MENGAPA AKU MEMILIH SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI?

MENGAPA AKU MEMILIH SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI?

Kali ini aku cuba menonjolkan beberapa ciri Bidang Sosiologi dan Antropologi yang menarik hati aku. Ya, aku pernah menceritakan apa itu Sosiologi dan Antropologi (ANSOS) dan artikel sebelum ini, juga menceritakan sedikit mengapa bidang ini menjadi minatku. Namun kali ini aku cuba beri lebih detail lagi, apa yang ada dalam kedua-dua bidang ini sehingga aku hanyut dalam kelas-kelasnya, rasa bahagia dalam bidang ini dan kadang-kadang umpama dirasuk ideologi-ideologinya yang membuatkan aku ingin berkongsinya dengan anda semua..

So pada adik2 yang baru nak kenal apa itu Sosiologi dan Antropologi, jom baca artikel ni...

Beberapa ciri dan sebab aku meminati dan mencintai bidang ini : -

1.       Minat ku dalam Bidang kajian

Bagi sesiapa yang minat dalam bidang penyelidikkan dan kajian macam aku sendiri, tentulah bidang ini lah yang harus anda pilih. Macam jugak bidang kajian sains tulen, bidang kajian dalam bidang sosiologi dan antropologi juga ada metod-metod tertentu, pemboleh ubah tertentu, teori-teori dan model tertentu serta subjek-subjek kajian.

 ANSOS ni, sebenarnya merupakan ‘The Queen & The King’ bagi Bidang Sains Sosial. Jadi tentulah, kajian mereka merupakan kajian-kajian yang best untuk dikaji, dibaca, dirujuk, kajian yang banyak cross-field dengan field yang sama mahupun cross dengan field sains.

Antropologi yang banyak kaji pasal manusia dan kebudayaan terpecah kepada 4 cabang kajian utama iaitu antropologi sosial, antropologi fizikal, antropologi linguistik dan arkeologi. Nah, pilih la mane cabang anda nak, kaji lah sedalam-dalamnya.

Tu belum masuk dengan bidang sosiologi yang berpuluh-puluh cabangnya. Belum lagi kajian tentang metod-metod, kajian tentang teori dan model dan lain-lain. Pendek kata, ANSOS ni kerja dia memang penyelidikkan dan kajian sesaje. Nak kaji apa, kajilah, asalkan related to human. Nak kaitkan dengan haiwan? Pun boleh, bidang NGO yang preserve kepupusan haiwan, ade je kawan aku kaji, pensyarah aku kaji. Medic? Of course, we have traditional medic yang mengkaji dari penggunaan herbal, mantera-mantera sampailah shaman dan magical or spiritual cultural pun boleh. Sebab apa sahaja dalam dunia ni, kebanyakkan dah ada influence oleh manusia ataupun benda-benda ni dah pun mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu lagi.

Penyelidik Antropologi

2.       Tidak bosan

Tentulah tidak bosan. Anda disajikan dengan kepelbagaian kehidupan manusia yang serba kompleks dan tidak ada satu pun yang sama secara total. Sedang anda study hal strata masyarakat, bila bosan, cari pula sosial kehidupan artis. Walaupun nampak santai dan bunyi macam berhibur, namun kehidupan sosial artis juga sebahagian dari bidang sosiologi.

Bagi peminat bola contohnya, apabila agak stress belajar tentang bahasa dan kebudayaan, ubah sekejap kepada kajian sub-budaya hasil dari sukan bola sepak. Tak la stress dan bosan mengadap satu subjek sahaja.

Pendek kata, bukan satu sahaja bab yang boleh dikaji, beribu malah mungkin berjuta bab dan ilmu anda boleh baca, kaji, lihat dan teliti mengikut minat anda. Contohnya aku sendiri, aku meminati bidang mythologi dan folklore, apabila dah agak bosan membaca buku tentang mitos dewa-dewa greek, mula la buka internet, cari tentang ilmu-ilmu sub-budaya, minat kedua aku.

Malah, sebenarnya, kalau la kita dengar cerita-cerita dan pengalaman pensyarah membuat kajian disana sini, kisah lucu, sedih, marah, suka, ada juga kisah seram mereka, komfirmla, kita layan sambil mulut ternganga macam sorang cucu dengar datuk dia bercerita. Ini berlaku dalam beberapa kelas aku di UMS, beberapa pensyarah yang begitu pandai mengambil hati pelajarnya dengan cerita-cerita dan pengalaman mereka, menyebabkan ramai kawan-kawan aku yang memang ‘geng ponteng mintak orang lain tandatangan’ ni pun ramai yang hadir kelas, semata-mata nak dengar cerita-cerita pengalaman pensyarah-pensyarah tersebut. So..tak bosan la pada aku...



3.       Perdebatan teori

Ini mungkin agak pelik kalau aku cakap kenapa aku minat isu ni, namun pada aku, bidang sosiologi dan antropologi menghasilkan pelbagai teori, ideologi dan fahaman tersendiri yang sangat banyak. Jadi muncul pelbagai pengikut-pengikut fahaman tertentu yang menyebabkan bidang ini terpecah-pecah kepada banyak kumpulan. Yes, setiap fahaman berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini wujud apabila setiap penyelidik melihat sudut pandang  bahan yang dikajinya sama ada manusia atau budaya dari sudut pandang yang berbeza.

Contohnya, ahli sosiologi ekonomi pasti melihat masyarakat dari segi kewangan, sistem kapitalis dan ekonomi sehingga wujudnya fahaman Karl Marx dan teori Konflik. Namun bagi ahli sosiologi yang melihat manusia dari setiap fungsi mereka, muncul pula aliran fahaman Fungsionalisme oleh Talcott Parsons dan Robert Merton serta  Strukturalisme oleh Claude Lévi-Strauss.

Jadi apa yang aku minat dalam isu ini? Perdebatan dan pemilihan aliran oleh setiap penyelidik. Pensyarah-pensyarah aku sendiri mempunyai aliran fahaman mereka tersendiri dan cuba menarik dan menyebarkan kepercayaan mereka ini kepada student mereka. Walaupun kadangkala perbezaan pendapat ini menyebabkan pertelingkahan sesama pensyarah, namun kebiasaanya mereka matang menerima pendapat dan pandangan lain kerana mereka tahu, fahaman yang berbeza sememangnya wujud dalam bidang ini kerana kekompleksan manusia yang dikaji dan mereka diajar untuk menghormati fahaman lain.

Apabila pengaruh fahaman mereka sampai kepada student-student, muncul ‘pakar-pakar’ baru dan pengikut-pengikut baru dalam fahaman ini. Jadi dalam kelas, mula lah, seorang dengan peminat Teori Konflik menentang hujahan peminat Teori Fungsionalisme. Hujah-hujah dan bukti hasil kajian mereka mula menolak hujah-hujah pihak yang bertentangan. Walaupun nampak macam perang mulut, hahaha, tapi ia menunjukkan pelajar-pelajar ini dilatih untuk bertindak secara kreatif fan kritis serta mula mencari identiti ideologi mereka dan meletakkan diri mereka dalam ‘tribe’ fahaman-fahaman tertentu.

Aku suka benda ni. Memilih tribe, mempertahankan fahaman masing-masing, mencari bukti dan hujah bagi menyokong fahaman mereka, ini mencorakkan warna-warni pembelajaran di dalam kelas. Bersaing secara sihat dan mencakna minda.


4.       Travel dan kembara

Yang ni komfirmla best. Ramai manusia yang suka kembara. Jarang orang tak suka jalan-jalan ni. Malah dalam Islam pun suruh kita mengembara, cari ilmu dan lihat dunia ciptaan tuhan. Ade artikel aku sebelum ni tentang persepsi Islam terhadap travel.

        Ahli ANSOS biasanya akan mengembara atau travel untuk membuat kajian, tak kisah la sebab nak masuk kampung cari isu kajian ke, atau travel ke library-library dan muzium semata-mata nak cari bahan rujukan, we as Field Resercher should travel to rich our data. Walapun anda kaji sesuatu subjek tu dibelakang rumah anda je, tapi anda perlu jugak travel cari data tambahan, data berkaitan, cari pakar-pakar yang berkaitan untuk memperkayakan kajian anda. Walaupun sesetengah tu boleh je dapat dari internet, namun dapat dari first source dan data yang lebih original dan mentah, give you extra point and satisfying.

        Tak payah la beria nak keluar modal banyak. Cuba cari alternatif lain, lebih murah. Sebab kadang-kadang, dengan travel yang menggunakan modal sedikit, lagi banyak kita lihat kehidupan manusia dari travel dengan gah dan mahal. Tak percaya? Cuba travel dari hujung Sabah ke hujung Sarawak. Pergi naik kapal terbang, straight one way. Satu lagi anda naik la kenderan kereta ke, bas lompat ke, tumpang kereta orang lalu lalang ke, naik motor ke. Mesti banyak lagi pengalaman dengan cara tu, tayar pancit, minyak habis, jumpa awek kedai makan mase travel, cewah, malah anda dapat melihat the reality of human social life depan mata anda.

        So, berjalan, musafirlah, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk, mereka yang berfikir. Hehehe, tu lirik lagu. Jauh berjalan, luas permandangan, matang fikiran, banyak ilmu pengetahuan.


5.       Cabaran dan rintangan

Cabaran dan rintangan ni penting dalam kehidupan manusia. Memberi pengajaran, menambahkan pengalaman, mematangkan cara kita berfikir, orang cakap cabaran dan rintangan ni lah yang mendewasakan kita.

Semua cabaran ni penting untuk kita tempuh supaya kita tahu untuk kendalikannya di masa akan datang, pluss, boleh ajar cara nak tempuh sesuatu cabaran pada orang lain dan anak cucu kita sendiri.

Tapi mana cabaran dalam ANSOS ni? Apabila ada je kajian, ada je travel dan kembara, mesti ada cabarannya. Masalah kekangan masa, wang, tenaga, emosi, ketidak cukupan data, proposal dan kajian ditendang, data ada tapi tak dapat akses, semua ni beri cabaran pada kita. Ada penyelidik yang terpaksa masuk ke pedalaman, berjalan berbatu jauhnya, rempuh hutan dan sungai untuk sampai ke masyarakat pedalaman untuk dapatkan data dari mereka, bukanlah satu cabaran yang mudah. Tengok tak cerita Indiana Jones, ha, lebih kurang camtu la cabaran die. Cuma Indiana Jones ni ahli Arkeologi, yang sebenarnya bidang arkeologi ni pun under bidang ANSOS jugak la.

Cabaran aku? Banyak, setiap satu kajian aku buat masa belajar dulu, mesti ada cabaran, bermula dengan cabaran nak pilih ahli group (nak dengan kapel la, Crush la, BFF la, taknak satu group ngn musuh la), tajuk kajian, berapa duit nak belanja setiap kajian, bila nak buat, pergi buat kat mana, agih tugas buat laporan, minta kelulusan tajuk dari pensyarah. Tu cerita belum pergi buat kajian lagi tu. Risiko masa kajian? Lagi banyak. Ada kawan aku nyaris tak mati dengan Bonzer jaga pelacur, sebab dok temuramah pelacur, dah tu kajian dia. Aku, nyaris tak kena belasah dengan geng mat rempit mabuk sebab buat kajian tentang diorang, mendayung sampan kecil tengah laut nak temuramah penanam rumpai laut. Fuhh, cabaran.

Tapi macam aku cakapla, kalau takde setiap satu cabaran ni, kita tak tahu makna kehidupan. So sesiapa yang kata sukan extreme je yang mencabar, meh try join ANSOS, you will gasping for air....

Ni bebudak ANSOS batch aku, nak kene naik bot rentas sungai penuh buaya untuk ke tapak kajian...

6.       Boleh jadi apa saja

Ha, yang ni best. Mesti kecil-kecil ada macam-macam cita-cita kan? Nak jadi askar la, doktor la, pemuzik la, nak jadi abang sado la, janda berhias la, pondan dan pengkid la, macam-macam kan? Dalam ANSOS, you will give a chance to experience almost all of that.

Macam bidang lakonan dan teater, anda boleh jadi semua tu dengan lakonan. Tapi anda tahu tak, untuk menghayati setiap watak tu, aktor-aktor ni perlu kaji sedalam mungkin dan menjiwai setiap karakter yang akan dilakonkan. See.. kaji.. nah, tu tugas kita kan..?

So dalam ANSOS, setiap pekerjaan manusia lain dari tukang cuci sampah, sampai la.h perdana menteri, boleh kita kaji. Sebab apa? Sebab setiap dari satu pekerjaan ini membawa kebudayaan mereka tersendiri.

Jadi, katakanlah anda dari kecil minat sangat nak jadi retis-retis muzik ni. Ada je bidang kajian sub-budaya yang berkaitan dengan muzik seperti sub-budaya rock, sub-budaya hardcore dan metal, mereka bukan sahaja mebawa budaya muzik, malah turut membawa imej mereka tersendiri, pakaian dan fesyen yang dipengaruhi oleh artis-artis muzik, genre-genre mereka, kronologi, evolusi, revolusi mahupun devolusi muzik mereka, scene yang mereka bawa, kelab-kelab fans mereka, kehidupan sosial biasa mereka yang luar dari kamera paparazi. Semua tu boleh dikaji kalau anda memang minat


7.       Hobi anda? Minat anda? Semua dalam bidang ni

Yang ni lebih kurang no 6 tadi jugak. Cuma yang ni lebih kepada minat hobi. Yes,minat dan hobi jika dikembangkan boleh jadi kerjaya, but that bukan yang aku nak bincang. Setiap manusia biasanya ada lebih dari satu minat,hobi dan cita2..kan..? ada suka memancing, suka main motor, kaki gosip kat media sosial (keyboard warrior) la, gamers la, macam2...

So sebenarnya macam aku cakap sebelum ni,selagi related dengan manusia, tentulah anda boleh kajinya. Tak sah la tak bagi contoh kan? Kata la anda minat gamers, kaki DOTA la katakan. (sorry, aku xberape minat DOTA). So, sekarang ni pun DOTA bukan main dekat CC je, dah ade pertandingan peringkat antarabangsa. So, anda boleh kaji kehidupan sosial para gamers wakil2 negara dan kelab dari serata dunia. Malaysia pun not bad kan?

Lagi? Kaki pancing. Aku pernah teringin nak kaji tentang kaki pancing sebabnya aku minat memancing, tp tak pandai dan tade sape pernah ajar,dan aku sendiri pun tak pernah berkesempatan nak belajar. Pernah ikut bebudak Kedah UMS pegi mancing, last2 aku lena.. hahaha..but now, aku kaki pancing. Mulanya ikut-ikut je,sebab nak tahu cara kehidupan para peminat pancing tegar ni, last2 aku pun jadi pemancing walaupun tak berapa tegar. Hahaha. Lagi satu, kajian kaki pancing yang aku teringin nak kaji adalah kisah-kisah seram para pemancing ni terutamanya yang suka pancing malam2, tempat2 sunyi. Pergh. Layan..

Temuramah dengan Pemancing

8.       Cross-field

Yang ni pulak, well, maybe tak ramai yang faham apatah lagi menyimpan minat. Cross-field ni adalah kajian-kajian atau pembelajaran yang merentasi lebih dari satu bidang utama. Dalam ANSOS, banyak sangat kajian-kajian Cross-field sama ada dalam sains sosial sendiri ke, bidang seni ke, psikologi ke sampaila ke bidang sains tulen sekalipun.

Pensyarah aku, Dr Marsitah, kalau bebudak ANSOS UMS mesti kenal, ibu kita tu, pernah cerita pengalaman die apabila ada macam sebuah kajian cross-field antara sains sosial dan sains tulen tak salah aku mengenai kehidupan di sekitar sebuah pulau yang mana ada kampung nelayan, flora, fauna, ikan dan lain-lain. Stage pertama, penyelidik sains sosial dah dipandang rendah oleh penyelidik sains tulen, bila result kajian keluar, kajian sains sosial mengenai ekonomi, budaya, sosiopolitik, adat-adat dan kesenian masyarakat kaum nelayan tersebut dipersembahkan. Malah banyak masalah-masalah sosial yang diketengahkan dan dicuba untuk mencari penyelesaian. Hal ini mendapat sambutan dari para nelayan tersebut.

Tapi ahli sains tulen pula mengemukakan tentang spesies rama-rama atas pulau tersebut. What? Is that it? Itu je? Tak de kepentingan pada orang ramai sangat. Then mereka sedar stage kedua mereka kena berubah. Barulah stage kedua diorang buat kajian tentang kawasan2 yang plankton selalu ada, so, ikan banyak kawasan tu, so nelayan better tangkap kat situ. Ha.. baru la betul. Itu dah menunjukkan cross-field antara sains tulen ( kajian kawasan plankton) dan sains sosial (kepentingan kawasan plankton kepada nelayan).

Bukan nak merendahkan sains tulen, apatah lagi nak kat sape lebih hebat, sape yang betul. Bukan. Kita sama-sama penyelidik seharusnya berganding tangan mengkaji dan menyelidik, bukan untuk orang lain, tapi untuk manusia sejagat dan alam cakerawala ini juga.

Contohnya kajian yang aku minat sendiri. Kajian mythology dan folklore. Yes, kajian ni banyak cross-field sebenarnya. Dari bidang ANSOS, kita boleh tengok, kebudayaan manusia dalam pengekalan folklore atau cerita rakyat sebagai sumber ilmu mereka, sebagai sebuah panduan dan pedoman manusia dalam merangka pantang-larang dan undang2. Dari bidang seni penulisan dan sastera pula, mereka mengkaji struktur dan kepentingan cerita-cerita ini dan kaitkannya dengan seni sastera sendiri. Bidang Theology atau bidang keagamaan tentulah perlu dikaji bagaimana kepercayaan manusia terkait dengan sistem kepercayaan dan keagamaan dunia. Sains tulen? Sudah banyak penyelidik sains tulen berada dalam bidang ini bukan sahaja untuk menilai psikology manusia dan kaitannya dengan kepercayaan, malah ada yang lebih ekstrimis cuba membuktikan mitos-mitos, makhluk2 lagenda, dan fenomena paranormal secara saintifik dan sah. Cross-field ini lah akhirnya membentuk bidang-bidang yang lebih khusus seperti giantology (kajian tentang Gergasi), cryptology (kajian makhluk-makhluk mitos dan paranormal), Fairyologist (kajian mengenai pari-pari dan makhluk ajaib) dan lain-lain.


9.       Membuka mata, minda dan hati dengan lebih terang, matang, fleksible, kritikal dan kreatif

Yang ni adalah satu kelebihan yang akan digilap sekiranya adalah melangkah masuk ke bidang ANSOS ni.. Dikatakan kelebihan ini digelar “dari sudut pandang ahli ANSOS” atau “kacamata ANSOS”.. wuu..bunyi tak lah gempak, tapi sebenarnya kelebihan ni sangat la dasyat sekali. Tak banyak bidang yang ada kelebihan ni, kalau ada pun tak hardcore macam bebudak ANSOS.

Apa sebenarnya kelebihan ni? Apabila kita belajar mengenai manusia, budayanya, adat pantang larang dan undang2nya, sosial mereka, politik, ekonomi, kepercayaan dan agama dan segala2nya mengenai manusia, kita akan dapat satu kelebihan dimana setiap apa yang kita lihat, dengar, hidu, rasa akan kita kaitkan dengan ANSOS.

Walaupun tak semua bebudak ANSOS dapat menyerap kelebihan ini 100%, namun jika kita fokus dan hayati bidang ini, in sha Allah kita akan dapat kelebihan ini. Kelebihan ini menyebabkan kita melihat dunia ni dari sudut pandang yang sangat berbeza dari manusia lain. Serius. Cara kita fikir, cara kita cakap, cara kita lalui kehidupan akan berubah.

Manusia biasa akan hidup simple, bangun pagi, mandi, dengar lagu, pegi kelas/kerja, jumpa kawan, sembang, kerja/belajar, lunch, balik, tengok tv, kadang2 layan hobi sendiri, tidur. Macam no point of life. Tapi bagi bebudak ANSOS, terutamanya yang kelebihan “kacamata ANSOS” dia dah cukup matang, dia bangun, nak berus gigi pun, dia mula fikir, ubat gigi ni datang dari mana? Siapa cipta? Macam mana boleh wujud budaya membersih gigi? Dulu sebelum ubat gigi moden, orang pakai apa? Dimana ubat gigi ni dikilangkan? Macam mana sosiobudaya orang yang kerja kat kilang tu? Tu baru bab berus gigi. Belum bab nak minum kopi sebagai sarapan. Mula pulak fikir dari mana datang kopi, macam mana sosio budaya dan cara hidup masyarakat yang tanam dan jual kopi ni. Pada masa tu, kita akan nampak manusia dan dunia ni dengan cara yang sangat berbeza. Ekonomi, politik, sosial, kepercayaan, undang2, semua akan dilihat dan dicakna diminda.

Ha..anda dah ready nak rasa pengalaman macamtu..? Aku dah rasa. Xdala pulak sampai buat aku stress. Tapi aku lebih memahami dunia ni, manusia itu sendiri, itulah yang aku cakap, mata, minda dan hati bebudak ANSOS akan terbuka seluas2nya. Pada masa ini, sifat rasis, prejudis, hasad dengaki dan seantero dengannya akan berkurang. Mungkin tak hilang habis, tapi setidak-tidaknya kita dah pun menerima “manusia memang macamtu, memang kompleks dan pelbagai ragam”.

Fleksible, kritikal dan kreatif, ha, ni kita dilatih bila nak buat asignment, projek atau mini research. Masa ni la betul2 dilatih untuk lebih bersifat fleksible dengan subjek kajian, halangan dan rintangan mase nak buat kajian, kritikal dalam menilai diri, kreatif menyelesaikan masalah, kreatif mengkaji manusia dari pelbagai sudut dan banyak lagi. Percayalah, jika anda mendalamai ANSOS ni, anda akan jadi bukan diri anda yang dulu lagi.


10.   Saranan dan kebaikkan untuk Masyarakat, Agama, Negara dan seluruh Dunia

Yang ni biasalah, of course la, masyarakat, agama, negara dan seluruh dunia syorkan agar manusia semua saling mengenali dan memahami sesama sendiri, untuk elak perang dan cipta kedamaian, saling bantu-membantu sesama umat manusia dan lain-lain.

Apa kepentingan ANSOS ni pada masyarakat? Banyak, dari sini kita mengkaji kesusahan, masalah dan isu sosial masyarakat. So pihak-pihak berwajib yang meneliti kajian-kajian ANSOS ni la yang akan bertindak berdasarkan kajian tu untuk cuba menyelesaikan masalah dan isu sosial masyarakat.

Juga dalam memberi, menyimpan, mengkaji dan mempersembahkan ilmu kepada masyarakat, yang asalnya dari masyarakat itu sendiri, Cuma mereka tidak nampak macam yang kita nampak. Contoh Muzium Antropologi di Taiping Perak. Kita memperlihatkan kebudayaan-kebudayaan Malaysia yang mana kadang-kadang orang Malaysia sendiri tak tahu mengenainya.

Dari segi agama, tentulah, mana-mana agama besar dunia mengsyorkan kajian menegnai manusia untuk pemahaman ummah. Tidak kira apa jua agama, pada zaman moden ini, bukan lagi cuba bergaduh sesama sendiri, namun mencari kedamaian dan cuba memahami dan bertolak ansus sesama agama bagi mengelakkan konflik. Isu-isu anatar agama, diperdebatkan dan dibincangkan secara aman, profesional dan berhemah agar dunia lebih tenteram.

Dalam Agama Islam, Umat Islam dituntut untuk memahami dan bertolak ansur dengan bangsa dan agama lain, demi menjaga nama baik Islam dan kemakmuran ummah seluruh alam sejagat.
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Melalui ayat diatas, kita sebagai manusia disarankan supaya mengenal dan memahami budaya dan cara hidup masyarakat lain supaya kita lebih faham dan sedia bertolak ansur demi menjaga keamanan dunia.

Begitu juga negara-negara di seluruh dunia, majorti mengamalkan sikap terbuka dan menerima bangsa dan umat lain. Walapun wujud perang, penindasan dan sebagainya, muncul pula NGO-NGO dan kesatuan2 yang menentang perang dan penindasan yang mana menunjukkan masih ada manusia yang memahami, simpati dan empati dan menerima cara hidup manusia lain di seluruh dunia.

PBB sendiri menubuhkan pelbagai jawatankuasa bagi menjaga dan mengkaji peradaban dan kehidupan masyarakat di seluruh dunia seperti UNESCO yang menekankan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan di seluruh dunia. UNESCO lah yang banyak mengiktiraf tapak-tapak warisan bagi mengekalkan tapak-tapak tersebut agar generasi akan datang dapat melihat kebudayaan manusia di masa lalu.


Bidang-Bidang ANSOS dan seumpanya di Universiti di Malaysia :-

Universiti Sains Malaysia (USM) (Pulau Pinang)
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Antropologi dan Sosiologi

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Bangi)
Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian (Antropologi Dan Sosiologi)

Universiti Malaya (UM) (KL)
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Am/Kepujian) dalam bidang Antropologi dan Sosiologi
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Sosio-Budaya Melayu) Dengan Kepujian

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) (Selangor)
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam bidang: Sosiologi & Antropologi

Universiti Malaysia Sabah (UMS) (Kota Kinabalu)
Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sosiologi & Antropologi Sosial
Ijazah Sarjana Sastera (Sosiologi dan Antropologi Sosial)
Doktor Falsafah (Sosiologi dan Antropologi Sosial)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (Kota Samarahan)
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Antropologi dan Sosiologi)

Universiti Utara Malaysia (UUM) (Kedah)
Ijazah Sarjana Sastera (Sosiologi)


RUMUSAN

Mungkin belum ramai yang menyedari betapa best dan syok nya bidang ini. Terutamanya bagi adik-adik lepasan Matrik, STPM, STAM, Diploma yang masih mencari-cari bidang yang sesuai, aku sendiri akan rekemenkan bidang Antroplogi dan Sosiologi ini untuk korang. Anda akan sedar bahawa belajar itu menyeronokkan bila masuk bidang ini. Aku sendiri kalau diberi peluang, nak balik ambil Degree dalam bidang ni. Semoga bidang ANSOS di Malaysia lebih bekembang maju dan sukses.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 comments:

Unknown said...

salam encik, boleh sy daptkan no tel atau email encik? sy nak tny berkenaan ijazah sosiologi & antropologi ini .

Hambali Ramlee said...

waalaikumussalam..boleh... 017-5805627 - hambali

Unknown said...

Salam encik , sye amat berminat dngn bidang ni . So sye nk tnye , klau masuk bidang ni pekerjaan dia meluas tak ?

Unknown said...

Apakah skop pekerjaan yg kita boleh dpt klau kita apply bidang ni.... Adakah bidang pekerjaan meluas di Malaysia

Unknown said...

Anthropologi ni termasuk bidang osteologi jga ka?

Hambali Ramlee said...

Elly J... Saya kurang pasti,sebab saya tak pernah study tentang Osteologi, namun dari google dan wikipedia yang saya tengok, Osteologi akan berada sebagai Sub-Disiplin kepada Antropologi..kenapa cakap begitu, sebab ia merujuk kepada Antropologi Fizikal..atau Antropologi Biologi, yang mengkaji Tubuh fizikal manusia secara amnya, seperti DNA manusia, susur galur keturunan manusia dan sebagainya..malangnya di Malaysia kita kurang Antropologi Fizikal..atau mungkin tiada.. jadi Osteologi ini mungkin tidak diajar dalam Subjek Antropologi di Malaysia...

Unknown said...

Kalau lah ada org yg berkelayakan dlm bidang antropologi fizikal, peluang pekerjaan dia di malaysia tinggi jga ka?

Hambali Ramlee said...

Kalau ada Orang yang memang ambil jurusan dalam bidang Antropologi Fizikal, peluang pekerjaan dia sangat tinggi..Pensyarah tentu2 lah, sebab di Malaysia sendiri kurang pensyarah atau tiada langsung pensyarah bahagian Antropologi Fizikal, juga peluang pekerjaan lain macam bahagaian Forensik...

dianahasri said...

Assalamualaikum encik , saya berminat dengan program ini namun saya ada masalah dengan penghafalan . Adakah program ini memerlukan penghafalan yang banyak?

Hambali Ramlee said...

dianahasri...Bidang Antropologi Dan Sosiologi ni memerlukan gabungan beberapa kemahiran termasuk kemahiran hafalan dan pemahaman, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir diluar kotak dan lain2.. Namun pada saya, kemahiran utk memahami teori secara mendalam adalah lebih penting daripada kemahiran hafalan..Mana2 bidang pun perlukan kemahiran hafalan,tp xbegitu mendalam, kos ANSOS ni pun perlu hafal beberapa teori, kaedah dan sebagainya, tp kalau faham teori2 dan kaedah2 tu, lebih mudah ingat..xperlu hafal macam sifir, tp faham konsep sudah bagus...

mIsS_FieZa said...

Sy juga meminati bidang ni... And proud to be iium sociology n anthropology alumni 2012...

nuha kadam said...

Nak tanya, program ini sepenuhnya english ke?

PUSPAWANGI said...

tu senarai u yg dh ikut ranking terbaik utk course ansos ni ke?

Anonymous said...

assalamualaikum, encik.. saya nak ambil degree tapi saya tak tahu nak ambil kos apa.. ada seorang lect di uiam suggest kat mak saya untuk ambil deg sosiologi sebab saya suka aktiviti masyarakat macam jadi sukarelawan, bagi ceramah, conduct program2 dan sebagainya..jadi apa sugestion encik untuk saya?? saya dulu diploma alquran sunnah di kuis

Unknown said...

finally jumpa jugak. dah lama google tentang bidang ni sbb nak tahu dgn lebih detail. inshaallah kalau ada rezeki nak apply kos ni untuk degree nnt. tq encik utk perkongsian ni :))

Anonymous said...

assalamualaikum~ just a question, what kind of Diploma is required to apply for degree in ansos? im deeply interested in this field but there is less exposure so im kind of confused. please help me. thank you

Hambali Ramlee said...

Maaf lambat balas komen2 anda semua..agak busy akhir2 ni.. terima kasih sbb membaca...

nuha kadam, Mostly in English...

Ainaa Hanafi, tak ikut ranking, saya takde data untuk ranking...

kalau minat bahagian aktiviti masyarakat, Boleh juga ambil bidang ni, Bidang Antropologi dan Sosiologi, tapi ada lagi satu bidang iaituBidang Kerja Sosial..lebih related dengan aktiviti kemasyarakatan..lihat dalam UMS fakulti Psikologi..

actually kalau dari diploma, you can come from any field even from science field.. Becouse kalau dari Diploma/Matrik/Asasi/Pra-U nak ke Degree bidang Social Science ini tak la terlalu strict sangat..but yanglebih related biasanya dari Pra-U yang ambil bidang2 sains sosial macam sejarah, geografi dan sebagainya..but tak perlu risau kalau bidang tak berkaitan dengan ANSOS ni, still boleh masuk, just apply...

Anonymous said...

salam sy nak tanye, awak boleh kos ni pointer stpm berapa? :-)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ada ig tak? or nombor ws. saya nk tanya tentang cadangan tajuk thesis. saya agak keliru. terima kasih.

Unknown said...

Saya berminat untuk belajar antropologi dan sosiologi.

Anonymous said...

Bidang ni sangat² seronokkkk! Pengalaman yg dpt memang tidak akan dilupakan. Proud! Alumni Anthropology & Sociology here!

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian!! :)

saf said...

boleh saya tahu apa subjek yang dipelajari dalm course ni?
contoh- contoh assignment yang kena buat dan sebagainya? boleh beri gambaran yg lebih jelas dan spesifik apa yang akan dipelajari dalam lectures

Anonymous said...

Boleh tak buat masters in criminology kalau ambik degree ni

Post a Comment