dia dan beberapa orang kawannya (4-6 orang), penjaga alat
menyeberang sungai yang masih lagi di pondok di tepi sungai, dan beberapa orang
lain di seberang sungai sana. Mereka semua tergamam melihat makhluk itu. Tapi penampakkannya
tidak lah lama, sekitar 30-40 saat sebelum kepala besar itu menyelam semula ke
dalam air Sungai Klias yang agak keruh.
Menurut Responden, rupa
kepala naga Tambuakar hampir sama dengan Ikan Sinsilog, macam Tambuakar dalam
versi orang dusun. ikan Sinsilog ialah sejenis ikan belut sungai yang besar. Kulitnya
coklat bertompok-tompok hitam. Dia juga mengagak bahawa Naga Tambuakar ini juga
mungkin kacukan ikan belut Sinsilog sungai dengan sejenis belut laut yang
dipanggil ikan naga, atau oarfish kerana Naga Tambuakar dikatakan berbalung dan
bermisai seperti naga dalam lagenda cina,
dan mungkin itulah puncanya Tambuakar boleh hidup di sungai air tawar dan hidup
di laut yang berair masin. Namun menurut beliau, cerita orang tua beliau
mengatakan bahawa tambuakar bukan lah makhluk mistik seperti hantu atau jin,
ianya adalah haiwan biasa yang bertubuh besar, mungkin kerana hidup lama hasil
makanan dan keadaan sungai yang membolehkan ia cukup besar.
Ikan Belut Sinsilog yang hidup di Sungai air tawar dan banyak di Sungai-sungai Sabah
Ikan Naga atau Oarfish yang merupakan ikan terpanjang didunia hidup di laut masin dan tinggal di lautan dalam
Rupa Bentuk kulit atau Sisik Naga Tambuakar menurut Responden
RUMUSAN
Adakah Naga Tambuakar itu
wujud..? aku disini bukan lah cuba membuktikan kewujudan tambukar, Cuma merungkai
cerita rakyat, folklore yang masih lagi terpahat dalam budaya masyarakat Sabah
terutamanya yang tinggal di tebing-tebing sungai sekitar pantai barat Sabah. Sesetengah
individu terutamanya golongan tua masih mempercayai kewujudan makhluk ini. Masih
ada pelbagai versi cerita mengenai kisah Tambuakar yang aku tidak dapat
rungkaikan disini.
Makalah kali ini, aku just
nak state kan ciri-ciri dan kisah-kisah tambuakar yang aku baca dan dengar. Kalau
tak post, maybe kisah lagenda Tambuakar ni akan hilang dan pupus, macam kisah-kisah
yang lain. Hasilnya, masyarakat Sabah ketandusan dan kepupusan cerita rakyat
mereka sendiri. Buktinya, masih ramai generasi muda Sabah yang tak pernah
dengar pun kisah Tambuakar walaupun kisah itu berlaku disekitar kampung halaman
mereka. Kalau pernah dengar pun, samar-samar.
Pada aku, mungkin apa yang
dikatakan oleh ketiga-tiga versi yang aku nyatakan sebelum ini adalah betul. Mungkin
apa yang dilihat mereka adalah haiwan yang berbeza. Mungkin Tambuakar ini
adalah haiwan prasejarah zaman dinasour yang mana spesies akhirnya masih hidup
dan kebetulan dijumpai oleh masyarkat Sabah. Mungkin juga hasil evolusi, haiwan
ini yang sepatutnya bersisik, kini ditumbuhi bulu untuk adaptasi dengan cuaca
hutan hujan tropika di Sabah.
Mungkin juga ia adalah ular,
atau ikan Sinsilog atau Ikan naga yang hanya seekor haiwan, namun keadaan muka
bumi Sabah yang masih lagi kaya dengan hutan, sungai dan laut yang belum
sepenuhnya diterokai waktu itu, memberikan sumber makan, habitat dan keselesaan
yang memungkinkan haiwan itu hidup lama dan membesar berkali ganda dari saiz
asalnya.
Namun apa bila masyarakat
Sabah menjumpai salah satu dari haiwan-haiwan ini, mereka menggelarnya Tambuakar,
walaupun ia adalah haiwan yang berbeza. Mungkin itu lah penjelasan mengapa
ciri-ciri Tambukar yang dijumpai agak berbeza antara satu dengan yang lain. Ini
pandangan aku sahaja lah.
Apa yang sebenarnya dilihat,
dijumpai dan makhluk apa yang sebenarnya wujud di perairan sungai, laut dan
hutan Sabah ini, hanya Allah yang mengetahuinya...
Wallahualam...
Kredit
http://motivasibuana.blogspot.my/p/t.html
www.mforum2.cari.com
7 comments:
Waw..ada muka ku d sana..
Di Scotland pun ada kisah macam ular besar ni. Linton worm(A ‘Worm’ was another term used for a dragon (orme or worme is the ancient Norse for serpent). https://www.pressreader.com/uk/scottish-field/20141101/281505044440759
http://muhzarkasy-bulungan.blogspot.com/2011/10/hikayat-naga-dalam-cerita-lisan-orang.html?m=1
Naga wujud cuma dinosaur aja tak wujud
Post a Comment