TIPS UNTUK SISWA/SISWI BARU
ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera Buat semua… Makalah Kali ni aku tuju khas buat adik2 yang baru dapat
Result UPU atau Unit Pengambilan Universiti (kalau tak salah la) dari Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). Adik2 yang Lepasan STPM,STAM, MATRIK dan
DIPLOMA serta ASASI… TAHNIAH kepada yang Berjaya.. Dan jangan Pula bersedih
bagi yang belum mendapat tempat lagi..In sha Allah masih ada peluang, masih
boleh buat Rayuan..Malaysia banyak Universiti yang boleh dipohon..Dari
Universiti swasta, ke Universiti Awam yang Utama macam UKM, UM, USM, UPSI dan
UPM, kepada Universiti negeri Macam UMP, UMK, UMS, UNIMAS, sampai la UITM yang
boleh kata semua negeri ada Universiti untuk kita lanjutkan pelajaran di
peringkat seterusnya. Tak cukup dengan tu, kolej-kolej dan Institut-institut
awam dan swasta juga menawarkan kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Jadi tak perlu Risau, teruskan mengisi borang2..
Ok,
Now, Sekali lagi Tahniah Kepada adik2 yang dah Berjaya dan boleh digelar siswa
dan siswi Universiti terutamanya yang mendapat Kos sama macam aku la,
Antropologi dan Sosiologi. Ok, harini aku nak bagi Tips untuk persediaan awal,
hmm, takla macam persediaan awal, tapi lebih kepada persediaan diri sendiri
untuk menjadi pelajar Ansos (Antropologi Dan Sosiologi). Kos lain pun boleh
rujuk tips ini,xde masalah, ni hanya pengalaman yang aku dah lalui dan nak
kongsi balik dengan korang je.. Yang dah biasa macam bebudak Diploma dan
Matrik, maybe ini sebagai revision untuk korang.. Jom Layan Tips2 Ni……..
Sebelum Pendaftaran
1) Ok, sebelum pendaftaran, of cource la kene
sipakan dokumen, borang2, sijil2 dan perkara-perkara penting yang Universiti tu
mintak anda semua buat termasuklah pembayaran Yuran ke, Medical Checkup, Beli
Baju kemeja, tie dan lain2..
2) Kalau boleh dan rajin, cuba
cari Yayasan Negeri, Baitulmal dan mana2 badan yang sebenarnya mereka ni ada
dana untuk pelajar baru IPTA/IPTS.. macam Baitulmal tak salah saya dia bagi
RM600 untuk pelajar yang baru masuk untuk Degree..sape nak bagi free RM600 kan?
Pegilah mintak, kita layak, bawaklah Sijil Lahir ape semua, borang2, Surat
Tawaran Kemasukkan ke IPT..
3) Untuk Pelajar yang akan naik
flight (pelajar semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya), belajar macam
mana nak beli tiket flight.. beli Online..jangan jad cam aku, menggagau pegi
airport nak beli tiket flight, lagi mahal kut..beli online lebih murah..dan
kalau boleh beli sekarang, makin lambat makin mahal..
4) Yang try PTPTN, guna sebaiknya, yang dapat Yayasan, Guna sebaiknya..
jangan bazirkannya.. dapat WPP, guna lah untuk beli barang2 keperluan sebelum
ke IPT anda..
5) Kebiasaannya Pelajar Tahun Pertama macam anda, cornfirm dapat
asrama, so belajar2 la hidup berdikari,tambah2 yang tak pernah duduk asrama
tu.. Belajar la dari sekarang basuh baju sendiri (Mostly asrama Universiti
takde mesin basuh yek), belajar lipat baju, belajar masak meggi (kebiasaannya
asrama universiti tak dibenarkan memasak, tp water heater dimaafkan), belajar
iron baju dll…
6) okay, kalau semua persediaan dah dibuat, try la survey2 Universiti
yang korang dapat, asrama yang korang dapat, kos yang korang dapat.. ranking
IPT tu, dimana IPT tu berada, dimana kedai2 dan pekan terdekat kalau nak beli
barang, dimana nak dapatkan kenderaan awam kalau nak kemana2.. Asrama macam
mana..besar, kecil..Kos yang anda dapat tu kos macam mana, peluang pekerjaan
die, payah ke senang kos tu..(kalau untuk ANSOS, aku dah sediakan dalam blog
aku, in sha Allah, membantu sedikit sebanyak)…
Dan kalau boleh, jangan la survey ni di laman web universiti tu semata-mata, try survey dari blog2 student
IPTA tu, FB ke.. Sebab kalau survey dari laman web rasmi IPT tu, memang la
diorang akan letak yang terbaik sahaja, gambar pun dah edit bagai, tapi kalau dari blog lain, anda akan dapat tahu
keadaan sebenar IPTA anda.. But Jangan Risau, Jangan takut, sebab stakat ni xde
lah perkara2 teruk yang berlaku kat IPTA Malaysia yang tak ditangani dengan
baik..ada maybe ada, tp tak banyak la..contohnya dulu isu Serangan Penceroboh
di Lahad Datu Sabah, tentulah kami di UMS takut, siap ramai nak balik
semenanjung, tak pikir plak yang tinggal
Sabah time tu, camne diorng fikir keadaan family diorg di Kampung… tapi UMS
siap panggil army lagi bertapak di UMS untuk bersiap sedia..jaga 24/7 untuk
keselamatan student..so tak perlu risau..kalau jenis gelabah sangat,tak payah
survey langsung.. hehehe…
7) Bagi yang dekat dengan IPT tu atau
berkesempatan untuk ke IPT tu sebelum pendaftaran, please ambil peluang
untuk survey IPT tu dari segi tempatnya, kawasan sekeliling, supaya time
pendaftaran nanti tak kelam kabut, tak kalut kata dek oghang utara..
Semasa Hari Pendaftaran
1) Kalau boleh datang awal, datang
ke IPT atau tinggal di hotel ke, homestay ke berdekatan IPT tu sehari sebelum
pendaftaran (kalau IPT tu jauh dari tempat tinggal anda).
2) Pakaian kemas la sikit, nak
jadi student IPT kan..
3) Yang datang dengan Family,
Salam la Family anda, peluk, tapi jangan depan member yang datang sorang, sebak
die kang..nangis kat situ jugak..hahaha.. (aku datang pendaftaran dulu di UMS
Sabah dulu sorang2 je,Family tak ikut.)
4) Ikut peraturan, tatacara,
lauan dan cadangan yang dah diberikan oleh pihak IPT, Jawatankuasa Pengambilan
pelajar dan Jawatankuasa Orientasi..
5) Follow dan ikut lah Minggu
Orientasi/Suaimesra/Suaikenal dengan baik, walaupun sesetengah IPT tak wajibkan
anda ikut fully orientasi, tapi anda akan rugi kalau terlepas beberapa perkara
penting yang hanya diajar time Orientasi sahaja.
Hari Pendaftaran Asrama
1) Kebiasaannya sama dengan
hari daftar IPT, lepas daftar IPT, terus daftar asrama, dapat kunci semua.. Datang
awal, boleh la katil dan meja terbaik untuk anda..(ni semua orang tahu).. Sebab
tempat tu akan jadi rumah anda at least 6bulan ke setahun.
2) Setting tempat sebaiknya,
pasang cadar, kemas bilik, sapu, mop, bersih sawang, kemas katil dan almari,
bersihkan meja study.. Sebab bilik tu dah ditinggalkan at least sebulan-2
bulan....kalau boleh, beli bantal sendiri, bantal asrama, Ya Allah, kalau dapat
yang baru tak pe, ni dapat yang senior wariskan kat korang, yang senior
wakafkan, siap waris dan wakafkan sekali dengan “peta” kat bantal tu, kadang2
bantal dah takde kekabu, takde isi, kadang2 lagi hitam dari punggong kuali…
hahaha…
Bantal Asrama warisan dan wakaf Senior... hahaha..
3) PERINGATAN barang berharga,
laptop, telefon, beg duit dll JANGAN TINGGAL MERATA-RATA..firstly, time-time
macam ni la pencuri suka ambil kesempatan, time orang sibuk2 apa semua..time ni
la peluang dia nak ‘menyapu’... Siapa pencuri? Aku tak kata semua, aku kata
boleh jadi dari kalangan mereka ini, sebab kita belum kenal mereka, maybe
tukang sapu area situ, pengawal pun boleh jadi, roommate sendiri (kita belum
kenal sepenuhnya roommate kita kan?), saudara roommate (time diorang hantar roommate
kau, nak tengok2 bilik kononnya, maybe adik/abang/kakak/pakcik/makcik roommate kau
panjang tangan, siapa tahu kan?) pendek kata berhati2...
4) Berkenalan dan Berbaik lah
dengan Roomate.. Roommate, orang yang akan tinggal dengan kau untuk at least
6-12 bulan... Banyakkan bersabar, manusia pelbagai ragam, ada yang sesuai
dengan kita, ada yang tidak, tapi tak bermaksud kita perlu bergaduh atau
pulaukan seseorang, terimalah seseorang itu seadanya, jadi penyabar, biar kita
hormat dia takpe, die tak hormat kita sangat pun takpe, in sha Allah satu hari
nanti dia akan malu pada diri sendiri, percayalah... yang pernting, bermula
dari diri kita..respek orang lain...
5) Hias dan design lah bilik
anda (kawasan meja study dan katil sendiri, jangan meja dan katil kawan pun nak
hias) sebaiknya.... (yang ni perempuan pakar la..hehehe).. Sebab nanti mana
tahu dah takde masa nak berhias2 dah.. Busy study...kononnye la..hehehe.. letak
la gamabr family sebagai pemberi inspirasi, poster2 yang bagi anda semangat,
poster2 dan gambar impian.. lelaki, kereta, motor, band2 rock..perempuan, korea
dan k-popnya, artis lelaki hot dan hensem, gambar2 comel macam kucing ke..
Otaku..Anime..typical... hahaha...
6) Untuk yang beragama Islam,
saya syorkan, malah galakkan, bagi malam jumaat pertama korang di bilik, atau
kalau boleh, malam2 awal korang tinggal di bilik asrama tu, ajak roommate/housemate
Islam untuk baca Yassin dalam rumah tu.. anda pun tahu, sekiranya bilik yang
penghuninya berpindah randah, bertukar2 dan bilik tak berpenghuni lama ni ada
yang menumpang..bukan nak takutkan.. kita beringat... tak semestinya ada, dan
kalau ada tak semestinya jenis pengganggu.. so baca Yassin.. paling molek, masa
mula2 masuk bilik tu, berdiri di ruang tengah, azan..tak perlu kuat macam
masjid, sekadar sederhana sahaja... boleh semak sini...
7) kalau Rooomate/housemate
anda adalah senior, hormat mereka sebaiknya, berkenalan dengan diorang dan try
dapatkan tips2 atau cara2 hidup dan jadi student di IPT tu.. Kebiasaannya
pelajar2 lama ni dah tahu trick dan cheat untuk hidup sebagai student kat IPT
tu...
Minggu Orientasi dan Penganalan Kepada
Fakulti dan Kos
1) Allright, sekarang anda
adalah pelajar IPT di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree).. so, time awal2
ni tak banyak subjek2 berat, tak banyak kelas2 berat.. time ni lebih relaks dan
santai, so take your time untuk mengenali IPT anda... Hafal la lagu IPT sendiri, dan lagu negeri
IPT tu berada...
2) Pendaftaran Subjek.. ni
bebudak tahun 1 mesti konpius (kecuali bebudak Diploma la, anda dah pakar..hehehe),
tambah2 nak arrange jadual.. belajar dari senior2, belajar dari AJK2
Orientasi.. mereka akan ajar cara yang betul nak daftar subjek yang sesuai
dengan jadual anda..
3) Dah daftar? Ok, sekarang
check subjek2 anda... dari sini, anda akan Nampak lakaran awal macam mana kos
anda nanti... bagi pelajar ANSOS, antara subjek awal kebiasaannya adalah Famly
System atau Kekerabatan dan Kekeluargaan, Pengantar Antropologi dan
Sosiologi/Pengenalan kepada Antropologi dan Sosiologi/ Antropologi dan Sosiologi 101, Pengantar/Pengenalan Sains Sosial dll..
check balik jadual anda.. Dari situ, try la search dan google sikit tentang
subjek2 tu..
4) Dah okay, pergilah melawat
IPT anda..Firstly, pada aku, korang pergi Fakulti anda dlu, tahu mana fakulti
sendiri, kelas2, dewan2 kuliah, bilik pensyarah, dan Tutor.. Kafe..lepastu
PERGI LIBRARY...ni jangan jadi pemalas, awal2 ni takde buat apa, pergi library,
cari section utk bidang anda field anda, kos anda... Besok2, bagi yang pemalas
ni, memang teraba-raba dalam library bile kene guna library... enjoy yourself..
baca sikit tentang kos anda dalam buku2 di library.. Pada Student ANSOS, boleh
cari bahagaian Kemanusiaan, Sains Sosial, Antropologi, Sosiologi, Kebudayaan,
Kesenian, Sejarah, Theologi dan Agama, Family, bahagian Psikologi dan
kaunseling pun boleh.. Anda dah ada jadual subjek anda kan..? so try la belajar
sebelum start kelas...tak rugi pun... Bagi yang ambil ANSOS, enjoy la, ada
beribu sub bidang yang anda boleh baca.. selagi namanya bukan sains tulen, anda
boleh baca sebagai pengetahuan tambahan.. baca buku sains tulen pun xde
masalah..xde orang nak marah..baca lah, itu lah kelebihan pelajar IPTA dan
orang yang nak study sendiri, diorg ada akses untuk kelas, apss2 universiti dan
akses kepada library..gunalah sebaiknya..
Yup..library Ums..
Library UTP, library paling futuristic yang aku pernah pergi..nice..
5) Semasa mingu Orientasi,
belajar betul2 apa yang diterangkan, sebab time ni je korang akan belajar
sesuatu di Universiti yang agak penting yang tak diajar dalam kelas, contohnya
cara bayar yuran, subjek2 wajib universiti, subjek kokurikulum, subjek bahasa
dan lain-lain..take note Bro...
RUMUSAN
Last but not least, TAHNIAH
sekali lagi atas kejayaan anda menjadi seorang pelajar IPTA/IPTS di peringkat
Ijazah Sarjana Muda (Degree).. Apa pun kos anda, belajar la dengan baik, sebab
itu yang anda pilih dan saya assume anda minat dengan bidang tersebut.. Apa
yang aku bagitahu sini bukanlah wajib dan mandatori, cuba berkongsi pengalaman... Mana yang sesuai,
dan dapat digunakan, Alhamdulillah aku syukur sebab aku boleh ingatkan dan bagi
cadangan... Bagi Adik2 yang Dapat kos Antropologi Dan Sosiologi di mana-mana
IPT sekalipun (Pengajian Warisan kalau di UMK kalau tak silap), welcome to the club bro and sis.. Enjoy your
travel, journey to gain the knowledge of one of the most exciting Field In The
World.... Assalamualaikum....