Pengembaraan Part 1


  Pengembaraan Part 1  



  Dalam kehidupan ini, kita tidak terlepas dari ‘perjalanan’ atau ‘pengembaraan’. Kehidupan itu sendiri satu perjalanan, life is a journey... Namun Pengembaraan yang lebih berkualiti adalah dengan berjalan, mengembara, melihat dunia dan kehidupan lain yang tuhan ciptakan di atas muka bumi ini. Kelebihannya? Tentulah mendapat banyak pengalaman, pengajaran, ilmu, menenangkan fikiran, mematangkan diri dan sebagainya. 

  

 Beberapa tahun setelah aku konvo dari UMS, aku banyak menghabiskan hidup aku mengembara, kerja dan mengembara. Jenis orang degree, kerja lompat-lompat, kerja berhenti, kerja berhenti. Tapi aku gunakan kesempatan itu untuk melihat alam ini. Aku tak la travel ke luar negara. Sebenarnya travel dalam negara Malaysia ini pun sudah cukup membuat kita memahami kehidupan ini.  



  Dengan berbekalkan sebuah motosikal pun sudah cukup. Kampung aku yang ada di Penang, Sebelah mak dan di Perak, sebelah bapa, aku guna kesempatan itu untuk ambil masa travel diantara kedua-dua buah negeri itu.  



  Dari perspektif Sosiologi dan Antropologi yang aku pernah belajar sebelum ini, aku dapat melihat secara kasar bagaimana cara hidup masyarakat lain. Indah sebenarnya Malaysia ini kalau kita buka hati, buka minda dan akal kita.  


  Ekonomi masyarakat, budaya, agama, politik, sub-budaya, culture-gap, dan sebagainya. Semua boleh kita telusuri dengan pengembaraan ini. Kewujudan perbezaan budaya dan cara hidup diantara masyarakat yang tinggal di kawasan berbeza walaupun dari negeri, bangsa dan agama yang sama boleh kita teliti secara kasar walaupun hanya memerhati dari jauh. Contohnya masyarakat Melayu Perak yang tinggal di kawasan pantai tentulah pekerjaan mereka nelayan, anak-anak nelayan yang sebati dengan laut, mandi di laut, banyak makan makanan laut, sedangkan masyarakat Melayu Perak yang tinggal di kawasan kampung-kampung dipinggir hutan pula banyak mengerjakan pekerjaan kampung seperti berkebun, memburu, kutip hasil hutan seperti rotan, anak-anak mereka pula lebih terbiasa mandi di sungai, bermain di kawasan tepi sungai, menolong ibu bapa menoreh getah, ada kebun durian dan sebagainya. Dan tentu sekali berbeza juga dengan masyarakat Melayu di kawasan Bandar, kawasan bendang, kawasan ladang sawit dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kawasan sekitar atau tempat tinggal membentuk dan memberi kesan kepada budaya, cara hidup, ekonomi dan cara fikir sesebuah masyarakat. Dan tentu sekali alam juga memberi kesan kepada kehidupan kita.  



  Setelah tamat Universiti, dan kerja dibeberapa tempat, aku sekarang study di Giatmara, mengambil kursus Multimedia. Dalam ni aku belajar pelbagai ilmu multimedia termasuklah photography dan ilmu cinematography. Dari situ aku lebih menumpukan kepada travel dan journalist secara serentak. Dengan mengembara dan berjalan, aku akan mengambil gambar dan cuba interprate atau cuba menghuraikan apa yang sedang berlaku dalam perjalananku, apa yang aku lihat, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.  
   


  Pengalaman ini lah yang aku akan cuba kongsikan dalam blog ini. Aku juga sedang belajar menghasilkan video dan cuba uploadkan di blog ini atau di youtube, cuba belajar dari youtubers, vloggers dan sebagainya. Cuba mempertingkatkan cara perkongsian ilmu, pengalaman  dan pandangan aku dan mempelbagaikan media untuk aku kongsikan semua ini.  



  So aku cuba untuk sampaikan ilmu pada anda semua dengan lebih efektif, so harap bersabar ya semua...  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CAMARA BOYS - Sub-Budaya Remaja Working Cass Cameron Highland



 CAMARA BOYS - Sub-Budaya Remaja Working Class Cameron Highland 

   
  
 Dalam dunia ini, terdapat banyak sub-sub budaya yang wujud dan tersebar diserata pelusuk dunia. Sub-sub budaya ini muncul atas beberapa faktor termasuk latar belakang politik, kerjaya, hobi dan lain-lain. Tidak terkecuali di Malaysia. Di Malaysia kebanyakkan sub-budaya di bawa masuk dari luar termasuk dari eropah antaranya sub-budaya Skinhead, Punk, Hip-hop, Hipster dan sebagainya. 
  

 Beberapa sub-budaya di eropah banyak menggunakan fesyen berjaket, sweater, baju sejuk dan sejenis dengannya kerana keadaan negara mereka yang sejuk. Antaranya Sub-budaya Suedehead yang menggunakan jaket labuh sehingga lutut. Jika fesyen ini ditiru di Malaysia tentulah dianggap bodoh kerana cuaca Malaysia yang panas. 
  

 Namun, perlu kita sedar bahawa adanya kawasan-kawasan sejuk di Malaysia seperti di Cameron Highland. Di kawasan ini, pemakaian fesyen berjaket pasti tidak janggal untuk digunakan. Oleh itu, sub-budaya baru boleh dilahirkan dan dikembangkan di kawasan ini. 


 Di sinilah lahirnya sub-budaya  Camara Boys. Camara Boys pada asalnya sekumpulan working class remaja yang bekerja di Cameron Highland. Kata “CAMARA” berasal dari 3 tempat kerja yang mana perintis awal Camara Boys ini bekerja. “CA” berasal dari kata asal Calla Lilly Hotel, “MA” pula dari Madani Hotel manakala “RA” pula berasal dari kata Raudah iaitu Restoran Al Raudah. Perkataan “CAMARA” juga berasal dari sleng nama “Cameron”. 
     

       
  

 Pada asalnya pekerja-pekerja remaja dari 3 tempat ini biasanya melepak dan berkumpul bersama selepas kerja. Cameron Highland tidak seperti di tempat lain yang mempunyai banyak tempat hiburan, jadi antara cara untuk hiburkan diri di sini di malam hari adalah hanya melepak. Kebanyakkan remaja ini berasal dari luar Cameron Highland. Ada diantaranya bekas Skinhead, bekas Punk, Bekas Rock, bekas Hipster dan sebagainya. 

    

    
  

 Sub-sub budaya yang dibawa oleh mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza mula bercampur dan bergabung. Cuba disesuaikan. Sub-budaya lain seperti Punk, Skinhead dan Rock di Malaysia berkembang hasil dari muzik, namun sub-budaya Camara Boys pula berkembang hasil dari working class dan fesyen baju sejuk mereka. 
  

    

    

 Akhirnya satu cara fesyen atau dress code Camara Boys dihasilkan. Pakaian utama Camara Boys semestinya kot labuh, kot (kot pekerja hotel atau kot Yakuza) , jaket labuh, jaket, jaket bulu, sweater dan sebagainya. Dress code utama ini semestinya disesuaikan dengan keadaan suhu Cameron Highland yang sejuk. Ia juga dipengaruhi oleh sub-budaya seperti Skinhead dan Hipster (Dress Code Skinhead Hipster di eropah ketika musim sejuk), Suedehead, Rudeboy, Punk dan rock. Oleh itu, kasut mereka pula lebih kepada boot (Doctor Martens, Timberland, Adidas dll), atau kasut formal biasa kerana ada diantara mereka yang bekerja di hotel. 

    

    
  

 Tidak seperti Skinhead yang berkepala botak atau Punk dengan identiti Mohawk, Dress Code rambut Camara boys lebih longgar dan lebih mengikut cara Hipster, namun ada juga yang berkepala botak seperti Skinhead. 

    
  

 Camara Boys wujud kerana frienship yang dibina oleh anak-anak perantauan yang bekerja di Cameron highland. Golongan Working Class remaja ini bukanlah menubuhkan Camara Boys untuk bergaduh atau membuat kacau, lebih kepada kumpulan kecil yang berkongsi pengalaman hidup dan bekerja di tempat orang. Cuba menjaga sesama sendiri dari segi rezeki yang diperolehi, keselamatan dan hubungan sosial sesama mereka. Jika berlaku sesuatu isu seperti pergaduhan, kes kecurian dan sebagainya, mereka akan cuba bantu sesama sendiri. 
  

 Namun, seperti mana-mana sub-budaya, ada zaman turun naiknya sendiri. Camara Boys tidak bertahan lama apabila ramai diantara mereka berhenti kerja di cameron Highland kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan antaranya persengketaan dengan majikan, bertukar kerja ke tempat lain, sambung belajar, pulang ke kampung halaman dan sebagainya. Isu dadah juga menjadi antara punca perpecahan Camara Boys kerana sebahagian  Camara Boys menolak dan menentang ahli mereka yang lain terlibat dalam isu dadah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS UNTUK SISWA/SISWI BARU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI

  TIPS UNTUK SISWA/SISWI BARU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI 

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat semua… Makalah Kali ni aku tuju khas buat adik2 yang baru dapat Result UPU atau Unit Pengambilan Universiti (kalau tak salah la) dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). Adik2 yang Lepasan STPM,STAM, MATRIK dan DIPLOMA serta ASASI… TAHNIAH kepada yang Berjaya.. Dan jangan Pula bersedih bagi yang belum mendapat tempat lagi..In sha Allah masih ada peluang, masih boleh buat Rayuan..Malaysia banyak Universiti yang boleh dipohon..Dari Universiti swasta, ke Universiti Awam yang Utama macam UKM, UM, USM, UPSI dan UPM, kepada Universiti negeri Macam UMP, UMK, UMS, UNIMAS, sampai la UITM yang boleh kata semua negeri ada Universiti untuk kita lanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya. Tak cukup dengan tu, kolej-kolej dan Institut-institut awam dan swasta juga menawarkan kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jadi tak perlu Risau, teruskan mengisi borang2.. 



  Ok, Now, Sekali lagi Tahniah Kepada adik2 yang dah Berjaya dan boleh digelar siswa dan siswi Universiti terutamanya yang mendapat Kos sama macam aku la, Antropologi dan Sosiologi. Ok, harini aku nak bagi Tips untuk persediaan awal, hmm, takla macam persediaan awal, tapi lebih kepada persediaan diri sendiri untuk menjadi pelajar Ansos (Antropologi Dan Sosiologi). Kos lain pun boleh rujuk tips ini,xde masalah, ni hanya pengalaman yang aku dah lalui dan nak kongsi balik dengan korang je.. Yang dah biasa macam bebudak Diploma dan Matrik, maybe ini sebagai revision untuk korang.. Jom Layan Tips2 Ni…….. 

 Sebelum Pendaftaran 

 1)  Ok, sebelum pendaftaran, of cource la kene sipakan dokumen, borang2, sijil2 dan perkara-perkara penting yang Universiti tu mintak anda semua buat termasuklah pembayaran Yuran ke, Medical Checkup, Beli Baju kemeja, tie dan lain2..

 2) Kalau boleh dan rajin, cuba cari Yayasan Negeri, Baitulmal dan mana2 badan yang sebenarnya mereka ni ada dana untuk pelajar baru IPTA/IPTS.. macam Baitulmal tak salah saya dia bagi RM600 untuk pelajar yang baru masuk untuk Degree..sape nak bagi free RM600 kan? Pegilah mintak, kita layak, bawaklah Sijil Lahir ape semua, borang2, Surat Tawaran Kemasukkan ke IPT..

 3) Untuk Pelajar yang akan naik flight (pelajar semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya), belajar macam mana nak beli tiket flight.. beli Online..jangan jad cam aku, menggagau pegi airport nak beli tiket flight, lagi mahal kut..beli online lebih murah..dan kalau boleh beli sekarang, makin lambat makin mahal..

4) Yang try PTPTN, guna sebaiknya, yang dapat Yayasan, Guna sebaiknya.. jangan bazirkannya.. dapat WPP, guna lah untuk beli barang2 keperluan sebelum ke IPT anda..

5) Kebiasaannya Pelajar Tahun Pertama macam anda, cornfirm dapat asrama, so belajar2 la hidup berdikari,tambah2 yang tak pernah duduk asrama tu.. Belajar la dari sekarang basuh baju sendiri (Mostly asrama Universiti takde mesin basuh yek), belajar lipat baju, belajar masak meggi (kebiasaannya asrama universiti tak dibenarkan memasak, tp water heater dimaafkan), belajar iron baju dll…

6) okay, kalau semua persediaan dah dibuat, try la survey2 Universiti yang korang dapat, asrama yang korang dapat, kos yang korang dapat.. ranking IPT tu, dimana IPT tu berada, dimana kedai2 dan pekan terdekat kalau nak beli barang, dimana nak dapatkan kenderaan awam kalau nak kemana2.. Asrama macam mana..besar, kecil..Kos yang anda dapat tu kos macam mana, peluang pekerjaan die, payah ke senang kos tu..(kalau untuk ANSOS, aku dah sediakan dalam blog aku, in sha Allah, membantu sedikit sebanyak)…  Dan kalau boleh, jangan la survey ni di laman web universiti  tu semata-mata, try survey dari blog2 student IPTA tu, FB ke.. Sebab kalau survey dari laman web rasmi IPT tu, memang la diorang akan letak yang terbaik sahaja, gambar pun dah edit bagai, tapi  kalau dari blog lain, anda akan dapat tahu keadaan sebenar IPTA anda.. But Jangan Risau, Jangan takut, sebab stakat ni xde lah perkara2 teruk yang berlaku kat IPTA Malaysia yang tak ditangani dengan baik..ada maybe ada, tp tak banyak la..contohnya dulu isu Serangan Penceroboh di Lahad Datu Sabah, tentulah kami di UMS takut, siap ramai nak balik semenanjung, tak pikir plak  yang tinggal Sabah time tu, camne diorng fikir keadaan family diorg di Kampung… tapi UMS siap panggil army lagi bertapak di UMS untuk bersiap sedia..jaga 24/7 untuk keselamatan student..so tak perlu risau..kalau jenis gelabah sangat,tak payah survey langsung.. hehehe…

7) Bagi yang dekat dengan IPT tu atau  berkesempatan untuk ke IPT tu sebelum pendaftaran, please ambil peluang untuk survey IPT tu dari segi tempatnya, kawasan sekeliling, supaya time pendaftaran nanti tak kelam kabut, tak kalut kata dek oghang utara..

  Semasa Hari Pendaftaran

  1) Kalau boleh datang awal, datang ke IPT atau tinggal di hotel ke, homestay ke berdekatan IPT tu sehari sebelum pendaftaran (kalau IPT tu jauh dari tempat tinggal anda). 

  2) Pakaian kemas la sikit, nak jadi student IPT kan.. 

  3) Yang datang dengan Family, Salam la Family anda, peluk, tapi jangan depan member yang datang sorang, sebak die kang..nangis kat situ jugak..hahaha.. (aku datang pendaftaran dulu di UMS Sabah dulu sorang2 je,Family tak ikut.)   

  4) Ikut peraturan, tatacara, lauan dan cadangan yang dah diberikan oleh pihak IPT, Jawatankuasa Pengambilan pelajar dan Jawatankuasa Orientasi.. 

  5) Follow dan ikut lah Minggu Orientasi/Suaimesra/Suaikenal dengan baik, walaupun sesetengah IPT tak wajibkan anda ikut fully orientasi, tapi anda akan rugi kalau terlepas beberapa perkara penting yang hanya diajar time Orientasi sahaja. 


  Hari Pendaftaran Asrama   

  1) Kebiasaannya sama dengan hari daftar IPT, lepas daftar IPT, terus daftar asrama, dapat kunci semua.. Datang awal, boleh la katil dan meja terbaik untuk anda..(ni semua orang tahu).. Sebab tempat tu akan jadi rumah anda at least 6bulan ke setahun. 

  2) Setting tempat sebaiknya, pasang cadar, kemas bilik, sapu, mop, bersih sawang, kemas katil dan almari, bersihkan meja study.. Sebab bilik tu dah ditinggalkan at least sebulan-2 bulan....kalau boleh, beli bantal sendiri, bantal asrama, Ya Allah, kalau dapat yang baru tak pe, ni dapat yang senior wariskan kat korang, yang senior wakafkan, siap waris dan wakafkan sekali dengan “peta” kat bantal tu, kadang2 bantal dah takde kekabu, takde isi, kadang2 lagi hitam dari punggong kuali… hahaha…



Bantal Asrama warisan dan wakaf Senior... hahaha..

  3) PERINGATAN barang berharga, laptop, telefon, beg duit dll JANGAN TINGGAL MERATA-RATA..firstly, time-time macam ni la pencuri suka ambil kesempatan, time orang sibuk2 apa semua..time ni la peluang dia nak ‘menyapu’... Siapa pencuri? Aku tak kata semua, aku kata boleh jadi dari kalangan mereka ini, sebab kita belum kenal mereka, maybe tukang sapu area situ, pengawal pun boleh jadi, roommate sendiri (kita belum kenal sepenuhnya roommate kita kan?), saudara roommate (time diorang hantar roommate kau, nak tengok2 bilik kononnya, maybe adik/abang/kakak/pakcik/makcik roommate kau panjang tangan, siapa tahu kan?) pendek kata berhati2... 

  4) Berkenalan dan Berbaik lah dengan Roomate.. Roommate, orang yang akan tinggal dengan kau untuk at least 6-12 bulan... Banyakkan bersabar, manusia pelbagai ragam, ada yang sesuai dengan kita, ada yang tidak, tapi tak bermaksud kita perlu bergaduh atau pulaukan seseorang, terimalah seseorang itu seadanya, jadi penyabar, biar kita hormat dia takpe, die tak hormat kita sangat pun takpe, in sha Allah satu hari nanti dia akan malu pada diri sendiri, percayalah... yang pernting, bermula dari diri kita..respek orang lain...  

  5) Hias dan design lah bilik anda (kawasan meja study dan katil sendiri, jangan meja dan katil kawan pun nak hias) sebaiknya.... (yang ni perempuan pakar la..hehehe).. Sebab nanti mana tahu dah takde masa nak berhias2 dah.. Busy study...kononnye la..hehehe.. letak la gamabr family sebagai pemberi inspirasi, poster2 yang bagi anda semangat, poster2 dan gambar impian.. lelaki, kereta, motor, band2 rock..perempuan, korea dan k-popnya, artis lelaki hot dan hensem, gambar2 comel macam kucing ke.. Otaku..Anime..typical... hahaha... 





   6) Untuk yang beragama Islam, saya syorkan, malah galakkan, bagi malam jumaat pertama korang di bilik, atau kalau boleh, malam2 awal korang tinggal di bilik asrama tu, ajak roommate/housemate Islam untuk baca Yassin dalam rumah tu.. anda pun tahu, sekiranya bilik yang penghuninya berpindah randah, bertukar2 dan bilik tak berpenghuni lama ni ada yang menumpang..bukan nak takutkan.. kita beringat... tak semestinya ada, dan kalau ada tak semestinya jenis pengganggu.. so baca Yassin.. paling molek, masa mula2 masuk bilik tu, berdiri di ruang tengah, azan..tak perlu kuat macam masjid, sekadar sederhana sahaja... boleh semak sini...  


  7) kalau Rooomate/housemate anda adalah senior, hormat mereka sebaiknya, berkenalan dengan diorang dan try dapatkan tips2 atau cara2 hidup dan jadi student di IPT tu.. Kebiasaannya pelajar2 lama ni dah tahu trick dan cheat untuk hidup sebagai student kat IPT tu...



    Minggu Orientasi dan Penganalan Kepada Fakulti dan Kos      

  1) Allright, sekarang anda adalah pelajar IPT di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree).. so, time awal2 ni tak banyak subjek2 berat, tak banyak kelas2 berat.. time ni lebih relaks dan santai, so take your time untuk mengenali IPT anda...  Hafal la lagu IPT sendiri, dan lagu negeri IPT tu berada...

  2) Pendaftaran Subjek.. ni bebudak tahun 1 mesti konpius (kecuali bebudak Diploma la, anda dah pakar..hehehe), tambah2 nak arrange jadual.. belajar dari senior2, belajar dari AJK2 Orientasi.. mereka akan ajar cara yang betul nak daftar subjek yang sesuai dengan jadual anda..  

  3) Dah daftar? Ok, sekarang check subjek2 anda... dari sini, anda akan Nampak lakaran awal macam mana kos anda nanti... bagi pelajar ANSOS, antara subjek awal kebiasaannya adalah Famly System atau Kekerabatan dan Kekeluargaan, Pengantar Antropologi dan Sosiologi/Pengenalan kepada Antropologi dan Sosiologi/ Antropologi dan Sosiologi 101, Pengantar/Pengenalan Sains Sosial dll.. check balik jadual anda.. Dari situ, try la search dan google sikit tentang subjek2 tu..  

   4) Dah okay, pergilah melawat IPT anda..Firstly, pada aku, korang pergi Fakulti anda dlu, tahu mana fakulti sendiri, kelas2, dewan2 kuliah, bilik pensyarah, dan Tutor.. Kafe..lepastu PERGI LIBRARY...ni jangan jadi pemalas, awal2 ni takde buat apa, pergi library, cari section utk bidang anda field anda, kos anda... Besok2, bagi yang pemalas ni, memang teraba-raba dalam library bile kene guna library... enjoy yourself.. baca sikit tentang kos anda dalam buku2 di library.. Pada Student ANSOS, boleh cari bahagaian Kemanusiaan, Sains Sosial, Antropologi, Sosiologi, Kebudayaan, Kesenian, Sejarah, Theologi dan Agama, Family, bahagian Psikologi dan kaunseling pun boleh.. Anda dah ada jadual subjek anda kan..? so try la belajar sebelum start kelas...tak rugi pun... Bagi yang ambil ANSOS, enjoy la, ada beribu sub bidang yang anda boleh baca.. selagi namanya bukan sains tulen, anda boleh baca sebagai pengetahuan tambahan.. baca buku sains tulen pun xde masalah..xde orang nak marah..baca lah, itu lah kelebihan pelajar IPTA dan orang yang nak study sendiri, diorg ada akses untuk kelas, apss2 universiti dan akses kepada library..gunalah sebaiknya..  



Yup..library Ums..







Library UTP, library paling futuristic yang aku pernah pergi..nice..

  5) Semasa mingu Orientasi, belajar betul2 apa yang diterangkan, sebab time ni je korang akan belajar sesuatu di Universiti yang agak penting yang tak diajar dalam kelas, contohnya cara bayar yuran, subjek2 wajib universiti, subjek kokurikulum, subjek bahasa dan lain-lain..take note Bro...    

  RUMUSAN  

  Last but not least, TAHNIAH sekali lagi atas kejayaan anda menjadi seorang pelajar IPTA/IPTS di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree).. Apa pun kos anda, belajar la dengan baik, sebab itu yang anda pilih dan saya assume anda minat dengan bidang tersebut.. Apa yang aku bagitahu sini bukanlah wajib dan mandatori,  cuba berkongsi pengalaman... Mana yang sesuai, dan dapat digunakan, Alhamdulillah aku syukur sebab aku boleh ingatkan dan bagi cadangan... Bagi Adik2 yang Dapat kos Antropologi Dan Sosiologi di mana-mana IPT sekalipun (Pengajian Warisan kalau di UMK kalau tak silap),  welcome to the club bro and sis.. Enjoy your travel, journey to gain the knowledge of one of the most exciting Field In The World.... Assalamualaikum....  



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antropologi Dan Sosiologi : Bidang Pekerjaan? Peluang Pekerjaan?

                                                                                           
            ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI :             
         BIDANG PEKERJAAN? PELUANG PEKERJAAN?        
                                                                                           

 Salam Semua…. Dah lama tak post dalam ni.. agak busy.. banyak hal yang berlaku, termasuk kematian Tokwan (datuk) aku sendiri, sebelah mak, yang merupakan antara individu yang banyak memberi inspirasi kepada aku…. Now, get back to business.. 

 Antropologi dan Sosiologi, peluang pekerjaan.. selepas post dalam blog aku mengenai Kos Sosiologi dan Antopologi ini, ada yang ingin bertanyakan tentang kos ini pada aku..so, aku ketakkan no telefon aku pada komen di situ, tak sangka ramai yang wassap bertanya.. Dan antara soalan paling famous yang aku terima adalah “Apakah Peluang Pekerjaan bagi Kos Ansos Ni..?”.. yang bertanya banyaknya dari kalangan pelajar STPM da nada juga dari Diploma, sebahagian kecil dari Matrik… Ok, Secara jujurnya, aku tidak lah begitu pandai dalam bab pekerjaan ni, tapi aku cuba la, sebab aku sendiri masih belum berada dalam pekerjaan yang berkaitan secara langsung dengan kos ANSOS ni.. 

 Secara Fakta, jujur dan Kebenarannya, peluang pekerjaan di Malaysia yang melibatkan kos Ansos secara langsung ini sebenarnya tidak banyak… Bukan sahaja pada bidang Ansos, tetapi juga bagi kebanyakkan bidang Sains Sosial / Sains Kemanusiaan.. Ini kerana melihat pada situasi Negara Malaysia, tidak seperti Negara lain yang sudahpun kukuh dari segi kewangan dan lain-lain, Malaysia masih belum stabil dari banyak perkara termasuk teknologi, ekonomi dan politik. Oleh itu, kebanyakkan dana, budget dan kawangan Negara disalurkan kepada perkara lain seperti infrastruktur untuk rakyat, teknologi, pendidikan dan lain-lain. Sumber kewangan untuk menampung pekerjaan yang berkaitan Sains Sosial di Malaysia kurang, menyebabkan jawatan-jawatan berkaitan Sains Sosial agak kekurangan. 

 Jawatan-jawatan yang aku maksudkan ini bukan lah jawatan-jawatan yang berkaitan teknikal, ini kerana kebanyakkan bidang-bidang sains sosial lebih kepada bidang teori dan falsafah, management, dan research. Jika ada pun bidang teknikal, ianya tidak lah banyak. Kebanyakkan bidang-bidang pure sains sosial ini melibatkan research, kajian dan penyelidikkan. Ada juga sedikit bidang teknikal seperti bidang Masscom(mass communication) atau bidang Sosial Media dan bidang Kerja Sosial serta sedikit di bidang Pengurusan Khazanah (Arkeologi, Muzium, Perpustakaan dan Arkib). 

 Jawatan-Jawatan terutamanya bidang swasta di Malaysia lebih menumpukan kepakaran dan sijil dalam bidang teknikal berbanding teori. Kerana Malaysia pesat membangun dari segi teknologi, pembinaan, pembuatan dan sebagainya. Hanya sebahagian kecil sahaja dalam bidang swasta yang memerlukan sijil dari bidang Sains Sosial dan kebiasaannya melibatkan pengurusan atasan atau Management. Manakala di sektor awam pula, peluang pekerjaan dan jawatan seimbang untuk bidang teknikal dan teori, malah boleh dikatakan bidang-bidang teori dan pengurusan seperti bidang-bidang Sains Sosial dan Bidang Pengurusan hampir mendominasi sektor awam. Walaubagaimanapun, jawatan-jawatan ini tidak dibuka secara banyak, jadi peluang mendapatakan jawatan bagi bidang teori dan pengurusan masih sukar di peringkat sektor awam. 

 Contohnya, walaupun di Malaysia terdapat agak banyak Muzium awam (muzium yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Negara), namun hanya sebahagian sahaja, terutamanya muzium-muzium besar sahaja yang mempunyai Jawatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium. Sedangkan muzim-muzium kecil kebanyakkan diselia oleh Pegawai Am. 

 WALAUBAGAIMANAPUN…….. 

 Listen, jangan gabra tak tentu pasal.. ye, peluang pekerjaan yang BERKAITAN SECARA LANGSUNG dengan kos ANSOS dan Sains Sosial ini memanglah tidak banyak, tapi kena faham satu perkara lagi, ADA BANYAK JAWATAN YANG BOLEH DIPOHON TANPA MENGIRA BIDANG yang ada di Malaysia. Pada hemat aku sendiri yang ada beberapa kali pegi interview, isi jawatan kosong ni semua, tak semua jawatan memerlukan spesifik bidang. Ada saja jawatan-jawatan yang tidak melihat sangat background field pendidikan kita, kalau ada Degree sahaja, kira pas dah, janji masa interview tu anda yakin dan boleh buat dengan baik. Banyak je jawatan lain yang boleh dipohon terutamanya bidang-bidang pengurusan atau management. Majikan masa tu tak tengok sangat kos yang kita ambil, janji ada degree dengan pointer yang ok la, pegi interview dengan ok, isi boring-borang dan jawab ujian-ujian (sesetengah interview memerlukan ujian bertulis juga) dengan betul dan baik, IN SHA ALLAH anda boleh je bekerja dalam mana-mana bidang. 

 MAIN REASON YOU ARE HERE 

 Okay, sekarang tentu anda semua nak tahu apa antara peluang pekerjaan dan jawatan yang boleh dan sesuai dipohon yang berkaitan secara langsung atau sedikit sebanyak melibatkan Kos Antroplogi dan Sosiologi, kan? Yang Tertinggi, terdekat, atau jawatan paling utama secara langsung dengan Bidang Antropologi dan Sosiologi tentu sekali di bahagian pensyarah dimana ia melibatkan penyelidikkan dan peyebaran ilmu secara langsung. Pendek kata Pensyarah adalah ibu jawatan yang terapat dengan Subjek Antropologi dan Sosiologi. lain-lain bidang penyelidikkan sains sosial juga bermula dari pensyarah termasuklah ahli arkeologi, ahli falsafah, ahli Mitologi dan Folklorist dll.. Selain itu, ada juga jawatan di sektor awam dan sektor swasta yang boleh dipertimbangkan sebagai yang berkait rapat dengan kos ini. Ok, ni antara jawatan-jawatannya : - 

 Jawatan Sebagai Pendidik di Universiti Awam dan Swasta 

1.      Pensyarah/Penyelidik
2.      Penolong Pensyarah/ Pembantu Penyelidik (RA/Research Assistant)
3.      Tutor



 Jawatan Penyelidik Dan Pembangunan Sosial -S- (SEKTOR AWAM) 
SPA 8 



1.       Pegawai Arkib
2.       Penolong Pegawai Arkib
3.       Pembantu Arkib
                     4.    Pembantu Pemuliharaan


5.       Perancang Bahasa (DBP)
6.       Penolong Perancang Bahasa (DBP)
7.       Kurator
8.       Penolong Kurator
9.       Pembantu Muzium
9.      
10.   Pegawai Psikologi (Psikologi dan Kaunseling)
11.   Penolong Pegawai Psikologi (Psikologi dan Kaunseling)
12.   Pegawai Antidadah
13.   Penolong Pegawai Antidadah
14.   Pembantu Antidadah
15.   Pustakawan
16.   Penolong Pustakawan
17.   Pembantu Pustakawan
18.   Pegawai Penerangan
19.   Penolong Pegawai Penerangan
20.   Pembantu Penerangan
21.   Pegawai Belia dan Sukan
22.   Penolong Pegawai Belia dan Sukan
23.   Pembantu Belia dan Sukan
24.   Pegawai Perhubungan Perusahaan
25.   Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
26.   Pembantu Perhubungan Perusahaan
27.   Pegawai Berita
28.   Wartawan/Pembantu Wartawan
29.   Pegawai Kesatria
30.   Penolong Pegawai Kesatria
31.   Pembantu Kesatria
32.   Pegawai Pembangunan Masyarakat
33.   Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
34.   Pembantu Pembangunan Masyarakat
35.   Pegawai Hal Ehwal Islam
36.   Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
37.   Pembantu Hal Ehwal Islam
38.   Pegawai Komunikasi Strategik
38.  


 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 

1.      Pegawai Bahagian Perancangan dan Penyelidikkan         
2.      Pegawai Seksyen Kebudayaan dan Warisan    



 Sumber : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)  


 Lain-Lain Sektor Awam Yang Berkaitan 

1.      Pegawai Tadbir Diplomatik          
2.      Pembantu Operasi             
3.      Guru MRSM              

 Sektor Swasta dan NGO 

 Bagi Sektor Swasta, tidak banyak jawatan yang berkaitan secara langsung dengan bidang Antropologi dan Sosiologi terutamanya di bahagian penyelidikkan. Namun ada satu peluang jawatan dalam bidang swasta, tidak kira lah sama ada mereka menjual produk mahupun membuat servis, di bahagian kecil R&D atau Research And Development yang mana ada satu jawatan kecil (maaf, aku tak ingat nama jawatan ini) yang mana mereka tidak mengkaji produk yang dihasilkan atau bakal dihasilkan, tetapi mereka ini lebih mengkaji tentang pelanggan dan bakal pelanggan untuk produk mereka. Mengkaji kepuasan pelanggan, latar belakang pelanggan, dll. Namun, kebiasaannya jawatan ini ada dalam syarikat-syarikat gergasi sahaja. Contohnya jika McD hendak membuka satu cawangan di Negara India, Kumpulan ini lah mengkaji tentang penerimaan dan penolakkan isu Daging Lembu oleh masyarakat Hindu di kawasan tersebut. 

 Bagi Bidang NGO, jangan salah faham, walaupun kita biasa dengar join NGO biasanya sukarela atau sukarelawan yang tidak bergaji, namun ada juga yang sememangnya bekerja dengan NGO dan Bergaji. Malah ada juga sukarelawan yang mendapat elaun tinggi dalam NGO. Antara NGO yang aku biasa dengar yang menggaji bidang Ansos ni adalah World Wildlife Fund (WWF). 

 KESIMPULAN 

 Walaupun berbeza dengan bidang Profesional yang lain seperti law, Doktor dan Guru, serta bidang Teknikal seperti Engineer, Arkitek, Mekanik dll, namun bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan terutamanya bidang Antropologi Dan Sosiologi masih boleh bersaing untuk mendapatkan jawatan sama ada di sektor awam mahupun swasta. walaupun tidak banyak peluang pekerjaan yang berkait rapat secara langsung dengan bidang Antropologi dan Sosiologi, namun masih ada jawatan-jawatan kosong yang tidak memerlukan bidang yang spesifik yang membolehkan semua bidang bersaing mendapatkannya. Tidak perlu takut untuk mengejar impian. Jika Anda betul meminati bidang Antropologi dan Sosiologi, mahupun apa juga bidang, jangan takut untuk merapati dan belajar dalam bidang tersebut..... 

 Kredit: 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS