ANTROPOLOGI DAN
SOSIOLOGI :
BIDANG PEKERJAAN? PELUANG PEKERJAAN?
Salam
Semua…. Dah lama tak post dalam ni.. agak busy.. banyak hal yang berlaku,
termasuk kematian Tokwan (datuk) aku sendiri, sebelah mak, yang merupakan
antara individu yang banyak memberi inspirasi kepada aku…. Now, get back to
business..
Antropologi
dan Sosiologi, peluang pekerjaan.. selepas post dalam blog aku mengenai Kos
Sosiologi dan Antopologi ini, ada yang ingin bertanyakan tentang kos ini pada
aku..so, aku ketakkan no telefon aku pada komen di situ, tak sangka ramai yang
wassap bertanya.. Dan antara soalan paling famous yang aku terima adalah
“Apakah Peluang Pekerjaan bagi Kos Ansos Ni..?”.. yang bertanya banyaknya dari
kalangan pelajar STPM da nada juga dari Diploma, sebahagian kecil dari Matrik…
Ok, Secara jujurnya, aku tidak lah begitu pandai dalam bab pekerjaan ni, tapi
aku cuba la, sebab aku sendiri masih belum berada dalam pekerjaan yang
berkaitan secara langsung dengan kos ANSOS ni..
Secara
Fakta, jujur dan Kebenarannya, peluang pekerjaan di Malaysia yang melibatkan
kos Ansos secara langsung ini sebenarnya tidak banyak… Bukan sahaja pada bidang
Ansos, tetapi juga bagi kebanyakkan bidang Sains Sosial / Sains Kemanusiaan..
Ini kerana melihat pada situasi Negara Malaysia, tidak seperti Negara lain yang
sudahpun kukuh dari segi kewangan dan lain-lain, Malaysia masih belum stabil
dari banyak perkara termasuk teknologi, ekonomi dan politik. Oleh itu,
kebanyakkan dana, budget dan kawangan Negara disalurkan kepada perkara lain
seperti infrastruktur untuk rakyat, teknologi, pendidikan dan lain-lain. Sumber
kewangan untuk menampung pekerjaan yang berkaitan Sains Sosial di Malaysia
kurang, menyebabkan jawatan-jawatan berkaitan Sains Sosial agak kekurangan.
Jawatan-jawatan
yang aku maksudkan ini bukan lah jawatan-jawatan yang berkaitan teknikal, ini
kerana kebanyakkan bidang-bidang sains sosial lebih kepada bidang teori dan
falsafah, management, dan research. Jika ada pun bidang teknikal, ianya tidak
lah banyak. Kebanyakkan bidang-bidang pure sains sosial ini melibatkan
research, kajian dan penyelidikkan. Ada juga sedikit bidang teknikal seperti
bidang Masscom(mass communication) atau bidang Sosial Media dan bidang Kerja
Sosial serta sedikit di bidang Pengurusan Khazanah (Arkeologi, Muzium,
Perpustakaan dan Arkib).
Jawatan-Jawatan
terutamanya bidang swasta di Malaysia lebih menumpukan kepakaran dan sijil
dalam bidang teknikal berbanding teori. Kerana Malaysia pesat membangun dari
segi teknologi, pembinaan, pembuatan dan sebagainya. Hanya sebahagian kecil
sahaja dalam bidang swasta yang memerlukan sijil dari bidang Sains Sosial dan
kebiasaannya melibatkan pengurusan atasan atau Management. Manakala di sektor
awam pula, peluang pekerjaan dan jawatan seimbang untuk bidang teknikal dan
teori, malah boleh dikatakan bidang-bidang teori dan pengurusan seperti
bidang-bidang Sains Sosial dan Bidang Pengurusan hampir mendominasi sektor
awam. Walaubagaimanapun, jawatan-jawatan ini tidak dibuka secara banyak, jadi
peluang mendapatakan jawatan bagi bidang teori dan pengurusan masih sukar di
peringkat sektor awam.
Contohnya,
walaupun di Malaysia terdapat agak banyak Muzium awam (muzium yang dikendalikan
oleh Jabatan Muzium Negara), namun hanya sebahagian sahaja, terutamanya
muzium-muzium besar sahaja yang mempunyai Jawatan Kurator, Penolong Kurator dan
Pembantu Muzium. Sedangkan muzim-muzium kecil kebanyakkan diselia oleh Pegawai
Am.
WALAUBAGAIMANAPUN……..
Listen,
jangan gabra tak tentu pasal.. ye, peluang pekerjaan yang BERKAITAN SECARA LANGSUNG dengan kos ANSOS dan Sains Sosial ini
memanglah tidak banyak, tapi kena faham satu perkara lagi, ADA BANYAK JAWATAN YANG BOLEH DIPOHON TANPA MENGIRA BIDANG yang ada
di Malaysia. Pada hemat aku sendiri yang ada beberapa kali pegi interview, isi
jawatan kosong ni semua, tak semua jawatan memerlukan spesifik bidang. Ada saja
jawatan-jawatan yang tidak melihat sangat background field pendidikan kita,
kalau ada Degree sahaja, kira pas dah, janji masa interview tu anda yakin dan
boleh buat dengan baik. Banyak je jawatan lain yang boleh dipohon terutamanya
bidang-bidang pengurusan atau management. Majikan masa tu tak tengok sangat kos
yang kita ambil, janji ada degree dengan pointer yang ok la, pegi interview
dengan ok, isi boring-borang dan jawab ujian-ujian (sesetengah interview
memerlukan ujian bertulis juga) dengan betul dan baik, IN SHA ALLAH anda boleh
je bekerja dalam mana-mana bidang.
MAIN
REASON YOU ARE HERE
Okay,
sekarang tentu anda semua nak tahu apa antara peluang pekerjaan dan jawatan
yang boleh dan sesuai dipohon yang berkaitan secara langsung atau sedikit
sebanyak melibatkan Kos Antroplogi dan Sosiologi, kan? Yang Tertinggi,
terdekat, atau jawatan paling utama secara langsung dengan Bidang Antropologi
dan Sosiologi tentu sekali di bahagian pensyarah dimana ia melibatkan
penyelidikkan dan peyebaran ilmu secara langsung. Pendek kata Pensyarah adalah ibu
jawatan yang terapat dengan Subjek Antropologi dan Sosiologi. lain-lain bidang penyelidikkan sains sosial juga bermula dari pensyarah termasuklah ahli arkeologi, ahli falsafah, ahli Mitologi dan Folklorist dll.. Selain itu, ada
juga jawatan di sektor awam dan sektor swasta yang boleh dipertimbangkan
sebagai yang berkait rapat dengan kos ini. Ok, ni antara jawatan-jawatannya : -
Jawatan Sebagai Pendidik di
Universiti Awam dan Swasta
1.
Pensyarah/Penyelidik
|
2.
Penolong
Pensyarah/ Pembantu Penyelidik (RA/Research Assistant)
|
3.
Tutor
|
Jawatan Penyelidik Dan
Pembangunan Sosial -S- (SEKTOR AWAM)
SPA 8
|
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA)
1.
Pegawai
Bahagian Perancangan dan Penyelidikkan
|
2.
Pegawai
Seksyen Kebudayaan dan Warisan
|
Sumber : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Lain-Lain Sektor Awam Yang
Berkaitan
1.
Pegawai
Tadbir Diplomatik
|
2.
Pembantu
Operasi
|
3.
Guru
MRSM
|
Sektor Swasta dan NGO
Bagi
Sektor Swasta, tidak banyak jawatan yang berkaitan secara langsung dengan bidang
Antropologi dan Sosiologi terutamanya di bahagian penyelidikkan. Namun ada satu
peluang jawatan dalam bidang swasta, tidak kira lah sama ada mereka menjual
produk mahupun membuat servis, di bahagian kecil R&D atau Research And
Development yang mana ada satu jawatan kecil (maaf, aku tak ingat nama jawatan
ini) yang mana mereka tidak mengkaji produk yang dihasilkan atau bakal
dihasilkan, tetapi mereka ini lebih mengkaji tentang pelanggan dan bakal
pelanggan untuk produk mereka. Mengkaji kepuasan pelanggan, latar belakang
pelanggan, dll. Namun, kebiasaannya jawatan ini ada dalam syarikat-syarikat
gergasi sahaja. Contohnya jika McD hendak membuka satu cawangan di Negara India,
Kumpulan ini lah mengkaji tentang penerimaan dan penolakkan isu Daging Lembu
oleh masyarakat Hindu di kawasan tersebut.
Bagi
Bidang NGO, jangan salah faham, walaupun kita biasa dengar join NGO biasanya
sukarela atau sukarelawan yang tidak bergaji, namun ada juga yang sememangnya
bekerja dengan NGO dan Bergaji. Malah ada juga sukarelawan yang mendapat elaun
tinggi dalam NGO. Antara NGO yang aku biasa dengar yang menggaji bidang Ansos
ni adalah World Wildlife Fund (WWF).
KESIMPULAN
Walaupun berbeza dengan bidang Profesional yang lain seperti law, Doktor dan Guru, serta bidang Teknikal seperti Engineer, Arkitek, Mekanik dll, namun bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan terutamanya bidang Antropologi Dan Sosiologi masih boleh bersaing untuk mendapatkan jawatan sama ada di sektor awam mahupun swasta. walaupun tidak banyak peluang pekerjaan yang berkait rapat secara langsung dengan bidang Antropologi dan Sosiologi, namun masih ada jawatan-jawatan kosong yang tidak memerlukan bidang yang spesifik yang membolehkan semua bidang bersaing mendapatkannya. Tidak perlu takut untuk mengejar impian. Jika Anda betul meminati bidang Antropologi dan Sosiologi, mahupun apa juga bidang, jangan takut untuk merapati dan belajar dalam bidang tersebut.....
Kredit:
12 comments:
salam . saya nak tahu lebih detail tentang career about sosiologi . can you contact me ?
nurulamiera011013@gmail.com
hai..sharing yg bagus..nice..btw..klau ade adik2 minat nak tau psl bidg tourism..ade kaitnan dgn heritage dan sosiology juga lawat la https://studypelancongan.blogspot.com/2013/01/3-tahun-diploma-tourism-management.html?showComment=1583224242285#c5971670188537659733
Thanks.nice sharing..i want to know more about this course..how to contact u?through email or....?
Hai. Nak tnya, apa syrt am utk smbung izajah dlm kos nie? Boleh tak diploma in early childhood education smbung dlm kos nie? Isi upu utk thn 2020 nie gagal medsi.
Hai..macam mana nak contact awak untuk mengetahui bidang ni dngn lebih lanjut
Assalamualaikum. Saya ni fikir banyak sangat pasal bidang pengajian. Buang duit dan masa banyak sangat. Mungkin tuan/puan boleh bantu saya agar saya tidak mereput begitu sahaja sbb asyik biat keputusan yang salah? Mungkin boleh tglkan no fon kat fon saya 0189442285. Saya amat2lah harapkan respon yang positif dari pihak tuan. Terima kasih
Salam, saya ada terbaca yang antropologi ini ada empat cabang termasuklah salah satunya, arkeologi. Namun, selepas meniliti tawaran ijazah di Malaysia, saya hanya jumpa bidang antropologi dan sosiologi(ANSOS), manakala arkeologi pula merupakan bidang yang berasingan. Adakah bidang ANSOS ini hanya sains sosial? Sekiranya saya memperolehi ijazah dalam bidang ANSOS, adakah saya mempunyai peluang untuk bekerja dalam bidang arkeologi?
Salam, sya brcdg nk major degree in ansos juga mcm awak. Skrg awk mcm mna ya? mksud sya apa pekerjaan awk skrg dan mcm mna awk cri job dgn degree ansos? Tq
Kalau nak jadi pakar budaya ambil course antropologi dan sosiologi lah kan? But I am 37 years old, cuma ada diploma and 10 years experience as cabin crew.
Is it still ok to study this?
hi admin, i reaaly need advice for this course, sy dh buat research mengenai kerjaya tp saya memerlukan beberapa kepastian sebelum saya apply slps sy abis intern, if you dont mind, do contact me 01128081083 (adila)
Boleh bgtau info psl kursus ni di no 0182993702 ?
I taktau la dgn sarjana lain. but this ansos really interesting course. Berbalik kpd minat anda semua. Rezeki pekejaan tu kita tak tau. even kita belajar hebat mcm lawyer blm tntu dpt keja jadi lawyer govt.. just go with the flow..
Post a Comment