Pengembaraanku Bermula
9:25 AM |
Namaku Hambali..ingin menjadi seorang penyelidik, pengembara, penulis, fotographer... dulu masa kecil2, cita2 ku nak jadi pengembara... pernah aku terfikir, pengembara ni merantau, cari ilmu, cari tmpat2 indah,tgk tmpat2 manusia lain, lihat budaya orang lain,cara hidup orang lain.. Aku tertarik dengan semua tu...Bak kata orang, "jauh perjalanan, luas permandangan", aku tmbah lg sikit, "banyak ilmu pengetahuan"... selain itu,aku juga berminat pada makhluk2 pelik, ghaib dan mistik mcm naga, pari2 dan elf..
Namun cita2 ku dikala kecil tu tergugat..orang ckap "mana ada pengembara dah zaman ni"..dan orang cakap, perkara2 mistik tu karut sgt.. jadi aku teruskan langkah ku, mencari apakah kesudahan hidupku... dari minat saintis, kepada pelukis, sejarah dan akhirnya aku kenali satu bidang yang sangat aku minati..dan aku xsedar aku minat bidang ini dr dlu lg, tp aku sndiri xsedar..bidang Antropologi dan Sosiologi.. dalam bidang ini, kamu akan jumpa pelbagai bidang berkaitan manusia, dari cara hidup manusia, cara manusia berinteraksi sesama manusia,alam dan lain2, budaya manusia, cara manusia berfikir, dan lain2... dalam bidang tu ade juga perihal kepercayaan manusia terhadap alam termasuklah perkara2 ghaib..
Dan aku mula sedar, bidang ini merangkumi semua bende2 yg aku minat, budaya, (antropologi) kembara (traveler,sosiologi pelancongan), mistik(mythology) dan fotographer sangat sesuai dalam bidang ni.. jadi aku mulakan langkah dalam mengenal apakah bidang ini yg sebenarnya...
Pengembaraan ku telah lama bermula.. mencari, makna hidup manusia, mencari cara manusia hidup, berfikir, dan apa yang manusia cuba nikmati,cuba capai dalam hidup mereka...
Perjalanan yang jauh membawaku jauh ke Sabah.. tempat yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya... juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya... sesuai bagi penyelidik budaya dan bukan penyelidik urban atau kota raya... melihat telatah manusia yang lain pemikirannya dari ku..lain hidupnya dari hidupku...
Aku merentasi ruang masa, ruang bahasa, ruang budaya, ruang agama, ruang pemikiran dan lain-lain bagi mencari apakah kehidupan manusia lain yang berbeza dari diriku...
Memikirkan, kenapa? kenapa mereka hidup begini? apa? apa yg mereka fikirkan? apa yg mereka cari dalam kehidupan? apa yg buat mereka gembira? apa yg buat mereka sedih?
dimana? dimana mereka tinggal? dimana mereka mencari rezeki? dimana mereka mencari kehidupan..?
Aku mencari liku2 hidup, bukan sahaja mencari liku perjalanan, liku dalam kehidupan, meneliti sejarah manusia sehingga berbezanya kehidupan kita semua..namun,apakah tujuan daku melihat perbezaaan ini? bergaduh? berdebat dengan perbezaan ini? tidak, daku berpegang pada teori fungsionalisma,setiap perkara ada tujuannya... jadi aku mencari, apakah tujuannya kehidupan2 yg lain ini diciptakan dan mengisi ruang dunia yang penuh dengan kompleks.... mahu tahu jawapannya...?
Ayuh sama2 mengembara bersamaku!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
nice bro
Post a Comment