CAMARA BOYS -
Sub-Budaya Remaja Working Class Cameron Highland
Dalam dunia ini, terdapat banyak
sub-sub budaya yang wujud dan tersebar diserata pelusuk dunia. Sub-sub budaya
ini muncul atas beberapa faktor termasuk latar belakang politik, kerjaya, hobi
dan lain-lain. Tidak terkecuali di Malaysia. Di Malaysia kebanyakkan sub-budaya
di bawa masuk dari luar termasuk dari eropah antaranya sub-budaya Skinhead,
Punk, Hip-hop, Hipster dan sebagainya.
Beberapa sub-budaya di eropah
banyak menggunakan fesyen berjaket, sweater, baju sejuk dan sejenis dengannya
kerana keadaan negara mereka yang sejuk. Antaranya Sub-budaya Suedehead yang
menggunakan jaket labuh sehingga lutut. Jika fesyen ini ditiru di Malaysia
tentulah dianggap bodoh kerana cuaca Malaysia yang panas.
Namun, perlu kita sedar bahawa
adanya kawasan-kawasan sejuk di Malaysia seperti di Cameron Highland. Di
kawasan ini, pemakaian fesyen berjaket pasti tidak janggal untuk digunakan.
Oleh itu, sub-budaya baru boleh dilahirkan dan dikembangkan di kawasan ini.
Di sinilah lahirnya
sub-budaya Camara Boys. Camara Boys pada
asalnya sekumpulan working class remaja yang bekerja di Cameron Highland. Kata
“CAMARA” berasal dari 3 tempat kerja yang mana perintis awal Camara Boys ini
bekerja. “CA” berasal dari kata asal Calla Lilly Hotel, “MA” pula dari Madani
Hotel manakala “RA” pula berasal dari kata Raudah iaitu Restoran Al Raudah.
Perkataan “CAMARA” juga berasal dari sleng nama “Cameron”.
Pada asalnya pekerja-pekerja
remaja dari 3 tempat ini biasanya melepak dan berkumpul bersama selepas kerja.
Cameron Highland tidak seperti di tempat lain yang mempunyai banyak tempat
hiburan, jadi antara cara untuk hiburkan diri di sini di malam hari adalah
hanya melepak. Kebanyakkan remaja ini berasal dari luar Cameron Highland. Ada
diantaranya bekas Skinhead, bekas Punk, Bekas Rock, bekas Hipster dan
sebagainya.
Sub-sub budaya yang dibawa oleh
mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza mula bercampur dan bergabung.
Cuba disesuaikan. Sub-budaya lain seperti Punk, Skinhead dan Rock di Malaysia
berkembang hasil dari muzik, namun sub-budaya Camara Boys pula berkembang hasil
dari working class dan fesyen baju sejuk mereka.
Akhirnya satu cara fesyen atau
dress code Camara Boys dihasilkan. Pakaian utama Camara Boys semestinya kot
labuh, kot (kot pekerja hotel atau kot Yakuza) , jaket labuh, jaket, jaket
bulu, sweater dan sebagainya. Dress code utama ini semestinya disesuaikan
dengan keadaan suhu Cameron Highland yang sejuk. Ia juga dipengaruhi oleh
sub-budaya seperti Skinhead dan Hipster (Dress Code Skinhead Hipster di eropah
ketika musim sejuk), Suedehead, Rudeboy, Punk dan rock. Oleh itu, kasut mereka
pula lebih kepada boot (Doctor Martens, Timberland, Adidas dll), atau kasut formal biasa kerana ada diantara mereka yang
bekerja di hotel.
Tidak seperti Skinhead yang
berkepala botak atau Punk dengan identiti Mohawk, Dress Code rambut Camara boys
lebih longgar dan lebih mengikut cara Hipster, namun ada juga yang berkepala
botak seperti Skinhead.
Camara Boys wujud kerana
frienship yang dibina oleh anak-anak perantauan yang bekerja di Cameron
highland. Golongan Working Class remaja ini bukanlah menubuhkan Camara Boys
untuk bergaduh atau membuat kacau, lebih kepada kumpulan kecil yang berkongsi
pengalaman hidup dan bekerja di tempat orang. Cuba menjaga sesama sendiri dari
segi rezeki yang diperolehi, keselamatan dan hubungan sosial sesama mereka.
Jika berlaku sesuatu isu seperti pergaduhan, kes kecurian dan sebagainya,
mereka akan cuba bantu sesama sendiri.
Namun, seperti mana-mana
sub-budaya, ada zaman turun naiknya sendiri. Camara Boys tidak bertahan lama
apabila ramai diantara mereka berhenti kerja di cameron Highland kerana hal-hal
yang tidak dapat dielakkan antaranya persengketaan dengan majikan, bertukar
kerja ke tempat lain, sambung belajar, pulang ke kampung halaman dan sebagainya.
Isu dadah juga menjadi antara punca perpecahan Camara Boys kerana
sebahagian Camara Boys menolak dan menentang
ahli mereka yang lain terlibat dalam isu dadah.
0 comments:
Post a Comment