Pengembaraan Part 1
Dalam kehidupan ini, kita tidak terlepas dari ‘perjalanan’
atau ‘pengembaraan’. Kehidupan itu sendiri satu perjalanan, life is a
journey... Namun Pengembaraan yang lebih berkualiti adalah dengan berjalan,
mengembara, melihat dunia dan kehidupan lain yang tuhan ciptakan di atas muka
bumi ini. Kelebihannya? Tentulah mendapat banyak pengalaman, pengajaran, ilmu,
menenangkan fikiran, mematangkan diri dan sebagainya.
Beberapa tahun setelah aku konvo dari UMS, aku banyak
menghabiskan hidup aku mengembara, kerja dan mengembara. Jenis orang degree,
kerja lompat-lompat, kerja berhenti, kerja berhenti. Tapi aku gunakan
kesempatan itu untuk melihat alam ini. Aku tak la travel ke luar negara.
Sebenarnya travel dalam negara Malaysia ini pun sudah cukup membuat kita
memahami kehidupan ini.
Dengan berbekalkan sebuah motosikal pun sudah cukup. Kampung
aku yang ada di Penang, Sebelah mak dan di Perak, sebelah bapa, aku guna
kesempatan itu untuk ambil masa travel diantara kedua-dua buah negeri itu.
Dari perspektif Sosiologi dan Antropologi yang aku pernah
belajar sebelum ini, aku dapat melihat secara kasar bagaimana cara hidup
masyarakat lain. Indah sebenarnya Malaysia ini kalau kita buka hati, buka minda
dan akal kita.
Ekonomi masyarakat, budaya, agama, politik, sub-budaya,
culture-gap, dan sebagainya. Semua boleh kita telusuri dengan pengembaraan ini.
Kewujudan perbezaan budaya dan cara hidup diantara masyarakat yang tinggal di
kawasan berbeza walaupun dari negeri, bangsa dan agama yang sama boleh kita
teliti secara kasar walaupun hanya memerhati dari jauh. Contohnya masyarakat
Melayu Perak yang tinggal di kawasan pantai tentulah pekerjaan mereka nelayan,
anak-anak nelayan yang sebati dengan laut, mandi di laut, banyak makan makanan
laut, sedangkan masyarakat Melayu Perak yang tinggal di kawasan kampung-kampung
dipinggir hutan pula banyak mengerjakan pekerjaan kampung seperti berkebun,
memburu, kutip hasil hutan seperti rotan, anak-anak mereka pula lebih terbiasa
mandi di sungai, bermain di kawasan tepi sungai, menolong ibu bapa menoreh
getah, ada kebun durian dan sebagainya. Dan tentu sekali berbeza juga dengan
masyarakat Melayu di kawasan Bandar, kawasan bendang, kawasan ladang sawit dan
sebagainya. Ini membuktikan bahawa kawasan sekitar atau tempat tinggal
membentuk dan memberi kesan kepada budaya, cara hidup, ekonomi dan cara fikir
sesebuah masyarakat. Dan tentu sekali alam juga memberi kesan kepada kehidupan
kita.
Setelah tamat Universiti, dan kerja dibeberapa tempat, aku
sekarang study di Giatmara, mengambil kursus Multimedia. Dalam ni aku belajar
pelbagai ilmu multimedia termasuklah photography dan ilmu cinematography. Dari situ
aku lebih menumpukan kepada travel dan journalist secara serentak. Dengan mengembara
dan berjalan, aku akan mengambil gambar dan cuba interprate atau cuba
menghuraikan apa yang sedang berlaku dalam perjalananku, apa yang aku lihat,
apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.
Pengalaman ini lah yang aku akan cuba kongsikan dalam blog
ini. Aku juga sedang belajar menghasilkan video dan cuba uploadkan di blog ini
atau di youtube, cuba belajar dari youtubers, vloggers dan sebagainya. Cuba mempertingkatkan
cara perkongsian ilmu, pengalaman dan
pandangan aku dan mempelbagaikan media untuk aku kongsikan semua ini.
So aku cuba untuk sampaikan ilmu pada anda semua dengan
lebih efektif, so harap bersabar ya semua...
0 comments:
Post a Comment