SUB-BUDAYA : EVOLUSI MOD
Modernist atau
singkatannya MOD bersama Vespa mereka.
Lambang atau Logo MOD
Sedikit detail info tentang Evolusi
MOD kepada Skinhead dan Hippies. Dalam artikel kali ini, saya cuba menerangkan
kronologi perubahan Sub-Budaya yang terkenal di England, iaitu MOD atau
singkatan kepada Modernist yang berubah dan berevolusi kepada Sub-Budaya Skinhead
dan Hippies.
MOD atau Modernist muncul di
penghujung Era 50-an di England. Sebelum kehadiran MOD, telah pun wujud
sub-budaya lain seperti Greaser, Rock dan Teddy Boys. Dalam tahun 50-an,
letusan industri di England menyebabkan golongan working class mula mendapat
pendapatan yang lebih lumayan dai sebelum ini. Menyebabkan ramai golongan
working class mampu membeli pakaian, menaiktaraf hidup mereka dan mula mencari
kebebasan dan identiti tersendiri. Jadi, dengan kreativiti remaja dan golongan
working class ini, mereka mencipta identiti tersendiri dan mengembangkannya
sehingga membentu Sub-Budaya masing-masing.
Jika diamati, Sub-Budaya
Teddyboys sebenarnya cuba meniru fesyen golongan atasan dengan pakaian kot yang
nampak elegen dan mahal. Namun perwatakkan riot dan ganas wujud dalam
sub-budaya ini. Dengan rambut di sikat ke depan, bertali leher halus dan kasut,
Teddy boys digilai ramai pada waktu tersebut dan dianggap pemula kepada letusan
sub-sub budaya di England. Mereka mencari kebebasan dan identiti tersendiri
dengan melepak, membuat huru-hara dan cuba menonjolkan diri mereka dalam
masyarakat.
TeddyBoys merupakan
sub-budaya Working class yang menentang golongan atasan.
Namun, wujud beberapa golongan
working class yang lain yang mencari kebebasan dan identit mereka melalui
teknologi automobil. Mereka membeli motorsikal berkuasa tinggi, memakai jaket
serba hitam dan mula menunggangnya sekitar England beramai-ramai. Mereka digelar
Rock. Sub-budaya Rock tampak lebih kasar dan ganas telah menarik minat remaja
dan membentuk sebuah sub-budaya yang berjaya.
Sub-Budaya Rock yang
tampak ranggi dan maskulin.
Di Penghujung era 50-an, golongan
remaja yang baru cuba membentuk identiti yang lebih baru, trendy, cool dan
bergaya. Mereka cuba menonjol dalam masyarakat, dalam keluarga, dalam negara
bahawa kewujudan mereka perlu dilihat. Mereka cuba melihat ke depan dan ke arah
kemodenan pada waktu tersebut. Budaya yang diceduk sedikit dari Italy dari segi
fesyen dan kenderaan dilihat sepenuhnya berbeza dengan sub-budaya Rock. Mereka menggelarkan
diri mereka Modernist atau MOD kerana dianggap pembawa kepada sub-budaya yang
moden dan lebih cool. Menganggap diri mereka lebih indipendent dari golongan
orang tua mereka, fesyen mereka, atitude dan budaya mereka menjadi ikutan ramai
remaja waktu ketika itu.
MOD cuba menonjolkan
budaya yang cool, trendy dan smart.
Modernist, atau MOD menggunakan
pakaian yang lebih kemas, kot labuh, T-shirt berkolar atau kemeja, mahupun
suite lengkap dengan warna-warna cerah kontra dengan jaket gelap golongan rock.
Seluar slek yang corak petak-petak atau jeans, memakai braces atau suspender,
juga mengekalkan boots sebagai lambang working class mereka. Kenderaan? Scooter
Vespa atau Lambreta yang menjadi trendy sebagai motor yang elegen, cantik, cool
dan kemas serta dikatakan tidak mengotorkan pakaian mereka.
Seperti sub-budaya Rock, MOD juga
menunggang scooter mereka serata England dan mencari pantai-pantai untuk
melepak. Kehadiran golongan MOD dalam scene sub-culture di England tidak begitu
disenangi golongan golongan Rock. Namun masih belum wujud ketegangan di antara
kedua-dua pihak.
Perbezaan Rock dan
MOD
1966, wujud kelab-kelab baru
untuk para remaja yang dikatakan lebih moden dan digelar MOD Club. MOD, Moden
dari segi cara, budaya, fesyen, muzik, tarian dan satu lagi, moden dari segi
ubat-ubatan (dadah).pada waktu ini, Televisyen (TV) mula digunakan secara
meluas, jadi perkembangan fesyen MOD mudah ditiru dan disebarkan melalui TV. Pada saat ini, kedua-dua sub-budaya, Rock
dan MOD semakin berkembang dan mula ’reject’ antara satu sama lain.
Pada saat itu, perang mula
berlaku di kedua-dua belah pihak. Kehadiran MOD yang membanjiri bandar-bandar
England dan pantai-pantai, berarak memasuki kawasan-kawasan rock. Keinginan untuk
berpuak, menyertai pack atau tribe tersendiri, dan berperang begitu jitu di
hati dan jiwa remaja. Which side will you choose. UK yang hampir 20 tahun tidak
berperang, para remaja ini cuba membentuk perang mereka tersendiri.
Pergaduhan antara MOD
dan Rock
Biker Vs Scooter : Pertelingkahan
MOD dan Rock juga berlaku di atas jalanraya
Golongan Rock yang membanjiri
kawasan pantai terkejut apabila sedikit demi sedikit golongan MOD hadir dari
segenap pelusuk England. Dengan jumlah yang ramai, mereka mula menyerang
sesiapa sahaja remaja Rock di sana, menyebabkan rusuhan, perbalahan, pergaduhan
dan peperangan yang besar berlaku. Polis yang hadir menangkap setiap dari
mereka sehinggakan penjara di serata England penuh dengan Rock dan MOD.
Media juga memainkan
peranan dalam menyebarkan pengaruh kedua-dua sub budaya, menyebabkan
pertelingkahan dan mewujudkan jurang di anatara mereka.
PERPECAHAN MOD
Gelombang ketiga MOD muncul,
pakaian MOD semakin menggila, fesyen semakin berkecamuk, merapu dan diakatan
umpama moden yang tidak masuk akal. Baju bunga-bunga, topi yang pelik-pelik. Ia
hampir ditolak namun dikukuhkan oleh Band The Who yang membawa balik budaya MOD
baru atau New MOD ini.
Pada ketika inilah Evolusi MOD
berlaku. MOD pada ketika itu terpisah kepada tiga cabang. Kumpulan pertama
berlaku hasil penolakkan MOD baru diwujudkan oleh sebilangan kecil MOD. Pada peringkat
awal, golongan Mod ini digelar Hard MOD kerana mula meniru budaya Punk yang
muncul pada waktu tersebut. Dengan Muzik Punk dan rocksteady, Hard MOD menolak
budaya MOD yang baru yang dikatakan semakin ‘lembut’. Hard Mod juga menentang
penggunaan dadah dalam kehidupan seharian, kerana bagi mereka, kerja keras
perlu dinikmati dengan kudrat sendiri, bukan kerana pengaruh dadah. Mereka masih mengekalkan fesyen lama MOD, dan
mengambil sebahagian besar fesyen pendatang Jamaica, Rudeboy, membontakkan
kepala dan mengekalkan semangat working class dan akhirnya membentuk skinhead. Mereka
tidak menggelarkan diri mereka skinhead, media yang menjalankan tugas tersebut.
SKINHEAD awal yang
masih dipengaruhi budaya HARD MOD
Cabang kedua, adalah MOD asli
atau Original MOD, tidak menentang New MOD mahupun Hard MOD, original MOD
mengekalkan atitude MOD yang asal, dan mengekalkan budaya asal MOD. Memakai jacket
hijau labuh da tebal, boot, dan masih menunggang scooter. Boleh bergaul dengan
skinhead apabila skinhead muncul, dan skinhead sendiri mengiktiraf MOD sebagai
leluhur mereka.
Original MOD 80-an
yang mengekalkan ciri-ciri asal perintis MOD
Cabang baru MOD atau New MOD yang
dibawa dan dikembangkan oleh The Who mula terpisah dari attitude MOD yang asal.
The Who yang terbang ke Amarika berjuang bersama golongan Sub-Budaya Hippies
menentang peperangan membawa balik budaya tersebut ke England. Hasilnya, New
MOD perlahan-lahan menyerap terus budaya Hippies yang kemudiannya membentuk
Sub-Budaya Hippies di England. Penukaran attitude ini termasuklah menentang
pergaduhan dan peperangan dan cintakan keamanan, seks bebas, dan sukakan dadah,
menyimpan rambut, jambang yang panjang, pakaian berwarna-warni, sukakan van Volkswagen
sebagai rumah mereka, hidup secara nomad dan lain-lain.
Hippies yang totally
terkeluar dari scene MOD
Perbezaan ini secara langsung
menyebabkan New MOD atau Hippies ini terkeluar terus dari scene MOD-Skinhead. Kebanyakkan
Skinhead menentang atitude dan kebudayaan Hippies termasuklah penggunaan dadah
yang berleluasa dan seks bebas. Skinhead mengamalkan budaya seks pasangan
monogami. Inilah yang menyebabkan sehingga ke hari ini, Skinhead sememangnya
tidak menerima dan menolak seratus peratus sub-budaya Hippies walaupun pada
asalnya di England mereka merupakan leluhur yang sama.
MOD HARI INI
Pada hari ini, MOD masih lagi
berdiri sebagai sub-budaya yang digemari, sub-budayanya tersebar ke seluruh
pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Seiring dengan Skinhead, Rudeboy, Punk dan
Rasta, scene ini menjadi scene Underground yang setia dengan perjuangan kebebasan,
indipendent dan working class pride.
Isu pertelingkahan dengan
Sub-Budaya Rock di England telah pun reda. Ramai diantara kedua-dua belah pihak
kini bersatu sebagai lambang kedamaian tanpa peperangan.
Skinhead pada hari ini kukuh
dengan kekompleksan dan sejarah mereka tersendiri. Membawa nama NAZI, SHARP,
TRAD dan lain-lain, skinhead pada hari ini masih menjulang nama MOD dan HARD
MOD sebagai leluhur mereka yang mereka patut hormati.
Pada Hippies, mereka juga
berevolusi sebagai Hipster, dan tersebar dari golongan bawahan sehingga ke
golongan atasan dan masih memperjuangkan kedamaian.
Original MOD
nowadays..
0 comments:
Post a Comment