MENGAPA AKU MEMILIH SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI?

MENGAPA AKU MEMILIH SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI?

Kali ini aku cuba menonjolkan beberapa ciri Bidang Sosiologi dan Antropologi yang menarik hati aku. Ya, aku pernah menceritakan apa itu Sosiologi dan Antropologi (ANSOS) dan artikel sebelum ini, juga menceritakan sedikit mengapa bidang ini menjadi minatku. Namun kali ini aku cuba beri lebih detail lagi, apa yang ada dalam kedua-dua bidang ini sehingga aku hanyut dalam kelas-kelasnya, rasa bahagia dalam bidang ini dan kadang-kadang umpama dirasuk ideologi-ideologinya yang membuatkan aku ingin berkongsinya dengan anda semua..

So pada adik2 yang baru nak kenal apa itu Sosiologi dan Antropologi, jom baca artikel ni...

Beberapa ciri dan sebab aku meminati dan mencintai bidang ini : -

1.       Minat ku dalam Bidang kajian

Bagi sesiapa yang minat dalam bidang penyelidikkan dan kajian macam aku sendiri, tentulah bidang ini lah yang harus anda pilih. Macam jugak bidang kajian sains tulen, bidang kajian dalam bidang sosiologi dan antropologi juga ada metod-metod tertentu, pemboleh ubah tertentu, teori-teori dan model tertentu serta subjek-subjek kajian.

 ANSOS ni, sebenarnya merupakan ‘The Queen & The King’ bagi Bidang Sains Sosial. Jadi tentulah, kajian mereka merupakan kajian-kajian yang best untuk dikaji, dibaca, dirujuk, kajian yang banyak cross-field dengan field yang sama mahupun cross dengan field sains.

Antropologi yang banyak kaji pasal manusia dan kebudayaan terpecah kepada 4 cabang kajian utama iaitu antropologi sosial, antropologi fizikal, antropologi linguistik dan arkeologi. Nah, pilih la mane cabang anda nak, kaji lah sedalam-dalamnya.

Tu belum masuk dengan bidang sosiologi yang berpuluh-puluh cabangnya. Belum lagi kajian tentang metod-metod, kajian tentang teori dan model dan lain-lain. Pendek kata, ANSOS ni kerja dia memang penyelidikkan dan kajian sesaje. Nak kaji apa, kajilah, asalkan related to human. Nak kaitkan dengan haiwan? Pun boleh, bidang NGO yang preserve kepupusan haiwan, ade je kawan aku kaji, pensyarah aku kaji. Medic? Of course, we have traditional medic yang mengkaji dari penggunaan herbal, mantera-mantera sampailah shaman dan magical or spiritual cultural pun boleh. Sebab apa sahaja dalam dunia ni, kebanyakkan dah ada influence oleh manusia ataupun benda-benda ni dah pun mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu lagi.

Penyelidik Antropologi

2.       Tidak bosan

Tentulah tidak bosan. Anda disajikan dengan kepelbagaian kehidupan manusia yang serba kompleks dan tidak ada satu pun yang sama secara total. Sedang anda study hal strata masyarakat, bila bosan, cari pula sosial kehidupan artis. Walaupun nampak santai dan bunyi macam berhibur, namun kehidupan sosial artis juga sebahagian dari bidang sosiologi.

Bagi peminat bola contohnya, apabila agak stress belajar tentang bahasa dan kebudayaan, ubah sekejap kepada kajian sub-budaya hasil dari sukan bola sepak. Tak la stress dan bosan mengadap satu subjek sahaja.

Pendek kata, bukan satu sahaja bab yang boleh dikaji, beribu malah mungkin berjuta bab dan ilmu anda boleh baca, kaji, lihat dan teliti mengikut minat anda. Contohnya aku sendiri, aku meminati bidang mythologi dan folklore, apabila dah agak bosan membaca buku tentang mitos dewa-dewa greek, mula la buka internet, cari tentang ilmu-ilmu sub-budaya, minat kedua aku.

Malah, sebenarnya, kalau la kita dengar cerita-cerita dan pengalaman pensyarah membuat kajian disana sini, kisah lucu, sedih, marah, suka, ada juga kisah seram mereka, komfirmla, kita layan sambil mulut ternganga macam sorang cucu dengar datuk dia bercerita. Ini berlaku dalam beberapa kelas aku di UMS, beberapa pensyarah yang begitu pandai mengambil hati pelajarnya dengan cerita-cerita dan pengalaman mereka, menyebabkan ramai kawan-kawan aku yang memang ‘geng ponteng mintak orang lain tandatangan’ ni pun ramai yang hadir kelas, semata-mata nak dengar cerita-cerita pengalaman pensyarah-pensyarah tersebut. So..tak bosan la pada aku...



3.       Perdebatan teori

Ini mungkin agak pelik kalau aku cakap kenapa aku minat isu ni, namun pada aku, bidang sosiologi dan antropologi menghasilkan pelbagai teori, ideologi dan fahaman tersendiri yang sangat banyak. Jadi muncul pelbagai pengikut-pengikut fahaman tertentu yang menyebabkan bidang ini terpecah-pecah kepada banyak kumpulan. Yes, setiap fahaman berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini wujud apabila setiap penyelidik melihat sudut pandang  bahan yang dikajinya sama ada manusia atau budaya dari sudut pandang yang berbeza.

Contohnya, ahli sosiologi ekonomi pasti melihat masyarakat dari segi kewangan, sistem kapitalis dan ekonomi sehingga wujudnya fahaman Karl Marx dan teori Konflik. Namun bagi ahli sosiologi yang melihat manusia dari setiap fungsi mereka, muncul pula aliran fahaman Fungsionalisme oleh Talcott Parsons dan Robert Merton serta  Strukturalisme oleh Claude Lévi-Strauss.

Jadi apa yang aku minat dalam isu ini? Perdebatan dan pemilihan aliran oleh setiap penyelidik. Pensyarah-pensyarah aku sendiri mempunyai aliran fahaman mereka tersendiri dan cuba menarik dan menyebarkan kepercayaan mereka ini kepada student mereka. Walaupun kadangkala perbezaan pendapat ini menyebabkan pertelingkahan sesama pensyarah, namun kebiasaanya mereka matang menerima pendapat dan pandangan lain kerana mereka tahu, fahaman yang berbeza sememangnya wujud dalam bidang ini kerana kekompleksan manusia yang dikaji dan mereka diajar untuk menghormati fahaman lain.

Apabila pengaruh fahaman mereka sampai kepada student-student, muncul ‘pakar-pakar’ baru dan pengikut-pengikut baru dalam fahaman ini. Jadi dalam kelas, mula lah, seorang dengan peminat Teori Konflik menentang hujahan peminat Teori Fungsionalisme. Hujah-hujah dan bukti hasil kajian mereka mula menolak hujah-hujah pihak yang bertentangan. Walaupun nampak macam perang mulut, hahaha, tapi ia menunjukkan pelajar-pelajar ini dilatih untuk bertindak secara kreatif fan kritis serta mula mencari identiti ideologi mereka dan meletakkan diri mereka dalam ‘tribe’ fahaman-fahaman tertentu.

Aku suka benda ni. Memilih tribe, mempertahankan fahaman masing-masing, mencari bukti dan hujah bagi menyokong fahaman mereka, ini mencorakkan warna-warni pembelajaran di dalam kelas. Bersaing secara sihat dan mencakna minda.


4.       Travel dan kembara

Yang ni komfirmla best. Ramai manusia yang suka kembara. Jarang orang tak suka jalan-jalan ni. Malah dalam Islam pun suruh kita mengembara, cari ilmu dan lihat dunia ciptaan tuhan. Ade artikel aku sebelum ni tentang persepsi Islam terhadap travel.

        Ahli ANSOS biasanya akan mengembara atau travel untuk membuat kajian, tak kisah la sebab nak masuk kampung cari isu kajian ke, atau travel ke library-library dan muzium semata-mata nak cari bahan rujukan, we as Field Resercher should travel to rich our data. Walapun anda kaji sesuatu subjek tu dibelakang rumah anda je, tapi anda perlu jugak travel cari data tambahan, data berkaitan, cari pakar-pakar yang berkaitan untuk memperkayakan kajian anda. Walaupun sesetengah tu boleh je dapat dari internet, namun dapat dari first source dan data yang lebih original dan mentah, give you extra point and satisfying.

        Tak payah la beria nak keluar modal banyak. Cuba cari alternatif lain, lebih murah. Sebab kadang-kadang, dengan travel yang menggunakan modal sedikit, lagi banyak kita lihat kehidupan manusia dari travel dengan gah dan mahal. Tak percaya? Cuba travel dari hujung Sabah ke hujung Sarawak. Pergi naik kapal terbang, straight one way. Satu lagi anda naik la kenderan kereta ke, bas lompat ke, tumpang kereta orang lalu lalang ke, naik motor ke. Mesti banyak lagi pengalaman dengan cara tu, tayar pancit, minyak habis, jumpa awek kedai makan mase travel, cewah, malah anda dapat melihat the reality of human social life depan mata anda.

        So, berjalan, musafirlah, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk, mereka yang berfikir. Hehehe, tu lirik lagu. Jauh berjalan, luas permandangan, matang fikiran, banyak ilmu pengetahuan.


5.       Cabaran dan rintangan

Cabaran dan rintangan ni penting dalam kehidupan manusia. Memberi pengajaran, menambahkan pengalaman, mematangkan cara kita berfikir, orang cakap cabaran dan rintangan ni lah yang mendewasakan kita.

Semua cabaran ni penting untuk kita tempuh supaya kita tahu untuk kendalikannya di masa akan datang, pluss, boleh ajar cara nak tempuh sesuatu cabaran pada orang lain dan anak cucu kita sendiri.

Tapi mana cabaran dalam ANSOS ni? Apabila ada je kajian, ada je travel dan kembara, mesti ada cabarannya. Masalah kekangan masa, wang, tenaga, emosi, ketidak cukupan data, proposal dan kajian ditendang, data ada tapi tak dapat akses, semua ni beri cabaran pada kita. Ada penyelidik yang terpaksa masuk ke pedalaman, berjalan berbatu jauhnya, rempuh hutan dan sungai untuk sampai ke masyarakat pedalaman untuk dapatkan data dari mereka, bukanlah satu cabaran yang mudah. Tengok tak cerita Indiana Jones, ha, lebih kurang camtu la cabaran die. Cuma Indiana Jones ni ahli Arkeologi, yang sebenarnya bidang arkeologi ni pun under bidang ANSOS jugak la.

Cabaran aku? Banyak, setiap satu kajian aku buat masa belajar dulu, mesti ada cabaran, bermula dengan cabaran nak pilih ahli group (nak dengan kapel la, Crush la, BFF la, taknak satu group ngn musuh la), tajuk kajian, berapa duit nak belanja setiap kajian, bila nak buat, pergi buat kat mana, agih tugas buat laporan, minta kelulusan tajuk dari pensyarah. Tu cerita belum pergi buat kajian lagi tu. Risiko masa kajian? Lagi banyak. Ada kawan aku nyaris tak mati dengan Bonzer jaga pelacur, sebab dok temuramah pelacur, dah tu kajian dia. Aku, nyaris tak kena belasah dengan geng mat rempit mabuk sebab buat kajian tentang diorang, mendayung sampan kecil tengah laut nak temuramah penanam rumpai laut. Fuhh, cabaran.

Tapi macam aku cakapla, kalau takde setiap satu cabaran ni, kita tak tahu makna kehidupan. So sesiapa yang kata sukan extreme je yang mencabar, meh try join ANSOS, you will gasping for air....

Ni bebudak ANSOS batch aku, nak kene naik bot rentas sungai penuh buaya untuk ke tapak kajian...

6.       Boleh jadi apa saja

Ha, yang ni best. Mesti kecil-kecil ada macam-macam cita-cita kan? Nak jadi askar la, doktor la, pemuzik la, nak jadi abang sado la, janda berhias la, pondan dan pengkid la, macam-macam kan? Dalam ANSOS, you will give a chance to experience almost all of that.

Macam bidang lakonan dan teater, anda boleh jadi semua tu dengan lakonan. Tapi anda tahu tak, untuk menghayati setiap watak tu, aktor-aktor ni perlu kaji sedalam mungkin dan menjiwai setiap karakter yang akan dilakonkan. See.. kaji.. nah, tu tugas kita kan..?

So dalam ANSOS, setiap pekerjaan manusia lain dari tukang cuci sampah, sampai la.h perdana menteri, boleh kita kaji. Sebab apa? Sebab setiap dari satu pekerjaan ini membawa kebudayaan mereka tersendiri.

Jadi, katakanlah anda dari kecil minat sangat nak jadi retis-retis muzik ni. Ada je bidang kajian sub-budaya yang berkaitan dengan muzik seperti sub-budaya rock, sub-budaya hardcore dan metal, mereka bukan sahaja mebawa budaya muzik, malah turut membawa imej mereka tersendiri, pakaian dan fesyen yang dipengaruhi oleh artis-artis muzik, genre-genre mereka, kronologi, evolusi, revolusi mahupun devolusi muzik mereka, scene yang mereka bawa, kelab-kelab fans mereka, kehidupan sosial biasa mereka yang luar dari kamera paparazi. Semua tu boleh dikaji kalau anda memang minat


7.       Hobi anda? Minat anda? Semua dalam bidang ni

Yang ni lebih kurang no 6 tadi jugak. Cuma yang ni lebih kepada minat hobi. Yes,minat dan hobi jika dikembangkan boleh jadi kerjaya, but that bukan yang aku nak bincang. Setiap manusia biasanya ada lebih dari satu minat,hobi dan cita2..kan..? ada suka memancing, suka main motor, kaki gosip kat media sosial (keyboard warrior) la, gamers la, macam2...

So sebenarnya macam aku cakap sebelum ni,selagi related dengan manusia, tentulah anda boleh kajinya. Tak sah la tak bagi contoh kan? Kata la anda minat gamers, kaki DOTA la katakan. (sorry, aku xberape minat DOTA). So, sekarang ni pun DOTA bukan main dekat CC je, dah ade pertandingan peringkat antarabangsa. So, anda boleh kaji kehidupan sosial para gamers wakil2 negara dan kelab dari serata dunia. Malaysia pun not bad kan?

Lagi? Kaki pancing. Aku pernah teringin nak kaji tentang kaki pancing sebabnya aku minat memancing, tp tak pandai dan tade sape pernah ajar,dan aku sendiri pun tak pernah berkesempatan nak belajar. Pernah ikut bebudak Kedah UMS pegi mancing, last2 aku lena.. hahaha..but now, aku kaki pancing. Mulanya ikut-ikut je,sebab nak tahu cara kehidupan para peminat pancing tegar ni, last2 aku pun jadi pemancing walaupun tak berapa tegar. Hahaha. Lagi satu, kajian kaki pancing yang aku teringin nak kaji adalah kisah-kisah seram para pemancing ni terutamanya yang suka pancing malam2, tempat2 sunyi. Pergh. Layan..

Temuramah dengan Pemancing

8.       Cross-field

Yang ni pulak, well, maybe tak ramai yang faham apatah lagi menyimpan minat. Cross-field ni adalah kajian-kajian atau pembelajaran yang merentasi lebih dari satu bidang utama. Dalam ANSOS, banyak sangat kajian-kajian Cross-field sama ada dalam sains sosial sendiri ke, bidang seni ke, psikologi ke sampaila ke bidang sains tulen sekalipun.

Pensyarah aku, Dr Marsitah, kalau bebudak ANSOS UMS mesti kenal, ibu kita tu, pernah cerita pengalaman die apabila ada macam sebuah kajian cross-field antara sains sosial dan sains tulen tak salah aku mengenai kehidupan di sekitar sebuah pulau yang mana ada kampung nelayan, flora, fauna, ikan dan lain-lain. Stage pertama, penyelidik sains sosial dah dipandang rendah oleh penyelidik sains tulen, bila result kajian keluar, kajian sains sosial mengenai ekonomi, budaya, sosiopolitik, adat-adat dan kesenian masyarakat kaum nelayan tersebut dipersembahkan. Malah banyak masalah-masalah sosial yang diketengahkan dan dicuba untuk mencari penyelesaian. Hal ini mendapat sambutan dari para nelayan tersebut.

Tapi ahli sains tulen pula mengemukakan tentang spesies rama-rama atas pulau tersebut. What? Is that it? Itu je? Tak de kepentingan pada orang ramai sangat. Then mereka sedar stage kedua mereka kena berubah. Barulah stage kedua diorang buat kajian tentang kawasan2 yang plankton selalu ada, so, ikan banyak kawasan tu, so nelayan better tangkap kat situ. Ha.. baru la betul. Itu dah menunjukkan cross-field antara sains tulen ( kajian kawasan plankton) dan sains sosial (kepentingan kawasan plankton kepada nelayan).

Bukan nak merendahkan sains tulen, apatah lagi nak kat sape lebih hebat, sape yang betul. Bukan. Kita sama-sama penyelidik seharusnya berganding tangan mengkaji dan menyelidik, bukan untuk orang lain, tapi untuk manusia sejagat dan alam cakerawala ini juga.

Contohnya kajian yang aku minat sendiri. Kajian mythology dan folklore. Yes, kajian ni banyak cross-field sebenarnya. Dari bidang ANSOS, kita boleh tengok, kebudayaan manusia dalam pengekalan folklore atau cerita rakyat sebagai sumber ilmu mereka, sebagai sebuah panduan dan pedoman manusia dalam merangka pantang-larang dan undang2. Dari bidang seni penulisan dan sastera pula, mereka mengkaji struktur dan kepentingan cerita-cerita ini dan kaitkannya dengan seni sastera sendiri. Bidang Theology atau bidang keagamaan tentulah perlu dikaji bagaimana kepercayaan manusia terkait dengan sistem kepercayaan dan keagamaan dunia. Sains tulen? Sudah banyak penyelidik sains tulen berada dalam bidang ini bukan sahaja untuk menilai psikology manusia dan kaitannya dengan kepercayaan, malah ada yang lebih ekstrimis cuba membuktikan mitos-mitos, makhluk2 lagenda, dan fenomena paranormal secara saintifik dan sah. Cross-field ini lah akhirnya membentuk bidang-bidang yang lebih khusus seperti giantology (kajian tentang Gergasi), cryptology (kajian makhluk-makhluk mitos dan paranormal), Fairyologist (kajian mengenai pari-pari dan makhluk ajaib) dan lain-lain.


9.       Membuka mata, minda dan hati dengan lebih terang, matang, fleksible, kritikal dan kreatif

Yang ni adalah satu kelebihan yang akan digilap sekiranya adalah melangkah masuk ke bidang ANSOS ni.. Dikatakan kelebihan ini digelar “dari sudut pandang ahli ANSOS” atau “kacamata ANSOS”.. wuu..bunyi tak lah gempak, tapi sebenarnya kelebihan ni sangat la dasyat sekali. Tak banyak bidang yang ada kelebihan ni, kalau ada pun tak hardcore macam bebudak ANSOS.

Apa sebenarnya kelebihan ni? Apabila kita belajar mengenai manusia, budayanya, adat pantang larang dan undang2nya, sosial mereka, politik, ekonomi, kepercayaan dan agama dan segala2nya mengenai manusia, kita akan dapat satu kelebihan dimana setiap apa yang kita lihat, dengar, hidu, rasa akan kita kaitkan dengan ANSOS.

Walaupun tak semua bebudak ANSOS dapat menyerap kelebihan ini 100%, namun jika kita fokus dan hayati bidang ini, in sha Allah kita akan dapat kelebihan ini. Kelebihan ini menyebabkan kita melihat dunia ni dari sudut pandang yang sangat berbeza dari manusia lain. Serius. Cara kita fikir, cara kita cakap, cara kita lalui kehidupan akan berubah.

Manusia biasa akan hidup simple, bangun pagi, mandi, dengar lagu, pegi kelas/kerja, jumpa kawan, sembang, kerja/belajar, lunch, balik, tengok tv, kadang2 layan hobi sendiri, tidur. Macam no point of life. Tapi bagi bebudak ANSOS, terutamanya yang kelebihan “kacamata ANSOS” dia dah cukup matang, dia bangun, nak berus gigi pun, dia mula fikir, ubat gigi ni datang dari mana? Siapa cipta? Macam mana boleh wujud budaya membersih gigi? Dulu sebelum ubat gigi moden, orang pakai apa? Dimana ubat gigi ni dikilangkan? Macam mana sosiobudaya orang yang kerja kat kilang tu? Tu baru bab berus gigi. Belum bab nak minum kopi sebagai sarapan. Mula pulak fikir dari mana datang kopi, macam mana sosio budaya dan cara hidup masyarakat yang tanam dan jual kopi ni. Pada masa tu, kita akan nampak manusia dan dunia ni dengan cara yang sangat berbeza. Ekonomi, politik, sosial, kepercayaan, undang2, semua akan dilihat dan dicakna diminda.

Ha..anda dah ready nak rasa pengalaman macamtu..? Aku dah rasa. Xdala pulak sampai buat aku stress. Tapi aku lebih memahami dunia ni, manusia itu sendiri, itulah yang aku cakap, mata, minda dan hati bebudak ANSOS akan terbuka seluas2nya. Pada masa ini, sifat rasis, prejudis, hasad dengaki dan seantero dengannya akan berkurang. Mungkin tak hilang habis, tapi setidak-tidaknya kita dah pun menerima “manusia memang macamtu, memang kompleks dan pelbagai ragam”.

Fleksible, kritikal dan kreatif, ha, ni kita dilatih bila nak buat asignment, projek atau mini research. Masa ni la betul2 dilatih untuk lebih bersifat fleksible dengan subjek kajian, halangan dan rintangan mase nak buat kajian, kritikal dalam menilai diri, kreatif menyelesaikan masalah, kreatif mengkaji manusia dari pelbagai sudut dan banyak lagi. Percayalah, jika anda mendalamai ANSOS ni, anda akan jadi bukan diri anda yang dulu lagi.


10.   Saranan dan kebaikkan untuk Masyarakat, Agama, Negara dan seluruh Dunia

Yang ni biasalah, of course la, masyarakat, agama, negara dan seluruh dunia syorkan agar manusia semua saling mengenali dan memahami sesama sendiri, untuk elak perang dan cipta kedamaian, saling bantu-membantu sesama umat manusia dan lain-lain.

Apa kepentingan ANSOS ni pada masyarakat? Banyak, dari sini kita mengkaji kesusahan, masalah dan isu sosial masyarakat. So pihak-pihak berwajib yang meneliti kajian-kajian ANSOS ni la yang akan bertindak berdasarkan kajian tu untuk cuba menyelesaikan masalah dan isu sosial masyarakat.

Juga dalam memberi, menyimpan, mengkaji dan mempersembahkan ilmu kepada masyarakat, yang asalnya dari masyarakat itu sendiri, Cuma mereka tidak nampak macam yang kita nampak. Contoh Muzium Antropologi di Taiping Perak. Kita memperlihatkan kebudayaan-kebudayaan Malaysia yang mana kadang-kadang orang Malaysia sendiri tak tahu mengenainya.

Dari segi agama, tentulah, mana-mana agama besar dunia mengsyorkan kajian menegnai manusia untuk pemahaman ummah. Tidak kira apa jua agama, pada zaman moden ini, bukan lagi cuba bergaduh sesama sendiri, namun mencari kedamaian dan cuba memahami dan bertolak ansus sesama agama bagi mengelakkan konflik. Isu-isu anatar agama, diperdebatkan dan dibincangkan secara aman, profesional dan berhemah agar dunia lebih tenteram.

Dalam Agama Islam, Umat Islam dituntut untuk memahami dan bertolak ansur dengan bangsa dan agama lain, demi menjaga nama baik Islam dan kemakmuran ummah seluruh alam sejagat.
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Melalui ayat diatas, kita sebagai manusia disarankan supaya mengenal dan memahami budaya dan cara hidup masyarakat lain supaya kita lebih faham dan sedia bertolak ansur demi menjaga keamanan dunia.

Begitu juga negara-negara di seluruh dunia, majorti mengamalkan sikap terbuka dan menerima bangsa dan umat lain. Walapun wujud perang, penindasan dan sebagainya, muncul pula NGO-NGO dan kesatuan2 yang menentang perang dan penindasan yang mana menunjukkan masih ada manusia yang memahami, simpati dan empati dan menerima cara hidup manusia lain di seluruh dunia.

PBB sendiri menubuhkan pelbagai jawatankuasa bagi menjaga dan mengkaji peradaban dan kehidupan masyarakat di seluruh dunia seperti UNESCO yang menekankan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan di seluruh dunia. UNESCO lah yang banyak mengiktiraf tapak-tapak warisan bagi mengekalkan tapak-tapak tersebut agar generasi akan datang dapat melihat kebudayaan manusia di masa lalu.


Bidang-Bidang ANSOS dan seumpanya di Universiti di Malaysia :-

Universiti Sains Malaysia (USM) (Pulau Pinang)
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Antropologi dan Sosiologi

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Bangi)
Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian (Antropologi Dan Sosiologi)

Universiti Malaya (UM) (KL)
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Am/Kepujian) dalam bidang Antropologi dan Sosiologi
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Sosio-Budaya Melayu) Dengan Kepujian

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) (Selangor)
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam bidang: Sosiologi & Antropologi

Universiti Malaysia Sabah (UMS) (Kota Kinabalu)
Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sosiologi & Antropologi Sosial
Ijazah Sarjana Sastera (Sosiologi dan Antropologi Sosial)
Doktor Falsafah (Sosiologi dan Antropologi Sosial)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (Kota Samarahan)
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Antropologi dan Sosiologi)

Universiti Utara Malaysia (UUM) (Kedah)
Ijazah Sarjana Sastera (Sosiologi)


RUMUSAN

Mungkin belum ramai yang menyedari betapa best dan syok nya bidang ini. Terutamanya bagi adik-adik lepasan Matrik, STPM, STAM, Diploma yang masih mencari-cari bidang yang sesuai, aku sendiri akan rekemenkan bidang Antroplogi dan Sosiologi ini untuk korang. Anda akan sedar bahawa belajar itu menyeronokkan bila masuk bidang ini. Aku sendiri kalau diberi peluang, nak balik ambil Degree dalam bidang ni. Semoga bidang ANSOS di Malaysia lebih bekembang maju dan sukses.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUB-BUDAYA : PEMINAT BOLA SEPAK > ULTRAS > HOOLIGANS

SUB-BUDAYA : PEMINAT BOLA SEPAK > ULTRAS > HOOLIGANS

PEMBUKA KATA

Artikel kali ini dimana saya cuba menerangkan perubahan tahap peminat bola sepak dari minat biasa, kepada peminat fanatik, kepada penyokong Ultras sehingga kepada Hooligans. Walaupun secara kasarnya dilihat semua ini hanyalah berkaitan hobi, namun jika diamati, tingkah laku dan gelagat, bahasa, cara fikir dan ideologi para peminat ini akhirnya membentuk sebuah budaya atau sub-budaya yang kukuh dan memberi kesan mendalam kepada masyarakat dan arena sukan khususnya Bola Sepak.

Artikel ini diinspirasikan dari kejayaan Kedah sebagai Juara Piala Malaysia baru-baru ini, Kebangkitan Bola Sepak Johor, lagu “Kedah Serata-Rata”, serta perbincangan dengan seorang sahabat yang merupakan peminat bola sepak. Saya sendiri tidak begitu fanatik terhadap sukan ini, namun melihat penyokong dan perkembangan bola sepak serta kronologinya, saya berminat untuk melihat sejauh mana sukan bertaraf dunia ini memberi impak seterusnya membentuk sub-budaya di seluruh dunia.

PEMINAT BOLA SEPAK
Bola sepak merupakan satu sukan yang dikatakan digemari seluruh dunia. Dikatakan hampir setiap negara mempunyai pasukan dan kelab bola sepak mereka tersendiri. Minat terhadap bola sepak melahirkan ramai peminat. Ada yang meminati secara biasa, ada pula yang minat secara mendalam dan fanatik, sanggup berhabis wang, masa dan tenaga untuk melibatkan diri dalam Football Fans dari  menghafal nama pemain dan kedudukannya, mengumpul poster dan banner bola sepak, membeli tiket untuk menyaksikan perlawasan bola sepak sehingga lah membentuk kelab-kelab peminat bola sepak.


ULTRAS
Ultras pula merupakan Kumpulan Peminat Bola Sepak yang fanatik. Kebiasaannya mereka membentuk kumpulan atau kelab tersendiri dengan keahlian dan organisasi yang lebih tersusun dan teratur. Namun, tidak seperti peminat Bola Sepak yang biasa, Ultras dikatakan lebih cenderung untuk bersifat agak ganas namun kebiasaannya masih terkawal tidak seperti Hooligans. Beberapa ciri dan sifat yang biasa dilihat bagi ahli kumpulan ultras merangkumi penggunaan suar, sokongan suara, lagu dan laungan lantang dalam kumpulan yang besar, penggunaan alat bunyi yang lantang seperti drum dan gong dan memaparkan banner dan bendera di stadium bola sepak, dimana semua ini adalah untuk mewujudkan suasana yang menggalakkan pasukan mereka sendiri dan mengugut pemain lawan dan penyokong mereka. Ia umpama penentangan secara psikologi dan cuba menjatuhkan moral pihak lawan.

Antara ciri lain Ultras ialah kumpulan Ultras biasanya tertumpu kepada satu kumpulan teras pengasas atau pemimpin (yang biasanya memegang kawalan eksekutif), dimana kumpulan kecil yang lebih kecil disusun mengikut lokasi, persahabatan, pendirian politik, ideologi dan lain-lain. Ultras menggunakan pelbagai gaya dan saiz kain rentang dan bendera yang mengandungi nama dan simbol kumpulan mereka dengan cara yang kreatif. Beberapa kumpulan Ultras menjual barangan mereka sendiri untuk mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti atau membeli barang-barang keperluan seperti banner dan bendera. Ahli kumpulan Ultras bilangannya boleh bermula beberapa peminat sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu jumlah ahli. Kumpulan Ultras yang besar sering mendominasi sebahagian besar stadium. Kumpulan Ultras yang besar kebiasaanya mempunyai wakil yang diminta untuk berhubung dengan pemilik kelab bola sepak atau pemilik stadium, kebanyakannya mengenai tiket, peruntukan kerusi dan kemudahan tempat simpanan. Beberapa kelab menyediakan tiket murah untuk beberapa kumpulan Ultras, bilik simpanan untuk bendera dan kain rentang dan akses awal ke stadium sebelum perlawanan untuk memasang banner dan sebagainya. Hubungan ini kadangkala dikritik apabila kumpulan Ultras menyalahgunakan kuasa mereka.

Kumpulan Ultras juga boleh bertindak ganas, namun tidak seperti Hooligans, fokus utama Ultras adalah untuk menyokong pasukan mereka sendiri, manakala Hooligans pula mempunyai matlamat untuk bergaduh dengan Hooligans dari kelab lain, fokus utama ultras umumnya untuk menyokong pasukan mereka sendiri. Ultras lebih mudah dilihat apabila mereka bergerak beramai-ramai, mereka dengan bangganya memaparkan bendera, pakaian dan warna kelab mereka.

Tindakan melampau beberapa kumpulan Ultras kadangkala dikaitkan dengan pengaruh ideologi, sub-budaya, politik, perangsaka dan prejudis kaum, semangat nasionalis dan ada juga bersifat anti-fasis. Beberapa dekad akhir ini, kebanyakkan budaya Ultras mula tidak ditonjolkan dalam mempromosikan sukan terutamanya bola sepak kerana dikatakan pengaruh negatif yang dibawa oleh Ultras.

Perkataan ‘ultras’ dikatakan wujud dari perkataan ‘oltre’ yang bermaksud ‘beyond’ atau melampaui batasan. Ini kerana Ultras ditekankan  untuk setapak lebih dari orang lain.
Beberapa ciri Ultras lain ialah : -

Curva
Curva dan ultras adalah signifikan. Curva dalam bahasa itali atau ‘curve’ dengan kata lainnya adalah lengkongan di dalam stadium. Seseorang ultras hendaklah menumpukan taat setianya pada curva. Seperti mana A.S Roma di Stadium Olimpico  memilih Curva Sud dan Milan di Curva Nord, Stadium San Siro. Ultras memilih untuk setia dengan curva adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah dari segi sejarah yang dikhabarkan bahawa curva adalah tempat yang diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket bagi tempat duduk yang mahal dalam stadium, kebiasaanya diletakkan di belakang gol. Zaman berganti zaman, curva menjadi lokasi wajib bagi setiap ultras menjadikannya sebagai markas mereka bersorak dan berdiri 90 minit.  Kebiasaanya, di curva lah aksi-aksi menarik di pertontonkan sebagai tanda sokongan misalnya dalam pembakaran suar, pertunjukkan tifo dan paparan koreografi.

Corteo
Perarakan ultras beramai-ramai dengan bendera, banner dan chants dikenali sebagai corteo. Sambil  berarak, ultras akan menyanyikan pelbagai lagu semangat mengiringi corteo mereka. Lazimnya corteo dimulakan sekumpulan kecil dan diikuti orang ramai menjadi perarakan besar. Corteo adalah penting dalam menunjukkan kegerunan kepada pihak lawan. Ia dapat menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat pihak lawan disaat menyaksikan segerombolan tentera yang mereka perlu hadapi.

Tifo
Tifo berasal dari perkataan itali, merupakan salah satu elemen penting dalam ultras. Ia adalah satu paparan koreografi yang membentuk imej dan tulisan. Tifo dilakukan dalam skala yang ramai dan disiplin yang mantap diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong.

Capo
Ketua yang memimpin sesuatu krew atau tentera digelar Capo yang berasal dari perkataan itali. Disiplin seseorang ultras turut mewajibkan crew ultras untuk mengikut setiap arahan yang diberikan oleh capo. Ini bagi memastikan keseragaman dan setiap choreo yang mahu dilakukan dapat dilakukan dengan jayanya. Crew adalah dilarang sama sekali berdiri di tempat capo iaitu di bahagian bawah sekali bagi mengelakkan kesesakan yang akan mengakibatkan arahan tidak sampai dengan lancarnya. Seseorang capo harus bersifat tegas kerana capo adalah dipandang tinggi dalam ultras kerana nadi kelancaran sesuatu perjalanan bergantung kepada capo.

Flares dan bom asap
Ultras tanpa suar (flares) adalah sesuatu yang tidak seimbang ibarat pantai yang tidak berombak. Disiplin dalam pembakaran flares adalah suatu yang seni. Ramai orang yang menyalah anggap bahawa ultras yang membakar adalah samseng bolasepak. Penulis percaya penggunaan flares dikalangan ultras adalah berdisiplin dan terkawal. Seseorang ultras bijak yang membakar flares akan memadamkan sendiri flares yang dibakar dan tidak dibaling ke padang kerana ia boleh menggangu perlawanan. Memegang flares dan membakar bom asap adalah sesuatu penghormatan dari ultras kepada pasukan di samping menimbulkan rasa gerun kepada pihak lawan. Kontroversi mengenai pembakaran flares dan bom asap haruslah diredakan memandangkan disiplin ultras dalam mengendalikan instrument tersebut adalah terkawal.

Ultras Malaysia dengan Flares

Freddie Marciano dalam artikelnya menafsirkan bahawa seseorang ultras itu tidak boleh dilihat dengan pakaian (dress code). Lazimnya seseorang ultras dikenali dengan hooded, scard/mafla yang menutupi mukanya, dan tidak mengikuti trend berpakaian seseorang peminat bolasepak. Baju yang dipakai juga tidak mempunyai logo kelab. Hanya kawan baik akan mengenal seseorang ultras dan Ultras itu bukan satu trend tetapi jiwa, fenomena dan budaya. 

Berikut merupakan beberapa teras dalam Ultras : -
1) Tidak berhenti menyanyi atau chanting semasa perlawanan, tidak kira keputusannya.
2) Tidak duduk semasa perlawanan.
3) Hadir sebanyak mungkin perlawanan (Home & away), tidak mengira kos dan jarak.
4) kesetiaan kepada lokasi ultras. (curva)

Perbezaan Ultras dan Hooligans.

Hooliganism lebih kepada pergaduhan antara kelab. Berbeza dengan Ultras walaupun kadangkala boleh menjadi ganas, kebanyakan perlawanan berlansung tanpa insiden pergaduhan. Ultras adalah seni. Seni flares, Tifo dan choreo. Seseorang ultras tidak akan menyerang, namun jika diserang pertahankan diri adalah menjadi keutamaan. “Ultras never leave man behind; this is brotherhood, blood in blood out”

Sejarah permulaan Ultras masih lagi dipertikaikan kerana hampir setiap kumpulan menganggap kumpulan mereka sebagai pemula Ultras. Walaubagaimanapun, kewujudan pemula Ultras dikatakan bermula dari Brazil pada tahun 1939  oleh kumpulan Organizada Torcida dan kemudiannya kumpulan Hajduk Split pula membentuk Torcida Split pada 28 Oktober 1950. Mereka dianggap kumpulan Ultras tertua yang menyebarkan kebudayaan Ultras ke Eropah.

Di Eropah pula, dikatakan Ultras pertama bermula di Itali dengan pembentukkan beberapa kumpulan  kumpulan Fedelissimi Granata of Torino pada Tahun 1951. Penyebaran dan pembangunan budaya dan pembawakan ciri-ciri Ultras berterusan dengan pembentukan Fossa dei Leoni dan Boys San. Nitizen sering menganggap Itali sebagai pemula kumpulan ultras di Eropah. Istilah Ultras pertama kali digunakan sebagai nama pada tahun 1969 apabila penyokong Sampdoria, Itali, membentuk Ultras Tito Cucchiaroni dan peminat Torino juga dari Itali membentuk Ultras Granata.

Pergerakan Ultras tersebar di Eropah pada tahun 1980-an, 1990-an dan 2000-an, bermula dengan negara-negara terdekat dengan Itali. Kesannya ke atas budaya bola sepak negara-negara yang terlibat sangat mendalam. Ultras dianggap sebagai satu tahap organisasi yang tersusun di kalangan peminat atau tradisi sokongan terhadap pasukan yang diminati. Jerman, Belgium dan Belanda merupakan tiga negara yang mana kebudayaan bola sepak telah dipengaruhi oleh bola sepak British pada masa lalu, mengalami perubahan yang ketara dengan pengaruh Ultras. Kebudayaan bola sepak Inggeris adalah contoh yang utama yang mana banyak dipengaruhi oleh pergerakan Ultras.

Ultras Malaya

Budaya Ultras masih lagi baru di Malaysia walaupun sudah dimulakan dengan Ultras Malaya sejak tahun 2007 lagi. Namun dek kesedaran anak muda dalam memperjuangkan hak membangunkan sukan bola sepak di Malaysia, Ultras di setiap negeri terbit bagai cendawan selepas hujan mengikuti langkah murni Ultrasel (Selangor), Ultras Kedah dan SilverStateUltras (SSU Perak). Persembahan cemerlang Ultras Malaya pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 mendorong kemunculan Ultras No9ori (Negeri Sembilan), Ultras Kelantan-The Red Mania dan Gate H Boys (Kelantan), Brigate Gialloblu-BGB Perlis (Perlis), North Borneo Ultras (Sabah), GB-13 (Sarawak),  Ultras Tranung (Terengganu), Southern Troop Ultras (Johor), Ultras Taming Sari (Melaka), Elephant Army (Pahang), Ultras Panther (Pulau Pinang),  Kuala Lumpur Ultras - CityBoys (Kuala Lumpur) dan Ultras Kedah ( Kedah) untuk memeriahkan lagi fenomena Ultras di Malaysia. Semoga kehadiran jiwa-jiwa ini dapat mengembalikan kegemilangan Liga Malaysia.

ULTRAS setiap negeri di Malaysia

ULTRAS MALAYA

HOOLIGANS

Dikenali sebagai Football Hooligans atau Hooligans, perkataan tersebut merujuk kepada Penyokong Samseng Bola sepak yang terlalu fanatik dan tidak terkawal, ganas, dan perosak dan selalu terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan, vandalisme dan ugutan. Juga dikenali sebagai Football Firms, slang British untuk kumpulan penjenayah, diwujudkan bagi merendahkan moralisasi kumpulan lawan serta mencederakan secara fizikal penyokong pasukan lain. Istilah atau kata-kata lain yang biasa digunakan berkaitan dengan Hooligans termasuklah "army", "boys", "casuals", dan "crew".

Hooligans pada dasarnya merupakan samseng dan peminat fanatik yang agak kasar yang bersedia bertindak diluar batasan sehingga menyebabkan kecederaan mahupun kematian. Musuh dan sasaran mereka, kumpulan Hooligans dari kelab musuh pasukan bola sepak mereka, pemain bola dan pegawai serta jurulatih pasukan lawan, polis ant-rusuhan yang biasanya menjaga stadium, pengadil perlawanan, peminat pasukan pihak lawan dan kadang-kala orang awam termasuklah pihak media.

Salah seorang Hooligans

Sesetengah Kelab Pasukan Bola dikatakan telah menjadi musuh ketat atau musuh tradisi memperlihatkan Hooligans dari kumpulan masing-masing (juga dipanggil Local Derbies) berperang antara satu dengan yang lain. Seperti yang dinyatakan sebelum ini Hooligans yang mempunyai matlamat untuk berlawan dengan Hooligans dari kelab lain, berbeza dengan fokus utama Ultras yang umumnya untuk menyokong pasukan mereka sendiri.

Hooligans yang mempunyai masa dan wang mengikuti perlawanan di tempat lawan dan melibatkan diri dalam pergaduhan menentang Hooligans daripada pasukan tuan rumah. Mereka juga terlibat dalam kekacauan yang melibatkan orang awam. Walaupun sebenarnya kehadiran Hoolignas tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana kelab dan pasukan Bola Sepak, namun mereka tetap wujud sebagai benteng pertama dalam penentangan underground dalam kalangan peminat bola sepak.

Konflik, amukan, pergaduhan dan demonstrasi boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan. lokasi yang agak jauh dari stadium biasanya menjadi pilihan untuk mengelakkan ditangkap oleh polis, tetapi konflik juga boleh meletus secara spontan di dalam stadium atau di jalan-jalan di sekitarnya. Apabila konflik dan pergaduhan berlaku, tingkap kedai boleh dihancurkan, tong sampah dibakar, dan sesetengah kes kereta polis boleh terbalik dan dibakar. 

Dalam kes-kes yang lebih dasyat, ahli Hooligans, polis, dan penonton terbunuh dalam persengketaan ini. Polis rusuhan berperisai akan campur tangan dengan menggunakan gas pemedih mata, anjing polis, kereta perisai dan meriam air bagi mengekang demonstrasi dan amukan Hooligans. Beberapa istilah yang berkaitan dengan keganasan Hooligans seperti "aggro" (singkatan daripada "aggravation" atau "gangguan") dan "bovver" (sebutan slang daripada "bother" atau "mengganggu", iaitu masalah). Untuk "run" adalah amaran kepada pasukan Hooligans musuh untuk membuat mereka larikan diri atau berundur.

Antara behaviour negatif Hooligans termasuklah, mengejek, meludah, pertempuran atau bergaduh tanpa senjata, membaling objek ke padang, mencederakan pemain dan pegawai atau sebagai tanda penghinaan, membaling objek ke arah penyokong lawan, termasuk batu-batu, bata, suar dan bom api, bergaduh dengan senjata termasuk kayu pemukul, botol kaca, batu, besi cerucuk, pisau, parang, buku lima besi dan senjata api. Selain itu, mereka juga bersifat vandalisme seperti meruntuhkan pagar dan dinding stadium, membakar kerusi dan lain-lain.
Seperti Ultras, sejarah permulaan tingkah laku Hooligans dikalangan peminat bola sepak dunia masih lagi samar-samar. Namun dikatakan fenomena ini sudah boleh dikesan pada abad ke-14 di England. Pada 1314, King Edward II mengharamkan bola sepak (kerana isu sukan bola sepak dikatakan membawa kepada keganasan dan pergaduhan) kerana beliau percaya pergaduhan ini mungkin membawa kepada pergolakan sosial. University of Liverpool dalam kajian Academic Paper, ada meneliti tentang "pencerobohan padang" sebagai kejadian yang biasa berlaku semasa tahun 1880-an dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Contoh-contoh awal yang merekodkan tentang budaya Hooligans dalam bola sepak moden dikatakan berlaku semasa tahun 1880-an di England, dimana para penyokong akan menakut-nakutkan kawasan kejiranan musuh, di samping menyerang pengadil dan menentang penyokong dan pemain pihak lawan. Pada tahun 1885, selepas Preston North End menewaskan Aston Villa 5-0 dalam perlawanan persahabatan, kedua-dua pasukan penyokong saling melontar dengan batu, menyerang dengan kayu, menumbuk, menendang dan meludah pihak lawan.

Seorang pemain Preston dipukul dengan kuat sehingga dia tidak sedarkan diri dan akhbar pada waktu itu menyifatkan peminat-pminat fanatik tersebut sebagai sebagai "howling roughs" atau Laungan Kekasasaran. Pada tahun berikutnya, peminat Preston membalas dendam dengan bertempur dengan peminat Park Queen di stesen-kereta api dan ini antara kes awal isu Hooligans di luar perlawanan bola sepak. Pada tahun 1905, lanjutan dari keganasan dari kes sebelum ini, beberapa peminat Preston mula terlihat lebih bersifat Hooligans dengan mengganggu seorang wanita berusia 70 tahun , mabuk dan berperangai gila dalam perlawanan menentang Blackburn Rovers.

Walaupun kejadian keganasan dan kekacauan peminat bola sepak telah menjadi sebahagian dari sejarah persatuan bola sepak sejak sekian lamanya, namun fenomena ini hanya mula mendapat perhatian media sekitar tahun 1950-an kerana kemunculan semula keganasan dalam bola sepak di Amerika Latin. Dalam tahun 1955-1956 pada musim bola sepak Inggeris, peminat Liverpool dan Everton terlibat dalam beberapa kejadian keganasan dan kekacauan sehingga tahun 1960-an dilaporkan bahawa purata 25 insiden samseng telah dilaporkan setiap tahun di England. Label "Football Hooligans" buat pertama kalinya mula muncul dalam media Inggeris pada pertengahan 1960-an, yang membawa kepada peningkatan minat media untuk menggunakan istilah tersebut dalam laporan mereka yang mana membawa kepada 'moral panic' dimana media membesar-besarkan situasi sebenar.

Hooligans akhirnya dianggap sebagai kumpulan yang kurang berminat untuk menonton perlawanan bola sepak dan lebih kepada ingin membuat kekacauan dan huru-hara di stadium. Mereka sering terlibat merisikokan diri mereka untuk ditangkap sebelum perlawanan, sehingga tidak dibenarkan memasuki stadium, dibuang keluar dari stadium semasa perlawanan atau diharamkan daripada menghadiri perlawanan akan datang.

Hooligans sering dilihat bergaul sesama mereka sahaja, berkumpul di sesuatu sudut di stadium (dipanggil End England) atau meletakkan nama kumpulan mereka di sesuatu sudut stadium sebagai tanda kawasan mereka. Di United Kingdom, pada era 1960-an dan awal 1970-an Hooligans dikaitkan dengan sub-budayaan Skinhead. Kemudian, cabang sub-budaya Casual pula mengambil alih Sub-Budaya Hooligans di Britain namun Sub-Budaya Skinhead sebagai sebahagian dari Hooligans masih wujud sehingga ke hari ini. Tidak seperti Fesyen Skinhead  yang memakai pakaian working class, yang mudah dikenal pasti oleh polis, Hooligans Casual mula memakai pakaian berjenama sukan yang mahal dan kurang menonjol dan tidak dipantau sebagai Hooligans seperti Stone Island, Prada, Burberry, CP Syarikat , Sergio Tacchini dan Adidas.

Kebudayaan Hooligans berkembang sehingga ke hari ini di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Di Malaysia, hooligan suatu ketika dulu sering sinonim dengan pasukan Kelantan sehingga menyebabkan banyak pasukan pelawat bimbang bermain di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu tidak kira sama ada lawan itu kalah, seri apatah lagi jika menang. Khabarnya polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) waktu itu tidak tidur lena jika ada perlawanan di stadium tersebut keesokan hari bukan setakat mengawal nyawa pemain pelawat malah melindungi penyokong pasukan lawan agar dapat keluar dengan selamat.

Tidak ketinggalan peminat tegar pasukan Sarawak yang pasti mencetuskan hura-hara di dalam stadium dengan pembakaran suar api selain melempar objek kecil seperti botol air mineral namun itu kisah lama sebelum era digital internet dan laman sosial maya wujud.
Akhir-akhir ini tumpuan media lebih ke arah kelab berprestij JDT yang terkenal dengan barisan pemain bertaraf bintang selain beberapa titah kontroversi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak menerajui pasukan yang asalnya dulu Johor FC. Berbanding Johor selaku pasukan rasmi negeri, JDT lebih digeruni pasukan lawan bukan kerana permainan mantap pemain-pemainnya, tetapi sikap fanatik kumpulan penyokong yang sering mencetuskan provokasi sebelum, semasa bahkan selepas perlawanan tamat.

Dikenali sebagai Inter Johor Firms (IJF), peminat tanah air mengenali kelibat penyokong terbabit yang menutup separuh muka atau wajah topeng macam si adiwira Zorro selain berpakaian gelap dan aktif bersorak kuat tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan.
Kemuncak hooligan di Malaysia pastinya merujuk perlawanan pertama Piala AFF Suzuki antara skuad Harimau Malaya bertemu Vietnam di Shah Alam, yang mencemarkan imej negara ketika berbaki tiga minggu akhir kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.


Hooligans Malaysia membantai Penyokong Bola Sepak Vietnam pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki antara skuad Harimau Malaya bertemu Vietnam di Shah Alam 2014


RUMUSAN

Walaupun bola sepak bermula dari minat dan hobi, tidak mustahil ianya mampu berkembang menjadi sub-budaya dan menjadi salah satu isu dunia sukan. Sama ada peminat biasa, Ultras mahupun Hooligans, asasnya kesemua ini bermula dari minat yang mendalam terhadap sukan Bola Sepak. Jika terdapat kesalahan, tegurlah, kerana saya tidak begitu arif tentang peminat bola sepak ini. Sambil menaip artikel ini, sambil mendengar Lagu ‘Kedah Serata-Rata’ yang membangkitkan semangat untuk terus menulis bagi menyebarkan ilmu ini dikalangan peminat bola sepak dan seluruh masyarakat. Majulah Bola Sepak Malaysia.


KREDIT
http://ultrasnogori.blogspot.my/2011/02/ultras-fenomena-dan-budaya.html
http://penyokongliar.blogspot.my/2015/05/senarai-ultras-di-malaysia.html
http://www.mynewshub.cc/terkini/hooligan-700-tahun-mungkin-berakhir-di-malaysia/



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUB-BUDAYA : EVOLUSI MOD

 SUB-BUDAYA : EVOLUSI MOD 

 Modernist atau singkatannya MOD bersama Vespa mereka. 

 Lambang atau Logo MOD 

 Sedikit detail info tentang Evolusi MOD kepada Skinhead dan Hippies. Dalam artikel kali ini, saya cuba menerangkan kronologi perubahan Sub-Budaya yang terkenal di England, iaitu MOD atau singkatan kepada Modernist yang berubah dan berevolusi kepada Sub-Budaya Skinhead dan Hippies.
MOD atau Modernist muncul di penghujung Era 50-an di England. Sebelum kehadiran MOD, telah pun wujud sub-budaya lain seperti Greaser, Rock dan Teddy Boys. Dalam tahun 50-an, letusan industri di England menyebabkan golongan working class mula mendapat pendapatan yang lebih lumayan dai sebelum ini. Menyebabkan ramai golongan working class mampu membeli pakaian, menaiktaraf hidup mereka dan mula mencari kebebasan dan identiti tersendiri. Jadi, dengan kreativiti remaja dan golongan working class ini, mereka mencipta identiti tersendiri dan mengembangkannya sehingga membentu Sub-Budaya masing-masing. 

 Jika diamati, Sub-Budaya Teddyboys sebenarnya cuba meniru fesyen golongan atasan dengan pakaian kot yang nampak elegen dan mahal. Namun perwatakkan riot dan ganas wujud dalam sub-budaya ini. Dengan rambut di sikat ke depan, bertali leher halus dan kasut, Teddy boys digilai ramai pada waktu tersebut dan dianggap pemula kepada letusan sub-sub budaya di England. Mereka mencari kebebasan dan identiti tersendiri dengan melepak, membuat huru-hara dan cuba menonjolkan diri mereka dalam masyarakat. 

  TeddyBoys merupakan sub-budaya Working class yang menentang golongan atasan.  

 Namun, wujud beberapa golongan working class yang lain yang mencari kebebasan dan identit mereka melalui teknologi automobil. Mereka membeli motorsikal berkuasa tinggi, memakai jaket serba hitam dan mula menunggangnya sekitar England beramai-ramai. Mereka digelar Rock. Sub-budaya Rock tampak lebih kasar dan ganas telah menarik minat remaja dan membentuk sebuah sub-budaya yang berjaya. 

 Sub-Budaya Rock yang tampak ranggi dan maskulin. 


 Di Penghujung era 50-an, golongan remaja yang baru cuba membentuk identiti yang lebih baru, trendy, cool dan bergaya. Mereka cuba menonjol dalam masyarakat, dalam keluarga, dalam negara bahawa kewujudan mereka perlu dilihat. Mereka cuba melihat ke depan dan ke arah kemodenan pada waktu tersebut. Budaya yang diceduk sedikit dari Italy dari segi fesyen dan kenderaan dilihat sepenuhnya berbeza dengan sub-budaya Rock. Mereka menggelarkan diri mereka Modernist atau MOD kerana dianggap pembawa kepada sub-budaya yang moden dan lebih cool. Menganggap diri mereka lebih indipendent dari golongan orang tua mereka, fesyen mereka, atitude dan budaya mereka menjadi ikutan ramai remaja waktu ketika itu. 


 MOD cuba menonjolkan budaya yang cool, trendy dan smart. 


 Modernist, atau MOD menggunakan pakaian yang lebih kemas, kot labuh, T-shirt berkolar atau kemeja, mahupun suite lengkap dengan warna-warna cerah kontra dengan jaket gelap golongan rock. Seluar slek yang corak petak-petak atau jeans, memakai braces atau suspender, juga mengekalkan boots sebagai lambang working class mereka. Kenderaan? Scooter Vespa atau Lambreta yang menjadi trendy sebagai motor yang elegen, cantik, cool dan kemas serta dikatakan tidak mengotorkan pakaian mereka. 

 Seperti sub-budaya Rock, MOD juga menunggang scooter mereka serata England dan mencari pantai-pantai untuk melepak. Kehadiran golongan MOD dalam scene sub-culture di England tidak begitu disenangi golongan golongan Rock. Namun masih belum wujud ketegangan di antara kedua-dua pihak. 


 Perbezaan Rock dan MOD 

 1966, wujud kelab-kelab baru untuk para remaja yang dikatakan lebih moden dan digelar MOD Club. MOD, Moden dari segi cara, budaya, fesyen, muzik, tarian dan satu lagi, moden dari segi ubat-ubatan (dadah).pada waktu ini, Televisyen (TV) mula digunakan secara meluas, jadi perkembangan fesyen MOD mudah ditiru dan disebarkan melalui  TV. Pada saat ini, kedua-dua sub-budaya, Rock dan MOD semakin berkembang dan mula ’reject’ antara satu sama lain. 

 Pada saat itu, perang mula berlaku di kedua-dua belah pihak. Kehadiran MOD yang membanjiri bandar-bandar England dan pantai-pantai, berarak memasuki kawasan-kawasan rock. Keinginan untuk berpuak, menyertai pack atau tribe tersendiri, dan berperang begitu jitu di hati dan jiwa remaja. Which side will you choose. UK yang hampir 20 tahun tidak berperang, para remaja ini cuba membentuk perang mereka tersendiri. 


 Pergaduhan antara MOD dan Rock 


 Biker Vs Scooter : Pertelingkahan MOD dan Rock juga berlaku di atas jalanraya 

 Golongan Rock yang membanjiri kawasan pantai terkejut apabila sedikit demi sedikit golongan MOD hadir dari segenap pelusuk England. Dengan jumlah yang ramai, mereka mula menyerang sesiapa sahaja remaja Rock di sana, menyebabkan rusuhan, perbalahan, pergaduhan dan peperangan yang besar berlaku. Polis yang hadir menangkap setiap dari mereka sehinggakan penjara di serata England penuh dengan Rock dan MOD. 


 Media juga memainkan peranan dalam menyebarkan pengaruh kedua-dua sub budaya, menyebabkan pertelingkahan dan mewujudkan jurang di anatara mereka. 

 PERPECAHAN MOD 

 Gelombang ketiga MOD muncul, pakaian MOD semakin menggila, fesyen semakin berkecamuk, merapu dan diakatan umpama moden yang tidak masuk akal. Baju bunga-bunga, topi yang pelik-pelik. Ia hampir ditolak namun dikukuhkan oleh Band The Who yang membawa balik budaya MOD baru  atau New MOD ini. 

 Pada ketika inilah Evolusi MOD berlaku. MOD pada ketika itu terpisah kepada tiga cabang. Kumpulan pertama berlaku hasil penolakkan MOD baru diwujudkan oleh sebilangan kecil MOD. Pada peringkat awal, golongan Mod ini digelar Hard MOD kerana mula meniru budaya Punk yang muncul pada waktu tersebut. Dengan Muzik Punk dan rocksteady, Hard MOD menolak budaya MOD yang baru yang dikatakan semakin ‘lembut’. Hard Mod juga menentang penggunaan dadah dalam kehidupan seharian, kerana bagi mereka, kerja keras perlu dinikmati dengan kudrat sendiri, bukan kerana pengaruh dadah.  Mereka masih mengekalkan fesyen lama MOD, dan mengambil sebahagian besar fesyen pendatang Jamaica, Rudeboy, membontakkan kepala dan mengekalkan semangat working class dan akhirnya membentuk skinhead. Mereka tidak menggelarkan diri mereka skinhead, media yang menjalankan tugas tersebut. 


 SKINHEAD awal yang masih dipengaruhi budaya HARD MOD 

 Cabang kedua, adalah MOD asli atau Original MOD, tidak menentang New MOD mahupun Hard MOD, original MOD mengekalkan atitude MOD yang asal, dan mengekalkan budaya asal MOD. Memakai jacket hijau labuh da tebal, boot, dan masih menunggang scooter. Boleh bergaul dengan skinhead apabila skinhead muncul, dan skinhead sendiri mengiktiraf MOD sebagai leluhur mereka. 


 Original MOD 80-an yang mengekalkan ciri-ciri asal perintis MOD 


 Cabang baru MOD atau New MOD yang dibawa dan dikembangkan oleh The Who mula terpisah dari attitude MOD yang asal. The Who yang terbang ke Amarika berjuang bersama golongan Sub-Budaya Hippies menentang peperangan membawa balik budaya tersebut ke England. Hasilnya, New MOD perlahan-lahan menyerap terus budaya Hippies yang kemudiannya membentuk Sub-Budaya Hippies di England. Penukaran attitude ini termasuklah menentang pergaduhan dan peperangan dan cintakan keamanan, seks bebas, dan sukakan dadah, menyimpan rambut, jambang yang panjang, pakaian berwarna-warni, sukakan van Volkswagen sebagai rumah mereka, hidup secara nomad dan lain-lain. 

 Hippies yang totally terkeluar dari scene MOD 

 Perbezaan ini secara langsung menyebabkan New MOD atau Hippies ini terkeluar terus dari scene MOD-Skinhead. Kebanyakkan Skinhead menentang atitude dan kebudayaan Hippies termasuklah penggunaan dadah yang berleluasa dan seks bebas. Skinhead mengamalkan budaya seks pasangan monogami. Inilah yang menyebabkan sehingga ke hari ini, Skinhead sememangnya tidak menerima dan menolak seratus peratus sub-budaya Hippies walaupun pada asalnya di England mereka merupakan leluhur yang sama. 

 MOD HARI INI 

 Pada hari ini, MOD masih lagi berdiri sebagai sub-budaya yang digemari, sub-budayanya tersebar ke seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Seiring dengan Skinhead, Rudeboy, Punk dan Rasta, scene ini menjadi scene Underground yang setia dengan perjuangan kebebasan, indipendent dan working class pride. 

 Isu pertelingkahan dengan Sub-Budaya Rock di England telah pun reda. Ramai diantara kedua-dua belah pihak kini bersatu sebagai lambang kedamaian tanpa peperangan. 

 Skinhead pada hari ini kukuh dengan kekompleksan dan sejarah mereka tersendiri. Membawa nama NAZI, SHARP, TRAD dan lain-lain, skinhead pada hari ini masih menjulang nama MOD dan HARD MOD sebagai leluhur mereka yang mereka patut hormati. 

 Pada Hippies, mereka juga berevolusi sebagai Hipster, dan tersebar dari golongan bawahan sehingga ke golongan atasan dan masih memperjuangkan kedamaian. 




 Original MOD nowadays.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS