SUBCULTURE : HISTRORY OF SKINHEAD
Artikel kali ini
membincangkan sebuah sub-budaya yang pernah mashur dalam kalangan remaja
diseluruh dunia termasuk Malaysia suatu ketika dahulu. Skinhead. Nama yang
tidak asing bagi seseorang yang lahir di zaman kegemilanganya. Berkepala botak,
memakai but, braces, jaket serta lencana dan pernah dikecam sebagai budaya
kuning suatu ketika dulu.
Disertai golongan muda,
gemar berkumpul beramai-ramai, bersidai dilokasi tumpuan seperti pusat
membeli-belah dan pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar lewat 90an
hinggalah pertengahan tahun 2000.
Tapi, tahukah anda budaya Skinheads, yang berasal daripada United Kingdom ini sebenarnya dipelopori golongan buruh kasar? Working class?
Tapi, tahukah anda budaya Skinheads, yang berasal daripada United Kingdom ini sebenarnya dipelopori golongan buruh kasar? Working class?
SEJARAH SKINHEAD DUNIA
Kita Mulakan sejarah skinhead dengan mencari sub
budaya leluhur pemula kepada sub budaya ini, selain mencari asal usul feshen
dan muzik yang mewarnai pembawa budaya skinhead dunia.
Selepas era kemelesetan ekonomi pada tahun 1930an di seluruh dunia, United Kingdom bangkit perlahan-lahan, membangunkan negara mereka daripada tekanan ekonomi sejagat.
Walaupun kedudukan ekonomi United Kingdom di belakang kuasa besar seperti Jerman, Jepun dan Amerika, namun pertumbuhan ekonominya memberi tambah nilai kepada gaya hidup warganya sekitar tahun 50an. Golongan-golongan buruh merupakan rakyat yang mempunyai taraf ekonomi paling rendah dengan bilangan mereka yang ramai.
Selepas era kemelesetan ekonomi pada tahun 1930an di seluruh dunia, United Kingdom bangkit perlahan-lahan, membangunkan negara mereka daripada tekanan ekonomi sejagat.
Walaupun kedudukan ekonomi United Kingdom di belakang kuasa besar seperti Jerman, Jepun dan Amerika, namun pertumbuhan ekonominya memberi tambah nilai kepada gaya hidup warganya sekitar tahun 50an. Golongan-golongan buruh merupakan rakyat yang mempunyai taraf ekonomi paling rendah dengan bilangan mereka yang ramai.
Krisis
ekonomi UK
Sumber :
Wikipedia
Ketika itu, remaja-remaja ini terpengaruh dengan fesyen baru daripada kumpulan penyanyi soul dari Amerika, R&B UK, pelakon serta lambakan fesyen di lorong Carnaby, London.
Mereka dikenali sebagai Mods, belia-belia yang mempunyai keghairahan terhadap fesyen, muzik dan motor skuter. Asimilasi antara penduduk asal dan imigran dari Jamaica yang membawa budaya Rude Boys atau Rudie Mods ke dimensi baru. Mereka lah sebenarnya yang merupakan sub budaya leluhur kepada skinhead. MODS dan RUDEBOY.
MOD & RUDEBOY VS SUB-BUDAYA LAIN
Remaja Mods bersama scooter mereka
Rudeboy yang terkenal dengan muzik Ska dari
Jamaica
Sumber : Pinterest
Mods muncul di UK pada akhir
tahun 1950-an, yang merupakan singkatan dari modernisme.
Mods pada awalnya merupakan bentuk penolakan terhadap muzik tradisional jazz yang melanda UK sebelum era The Beatles. Pada awalnya Mods adalah penggemar muzik modern jazz seperti Dave Bruebeck, namun tidak lama kemudian, mereka jatuh hati pula pada muzik kulit hitam dari Amerika seperti : Northern Soul, R&B, dan tentunya Ska dari Jamaika. Sub budaya ini juga dianggap sebagai pihak yang mempelopori The Who dan The Small Faces, yang disebut sebagai garage band yang paling berpengaruh di abad 20.
Pakaian adalah perkara yang terpenting bagi sub budaya ini. Seperti Rude Boy Jamaika, para Mods juga berpakaian rapi dan kemas. Mengenakan kot Itali, kemeja jaytex, berkasut brogues, parka (sejenis baju sejuk yang digunakan untuk menunggang scooter) dan scooter (biasanya mereka menggunakan lambreta). Mods biasa kumpul di kafe-kafe atau coffee shop disekitar London sambil mendengarkan musik Soul, R&B, dan pada akhirnya Ska. Idea dasar Mods adalah bagaimana untuk terlihat lebih cool dan bergaya pada pemerhatian orang awam. Bergaya kemas dan segak meski masih berada dibangku sekolah.
Mods pada awalnya merupakan bentuk penolakan terhadap muzik tradisional jazz yang melanda UK sebelum era The Beatles. Pada awalnya Mods adalah penggemar muzik modern jazz seperti Dave Bruebeck, namun tidak lama kemudian, mereka jatuh hati pula pada muzik kulit hitam dari Amerika seperti : Northern Soul, R&B, dan tentunya Ska dari Jamaika. Sub budaya ini juga dianggap sebagai pihak yang mempelopori The Who dan The Small Faces, yang disebut sebagai garage band yang paling berpengaruh di abad 20.
Pakaian adalah perkara yang terpenting bagi sub budaya ini. Seperti Rude Boy Jamaika, para Mods juga berpakaian rapi dan kemas. Mengenakan kot Itali, kemeja jaytex, berkasut brogues, parka (sejenis baju sejuk yang digunakan untuk menunggang scooter) dan scooter (biasanya mereka menggunakan lambreta). Mods biasa kumpul di kafe-kafe atau coffee shop disekitar London sambil mendengarkan musik Soul, R&B, dan pada akhirnya Ska. Idea dasar Mods adalah bagaimana untuk terlihat lebih cool dan bergaya pada pemerhatian orang awam. Bergaya kemas dan segak meski masih berada dibangku sekolah.
Sekitar tahun 1962 sub
budaya ini semakin diminati meskipun belum terlalu berkembang. Disebalik
penampilan mereka yang cenderung kepada kelas menengah, namun pada dasarnya
Mods adalah kelas pekerja yang tulen. Alasan mereka berpakaian demikian hanya
karena sub budaya ini kontra/berbeza dengan sub budaya Teddy Boys / Greasers /
Rockers yang sudah pun muncul beberapa dekad awal sebelumnya.
Semua hal dari pakaian, muzik
yang didengari, kendaraan, hingga kepada ideologi dan cara fikir Mods 180"
berbeza dari Rockers.
Mods mengenakan kot dan
pakaian yang kemas, mendengar muzik R & B dan Ska dan menunggang scooter,
lebih suka akan kekemasan dan bersifat lebih “cool”.
Sedangkan Rockers mengenakan
jaket kulit, seluar kulit, Mendengar muzik Rock & Roll, dan menggemari
motosikal besar dan lebih kasar dan lebih “hard” atau “hot”.
Terdapat satu aliran Mods
sebelum kewujudan Budaya Skinhead iaitu Hard Mods dimana mereka dikatakan lebih
kasar dan mengambil sedikit kebudayaan Punk.
Sub-budaya Rock yang lebih bersifat “hard” yang berbeza dengan
Mods
Greasers yang muncul sekitar 1950-an.
Teddy Boys yang mempunyai rambut seakan Elvis Pressly
Bank Holiday (Pesta musim panas) tahun 1964
ditepi pantai Brighton merupakan pergaduhan legenda dari dua sub budaya ini.
Dalam pergaduhan ini seorang Rockers mati ditikam oleh salah seorang Mods. Mods
mula menjadi fokus perhatian masyarakat, dan dianggap sebagai kumpulan yang
harus ditolak kewujudannya di dalam masyarakat.
Paparan
berita Daily Star mengenai pergaduhan antara Mods dan Rocker di Bank Holiday 1980
Daily Star : Pergaduhan Lagenda Mods 1964VS Rockers di Bank Holiday
Antara Gambar yang terkenal menunjukkan Mods yang bertempur dengan
Rocker
Sumber : Flashback.com
Setelah Perang Dunia ke-2 berakhir, terjadi
imigrasi besar-besaran penduduk Jamaika ke England, dimana kemuncaknya terjadi
pada tahun 1964-1966, zaman kegemilangan Mods yang membawa masuk sub budaya
Rudeboy. Berlaku asimilasi kedua-dua budaya ini dari segi muzik, pakaian dan
ideologi.
Kelahiran Rudeboy wujud hasil peminat-peminat
muzik SKA. Muzik ska yang lahir dari daerah-daerah penduduk yang miskin dan
working class di Jamaica mewujudkan sub budayanya yang tersendiri. Seperti para
remaja Mods, rudeboy juga sukakan dressup yang kemas dan cool. Muzik dan sub
budaya ini berkembang hasil pemberontakkan untuk kemerdekaan, pemberontakkan
ekonomi, working class dan sebagainya yang melahirkan pengikutnya menjadi ganas
dan nakal yang akhirnya mereka mendapat nama julukan rudeboy, budak-budak
nakal.
Migrasi penduduk kulit hitam ke England
membawa masuk sub-sub budaya mereka termasuklah rock steady, rudeboy membawa
masuk ska manakala rastaman membawa masuk reggae. Penerimaan Mods terhadap
muzik ska dan perjuangan working class dan ideologi yang sama dengan Rudeboy
menyebabkan penggabungan kedua-dua aliran sub-budaya ini yang melahirkan
golongan awal SKINHEAD.
Band The Specialist : Antara muzik band ska gabungan Rudeboy dan
Mods lewat 70-an.
KELAHIRAN SKINHEAD
Percantuman sub budaya dan Mods dan Rudeboy
membentuk satu budaya working class yang baru. Mods kini meniru beberapa cara
penampilan Rudeboy dan mula berskanking
seiring lagu-lagu ska yang dimainkan oleh Rudeboy di pub-pub sekitar England.
Manakala Rudeboy mula menampurkan tradisi pakaian mereka dengan penampilan
Mods. Gerakan ini mula menyatu dalam pemberontakkan-pemberontakkan yang
melibatkan working class.
Oleh kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh, mereka membotakkan kepala kerana tuntutan kerja tidak boleh berambut panjang, megelakkan dari rambut termasuk dalam mesin dan ada sesetengah mengatakan juga bagi mengelak isu kutu. Dari situlah mereka mendapat gelaran Skinheads, yang bermaksud kulit kepala, yang diberikan oleh penulis dan wartawan sebagai trend terkini ketika itu. Maka Lahirlah Sub-Budaya Skinhead. Pengembangan budaya Skinhead bermula dari fesyen, hingga ke muzik.
Oleh kerana mereka daripada golongan pekerja buruh, kebanyakan daripada mereka mengenakan seluar jeans yang tahan lasak dan kasut but sebagai fesyen dan lambang solidariti pekerja buruh. But yang dipakai pula bukan sebarangan, penambahan aksesori besi pada bahagian dalam but bagi melindungi jari kaki memberikan haba untuk mereka yang bekerja dilombong arang atau perlindungan ditapak pembinaan.
Selain botak, berkasut but dan seluar jeans serta yankee, gaya tipikal Skinheads dijalanan ketika itu ialah memakai kemeja kemas, siap dengan braces selain mengenakan jaket flight atau bomber dan topi pie atau flat yang dibawa masuk oleh Rudeboy.
Oleh kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh, mereka membotakkan kepala kerana tuntutan kerja tidak boleh berambut panjang, megelakkan dari rambut termasuk dalam mesin dan ada sesetengah mengatakan juga bagi mengelak isu kutu. Dari situlah mereka mendapat gelaran Skinheads, yang bermaksud kulit kepala, yang diberikan oleh penulis dan wartawan sebagai trend terkini ketika itu. Maka Lahirlah Sub-Budaya Skinhead. Pengembangan budaya Skinhead bermula dari fesyen, hingga ke muzik.
Oleh kerana mereka daripada golongan pekerja buruh, kebanyakan daripada mereka mengenakan seluar jeans yang tahan lasak dan kasut but sebagai fesyen dan lambang solidariti pekerja buruh. But yang dipakai pula bukan sebarangan, penambahan aksesori besi pada bahagian dalam but bagi melindungi jari kaki memberikan haba untuk mereka yang bekerja dilombong arang atau perlindungan ditapak pembinaan.
Selain botak, berkasut but dan seluar jeans serta yankee, gaya tipikal Skinheads dijalanan ketika itu ialah memakai kemeja kemas, siap dengan braces selain mengenakan jaket flight atau bomber dan topi pie atau flat yang dibawa masuk oleh Rudeboy.
Selain pemakaian Mods dan
Rudeboy, Fesyen Skinhead juga menerima beberapa pengaruh lain seperti
pakaian-pakaian pekerja working class seperti pakaian Lumber Jack (pembalak),
Miner (pelombong), Clark (kerani-kerani pejabat), dan yang paling utama adalah
pekerja-pekerja kilang dan buruh-buruh kasar. Di samping itu, mereka juga
menerima sedikit sebanyak pengaruh sub-budaya Terrace boy, golongan remaja
kelas atasan namun lebih sedia menerima dan bergembira dengan working class di
pub-pub biasa. Penggabungan dan kelahiran sub-budaya baru ini berkembang dengan
pesat sekitar tahun 50-an. Mereka mengamalkan semangat setia kawan yang jitu.
Melindungi sahabat jika ada apa-apa masalah walaupun dicetuskan oleh sahabat
mereka sendiri.
Golongan Terrace Boy
Sumber : esquire.com
SKINHEAD FAMILY TREE : Menunjukkan kelahiran
Skinhead Hasil Gabungan Rudeboy dan Mods
Awal Kelahiran Skinhead
Sumber : Pinterest
PUNK VS SKINHEAD
Beberapa ketika sebelum
lahirnya Skinhead, muncul satu Golongan sub-budaya baru hasil revolusi budaya
Rocker, Greasers dan Teddy Boys iaitu budaya Punk. Punk
seperti leluhur mereka, mempunyai budaya yang lebih keras atau “hard”, ganas
dan berjiwa berjuang serta memberontak. Punk yang lahir juga dari golongan
working class memperlihatkan ahlinya lebih suka memberontak, dengan pakaian,
fesyen dan muzik keras rock yang berbeza dengan Skinhead.
Sub-Budaya Punk yang kasar seperti leluhurnya.
Sumber : rebloggy.com
Budaya punk sudahpun
memenuhi pub-pub sekitar England sebelum lahirnya Skinhead. Kedatangan skinhead
dikatakan hanya mendatangkan ketegangan di antara kedua-dua budaya ini.Skinhead
dikatakan sering membuat kacau di pub-pub punk. Walaupun mempunyai perjuangan
pemberontakkan wroking class yang sama, namun dari segi ideologi, pakaian dan
muzik mereka amat bertentangan. Ketegangan ini hanya berlanjutan dengan
pergaduhan diantara dua sub budaya yang berbeza ini.
Pergaduhan terbesar di
antara Skinhead dan Punk adalah sekitar tahun 80-an disebut sebagai Fighting 84
yang melibatkan hampir 5000 orang dari kedua-dua belah pihak. Pertembungan ini
amat diingati sehingga menjadi sebahagian dari knowledge penting ahli-ahli punk
dan skinhead sehingga ke hari ini.
Walaubagaimanapun, di
penghujung era 80-an, terjadi penyatuan di antara kedua-dua sub budaya ini. Ini
kerana wujudnya aliran muzik rock skinhead iaitu muzik Oi! Yang diterima oleh
budaya punk. Muzik Oi! Merupakan muzik rock yang tidak terlalu keras boleh
diterima skinhead disamping lirik-liriknya yang menceritakan tentang budaya
jalanan ketika itu.
Selain itu, penyatuan ini
adalah disebabkan misi utama dalam usaha menjalankan demonstrasi yang
memperjuangkan working class, kedua-dua pihak ini melupakan perbezaan malah
cuba mencari persamaan. Cinta akan beer, bola sepak, working class, muzik Oi!
Dan budaya lepak ini lah menjadi persamaan yang menyatukan kedua-duanya.
PUNK & SKINHEAD
KEBANGKITAN SKINHEAD
Kebangkitan Skinhead dan
perkembangan budayanya menyebabkan Sub-budaya Skinhead menjadi begitu
berpengaruh sekitar penghujung 60 an lagi. Budaya ini mula menjadi trend
dikalangan remaja selain budaya punk. Skinhead yang dulunya Mods kini beransur-ansur
menelan terus budaya Mods. Pengekalan fesyen dan budaya Mods mejadikan Mods
hampir pupus dan digantikan dengan Skinhead sedangkan Rudeboy masih kekal
dengan pegangan muzik ska mereka namun sebahagian mereka mula mengkuti budaya
Skinhead. Kemunculan genre muzik punkrock sekitar tahun 1977 memeriahkan lagi
budaya kumpulan ini. Skinheads
melabelkan muzik mereka sebagai Oi! - genre muzik yang seakan muzik punkrock
tetapi pengisian lirik tentang kehidupan Skinheads yang diangkat oleh wartawan
muzik yang juga seorang Skinheads dari Scotland, Gary Bushells.
Gary Bushells
Sumber : Holleronline.be
KEJATUHAN ERA SKINHEAD DAN KEMUNCULAN CABANG BARU SKINHEAD
Pada pertengahan era 80-an sehingga
penghujung era tersebut, kebanyakkan perintis Skinhead yang muncul pada
peringkat awal mula menyimpan rambut dan berumah tangga. Ini menyebabkan
kemerosotan skinhead walaupun generasi baru masih direkrut. Kemerosotan ini
tidak kekal lama apabila generasi baru Skinhead cuba memasukkan ideologi baru
dan gaya baru dalam skinhead agar sub-budaya ini kekal fresh.
Ideologi-ideologi, fesyen dan cara baru ini kadangkala bertentangan dan berbeza
antara satu sama lain menyebabkan skinhead mula berpecah-pecah. Skinhead pada
ketika itu hanya tinggal pada boots sahaja. Perpecahan fesyen Skinhead adalah
berpunca dari beberapa faktor iaitu faktor skinhead yang ‘bersara’, faktor
kemunculan ideologi baru dan faktor ikutan fesyen terkini.
Kebangkitan budaya baru skinhead di
penghujung era 80-an menunjukkan bahawa sub-budaya ini masih diminati dan tidak
pupus. Walaupun masih memakai boots seperti skinhead yang asal, namun cara
pemakaian mereka mula berubah dan gelaran-gelaran kepada kumpulan-kumpulan baru
skinhead ini juga berbeza.
Fesyen-Fesyen Sub-Budaya selepas zaman Skinhead gelombang pertama
Suedehead yang muncul di penghujung
era skinhead dimana perintis skinhead mula menyimpan rambut dan berkeluarga.
Namun jiwa dan memori skinhead masih tidak dapat dilupakan. Mereka masih
memakai boots atau kasut kulit, menyimpan rambut dan memakai jaket bulu atau
baldu atau kot labuh hingga ke paras lutut ke bawah. Maksud Suede adalah baldu
dimana suedehead memakai kot baldu sehingga ke paras lutut dan kebawah.
Kemunculan Fesyen Suedehead di penghujung zaman Skinhead
Sumber: Styleforum.net
Sub-budaya Suedehead menjadi ikutan remaja. Gambar Suedehead yang
paling terkenal
Sumber : Bigbossdandy70.blogspot.com
Smoothie pula muncul apabila terdapat
skinhead Sweeden yang memasukkan fesyen Sweeden ke dalam budaya Skinhead.
Smoothie lebih santai dan lembut dalam berfesyen, muzik dan kebudayaan mereka.
Dengan rambut yang panjang, seluar slek pelbagai warna dan bercorak kotak-kotak
atau kosong yang lebih lebar dan kembang dibahagian bawah, kasut kulit atau
adidas sport,baju t-shirt berlengan panjang dan memakai wool sweater atau baju
sejuk bulu. Lebih menggemari muzik raggae yang lebih lembut berbanding ska,
namun masih meminati beer dan bola sepak seperti leluhur mereka. Wanita
suedehead dikenali sebagai Sorts.
Gaya Smoothie yang lebih santai
Sumber : 3.bp.blogspot.com
Remaja Smoothie dengan wool
sweater
Sumber : Brutus.london
Bootboys dikatakan saki-baki sub-budaya
perintis skinhead yang masih terselamat di pekan-pekan dan bandar-bandar kecil
sekitar England. Sezaman dengan Smoothie dan Suedehead, Bootboys merupakan
penerus kepada aliran Skinhead yang masih mengekalkan tradisi perintis awal
Skinhead. Dengan gaya rambut yang tidak begitu panjang, masih berkasut boots,
dan berfesyen ala Skinhead dan Hard Mods, Bootboys dikaitkan dengan perintis
Football Hooligans.
Kanak-kanak Bootboys menunjukkan pengaruh Skinhead yang masih
belum pupus
Sumber : Pinterest.com
GELOMBANG SKINHEAD KEDUA
Gelombang kedua ini muncul apabila Muzik
PunkRock mula tersebar sekitar tahun 80-an. Budaya Punk dan Hardrock, Hard Mods
mula mengembalikan zaman kegemilangan Skinhead. Sub budaya Bootboys yang
merintis zaman kejatuhan skinhead mula mendapat sambutan kembali dikalangan
remaja. Muzik Punkrock yang keras mula diminati skinheag gelombang kedua dan
menjadikannya sebagai muzik skinhead dan menamakannya sebagai Muzik Oi! Yang
menyanyikan lirik-lirik lagu berkaitan Skinhead. Kemasukkan ideologi-ideologi
baru mula diserap masuk oleh Skinhead dan muncullah cabang baru dalam Skinhead.
Skinhead mula berpecah-pecah mengikut ideologi masing-masing da zaman ini
digelar sebagai zaman Skinhead Modern bagi semua Skinhead.
Skinhead Nazi. Aliran Skinhead
yang mempunyai pengaruh besar dalam gelombang kedua Skinhead sehingga ke hari
ini. Selepas perang dunia kedua, Empayar Nazi Jerman yang runtuh tidak bermakna
ianya menjatuhkan juga ideologi Rasis Nazi. Ideologi White Power ini masih utuh
dan kesannya dimasukkan ke dalam Sub-Budaya Skinhead. Skinhead orang Inggeris
Barat mula membina Sejarah Skinhead Nazi mereka sendiri. Mereka menukar
“Skinhead Bible” dengan menyatakan Skinhead sebenarnya berasal dari aliran Nazi
dan bersifat rasis. Ideologi ini sebenarnya dibawa oleh tentera yang pernah
berperang di Perang Dunia Kedua. Hasilnya, wujud aliran Skinhead Nazi dan
propaganda serta manifesto yang dibawa mereka berjaya meyakinkan dunia bahawa
“Skinhead itu adalah Nazi dan Rasis” sehingga ke hari ini. Budaya ini akhirnya
tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Skinhead Nazi seperti juga Nazi Jerman
memperjuangkan Bangsa Inggeris sebagai Bangsa yang Utama dan bangsa yang agung
berbanding bangsa lain. Ideologi ini seiring dengan perjuangan Bangsa Aryan
satu ketika dahulu. Mengambil beberapa fesyen Skinhead seperti berambut botak,
memakai Braces dan Boots, Skinhead Nazi juga memakai seluar celoreng askar dan dijahit
ketat dari atas ke bawah, Boots yang dipakai juga biasanya tinggi dari 15 ke 20
ke 40 lubang seperti boot askar dengan menggunakan tali kasut dan tali braces
berwarna merah sebagai lambang warna Nazi atau warna putih sebagai simbol White
Power. Memakai lambang swastika sebagai simbol rasis. Mereka mula memukul,
membuli dan bergaduh dengan bangsa-bangsa lain. Beberapa Skinhead Nazi juga
mula menolak kewujudan Rudeboy dan muzik Ska atau Raggae sebagai leluhur
Skinhead dan tidak menerima muzik itu sama sekali. Digelar Bonehead sebagai
julukan hina oleh SHARP.
Skinhead Nazi membuat perubahan besar dalam Aliran Skinhead
Sumber : Theguardian.com
Lambang Swastika yang menjadi simbol Nazi
Sumber : ekran.no
RedSkins merupakan Skinhead yang bersifat
politik. Mereka menyokong parti politik yang bersifat pembangkang, parti buruh
dan sebagainya. Dipercayai bahawa Redskin juga mengambil Ideologi Komunis. Redskins
merupakan sebahagian dari Antifa yang merupakan kumpulan pemberontak jalanan
Anti-Rasis terbesar di dunia. Kebanyakkan Aliran Skinhead tidak menyokong
aliran Redskins kerana bagi mereka, Skinhead merupakan Sub-Budaya anti politik
sedangkan Redskins menyokong politik.
Redskins yang menyokong politik
Sumber : Skinheadsceara.blogspot.my
Oi! Skinhead merupakan Skinhead yang
meminati Muzik Oi!, Hard Metal, PunkRock dan lain-lain. Dikatakan muncul hasil
gabungan Skinhead dan Punk dan leluhur kepada SkinPunk. Sangat rapat dengan
sub-budaya Punk. Bersifat ganas dan mengabungkan fesyen skinhead dan beberapa
ciri dan budaya punk. Tidak bersifat rasis seperti Skinhead Nazi. Dapat dilihat
di sekitar Gig dan pub-pub yang membawa muzik Punk.
Skin Oi! Bersama Punk
Stuffpoint.com
Skinhead Hooligans atau dikenali
sebagai Hoo merupakan gerakan baru kepada Bootboys. Merupakan Skinhead yang
cintakan Bola Sepak. Mereka akan berkumpul dan menyaksikan perlawan bola sepak
sama ada di kaca tv di Pub ataupun di Stadium. Selalu membuat huru-hara di
stadium. Merupakan benteng pertama apabila berlaku rusuhan di stadium menentang
polis. Memakai tali kasut boot berwarna biru sebagai lambang penghinaan kepada
polis. Dikatakan Kelab Bola Sepak Chelsea ditubuhkan oleh Skinhead Hooligans
dengan memintanya dari Ratu Elizabeth dan tradisi pemain bola sepak skinhead
perlu meghentakkan boots sebelum masuk kepadang sebagai penghormatan kepada
skinhead.
Skinhead Hooligans yang membuat Huru-hara di Stadium.
Skinhead Hooligans yang ditahan polis kerana membuat huru-hara di
Stadium
Sumber : z6.invisionfree.com
S.H.A.R.P. (SKINHEAD AGAINST RACIAL PREJUDICE) Muncul agak lewat berbanding aliran skinhead yang lain. Apabila
dunia memandang Skinhead sebagai Aliran yang rasis, beberapa ahli Skinhead mula
membuat gerakan menentang fahaman ini. Diperkenalkan oleh Marcus Pancheco dan Stevan M, skinhead yang berbangsa
Hispanik, di New York. Mereka cuba membetulkan kembali fakta dan membawa
kebenaran kepada dunia bahawa Skinhead bukanlah bersifat rasis seperti Nazi.
Sharp mula mendapat sokongan dari Skinhead yang Anti-rasis dan skinhead yang
berbangsa selain bangsa kulit putih.
Aliran SHARP kemudiannya
bergabung dengan Antifa dan menentang kumpulan-kumpulan Rasis dunia. Kemunculan
SHARP menyebabkan berlakunya perang saudara dalam Skinhead apabila aliran
Skinhead Nazi dan SHARP sering bertembung dan tidak sehaluan. Beberapa SHARP
menggunakan tali kasut dan Braces berwarna Hitam sebagai kontra kepada warna
putih yang dipakai oleh Skinhead Nazi.
Lambang atau simbol Skinhead SHARP
Sumber : Subcultz.com
Skinhead Traditional. Apabila sub-budaya
skinhead mula huru-hara dengan kepelbagaian cabang dan ideologi serta perang
saudara antara SHARP dan Skinhead Nazi berlaku, beberapa Skinhead mula
mengambil inisiatif membuat pakatan tidak berpihak kepada mana-mana cabang dan
kekal sebagai Skinhead yang masih pure
atau tulen. Skinhead Traditional tidak berpihak kepada mana-mana cabang, tidak
juga rasis namun tidak pula menentang Skinhead Nazi, tidak bersifat politik,
masih sukakan beer dan bola sepak. Skinhead Traditional atau SkinTrad lebih
berpegang kepada leluhur awalnya. Mereka masih mengekalkan fesyen awal Mods dan
perintis awal skinhead mendengarkan Muzik ska, melayan Vespa dan berpegang
kepada “Skinhead Bibble” yang menerangkan knowledge, prinsip dan ideologi awal
skinhead. Mempunyai semangat SHAM 69 dan semangat Working Class Pride. Sesetengah
aliran menganggap SkinTrad sebagai lalang kerana tidak berpihak.
PERANG SAUDARA DALAM SKINHEAD
Pertembungan antara Skinhead Nazi dan SHARP
hampir meruntuhkan generasi Skinhead di UK. Kesudahannya, dua kumpulan ini
sering bertembung dan bergaduh di jalanan mahupun ketika festival muzik yang
melibatkan muzik Oi! Pergaduhan kedua-dua kumpulan ini yang paling teruk
berlaku ketika konsert Oi! Hambrough Tavern, Southhall sekitar tahun 1981 hingga
berlaku rusuhan selama lima jam.
SHARP dan SKINHEAD NAZI
RUMUSAN
Sub-budaya merupakan sebahagaian dari
budaya-budaya dunia. Skinhead merupakan Sub-budaya remaja jalanan dan working
class yang bertahan lama sejak kemunculannya. Tidak perlu kita menilai baik
atau buruk mana-mana sub-budaya atas nilaian kita sendiri, kerana setiap mereka
mempunyai kisah tersendiri. Seperti juga Sub-Budaya Skinhead yang mempunyai
liku-liku perubahan sejak sebelum kelahirannya sehingga hari ini. Revolusi,
evolusi mahupu devolusi sama ada mematangkan dan mengukuhkan sesebuah
sub-budaya, ataupun menghancurkannya, perlu kita pelajari dan telusuri sebagai
peringatan, pengajaran, pembelajaran dan pengetahuan yang tersimpan kemas
mewarnai kehidupan manusia di dunia.
Sumber artikel:
Me.....
1 comments:
keep the faith ! siga saga !
Post a Comment