Misteri Naga Tambuakar Sabah

 Misteri Naga Tambuakar Sabah 



 Seluruh Dunia mempunyai kisah naga tersendiri. Ada yang mampu terbang, hidup di udara, hidup di darat dan di dalam hutan, ada pula naga yang hidup di air. Di Borneo, tepat lagi di sekitar Pantai Barat Sabah sekitar Bongawan, Papar, Beufort sehingga ke Pulau/kuala Penyu, wujudnya cerita rakyat mengenai naga Tambuakar. 

 Perkataan ’Tambuakar’ atau ‘Tembuakar’ asalnya diberi nama oleh kaum bangsa Brunei yang bermaksud ‘tumbuh akar’ merujuk kepada seekor raksasa atau naga besar dan sekitar tahun 1903. Mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah ianya adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang.. Cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama selepas pembukaan tapak2 baru akibat penjajahan Brunei ke atas pantai barat Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan sungai untuk bekalan air.. mengkut penceritaan dari mulut ke mulut, pelbagai bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki serupa sirip, ada mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga.. 

 Versi lain pula oleh orang bangsa Dusun di Sabah, mereka percaya yang Tambuakar ni berasal dari sejenis ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog.. ada mengatakan ianya adalah raja segala hidupan di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus tahun dan ada mengatakan beribu taun untuk menjaga kerajaannya dan ia terus membesar dan membesar sehingga mencapai size seperti seekor naga.. 

 Berbalik pada cerita pribumi dan bangsa Brunei yang menghuni persisir pantai pula, Tambuakar ni tidak diketahui mana asal usulnya sebab semasa penempatan baru dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari mulut2 penduduk pribumi disitu masa tu.. dari penceritaan dan pengalaman orang2 tua, ada 3 bentuk digambarkan mengenai tambuakar ni : 

1.     Bentuk raksasa Loch Ness - berleher panjang berbadan besar dan mempunyai 4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2 kepala dan dibelakangnya bukan lah ekor.. 

2.     Bentuk naga / ular - ada saksi yang mengatakan ia seperti seekor ular tedung yang mendongakkan / mendirikan kepalanya ditengah2 sungai, mereka mendakwa x pernah melihat badannya dah hanya melihat kepalanya yang besar dan sedikit kembang.. 

3.     Juga seperti raksasa Loch Ness, tapi dikatakan berbulu, dan bergigi tajam. Dikatakan ini merupakan rupa pertama Tambuakar dilihat disekitar Benoni sekitar Tahun 1903. 

 Banyak cerita2 direkodkan sepanjang taun 30-60an sebab masa tu ramai mula membuat rumah disekitar sungai Papar, Sungai Padas, Sungai Bongawan dan Sungai Beaufort.. tempat paling famous orang ramai menceritakan mengenai munculnya Tambuakar ni adalah di persisir sungai Kg Surati, Papar, kampung ni betul2 di tepi sungai.. tapi mengenai Tambuakar ni berbentuk ular atau naga lagi famous berbanding bentuknya seakan Loch Ness. 

 Bila ditanya mengapa sekarang ni tiada penemuan2 terbaru mengenai kemunculannya, ramai mengatakan yang ia sudah mati dan x kurang mengatakan ia masih muncul sesekali tapi disebabkan pengangkutan air dah x digunakan lagi maka penceritaan mengenainya pon jarang didengari, tapi sesekali ada juga cerita2 mengainya melalui kaki2 pancing dan nelayan disekitar sungai tersebut, alasan diorang x nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni ada kamera dan hp yang boleh snap gambar makhluk ni.. 

 Ramai percaya haiwan lagenda ini masih hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lubang2 besar di bawah tanah sepanjang sungai2 tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk membina jambatan masa membaiki jambatan Papar yang roboh pada taun 2000 dulu selain di tempat2 lain sepanjang sungai tersebut.. dikatakan ianya mengunakan kepalanya untuk membina lubang di bawah sungai tersebut dan membina laluannya sendiri di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada gak versi lain mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan untuk menggorek tanah untuk membina laluannya.. 



 Naga Tambuakar Versi Orang Dusun 

 Menurut cerita lisan kaum Dusun di Ranau, Tambuakar berasal daripada ikan Sinsilog (sejenis ikan Belut). Ikan ini telah bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Perubahan ini berlaku dalam masa ratusan tahun malah ada orang tua-tua menyatakan beribu-ribu tahun. Kebanyakan orang tua di bahagian daerah Ranau, menceritakan bahawa Tambuakar berasal dari seekor ikan lalu bertukar bentuk badan yang besar separti naga di mana mempunyai kaki dan tangan. Disebabkan bentuk badan dan dengan adanya tangan dan kaki, ia mempunyai keistemewaan untuk membuat tempat tinggalnya. 

 Tambuakar tinggal dalam air yang dalam dan berlubang. Dikatakan bahawa, tambuakar boleh menahan aliran air sungai dengan cara membuat benteng. Dengan sebab itu sungai bertukar menjadi tasik. Ada beberapa orang tua menyatakan bahawa suatu ketika dahulu bandar Ranau adalah sebuah tasik yang besar. Tasik ini terbentuk disebabkan oleh aktiviti Tambuakar tersebut. Tambuakar yang menghuni tasik ini, menjadikan apa saja haiwan sebagai makanannya. Tambuakar boleh memakan sekali lahap seekor kerbau atau sapi. Tasik di Ranau ini dikatakan sebagai tempat yang paling menakutkan,. manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini. 

 Tambuakar dikatakan mempunyai satu kuasa atau aura yang boleh melemahkan mangsanya. Mangsa tidak berdaya bergerak untuk melarikan diri dari tambuakar. Dalam beberapa kejadian dikatakan tambuakar sengaja mengalirkan banjir dengan membuka pintu air. Apabila haiwan atau manusia terkena banjir maka mereka lari menyelamatkan diri. Pada masa inilah tambuakar akan menjalankan peranannya untuk menangkap mangsanya. Tambuakar menyebabkan kesengsaraan hidup orang Dusun di Ranau. Mereka tidak lari dari kawasan tasik tersebut kerana kawasan tersebut subur untuk pertanian di samping bekalan air yang banyak. Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau. 

 Naga Tambuakar Versi Naga Laut 

 Satu lagi versi dikatakan Tambuakar ni lebih kepada raksasa laut bukan di darat, kalau ular pon dikatakan ia sejenis ular laut yang berbisa. Dalam Versi ini, ikan yang dikatakan bertapa menjadi naga merupakan sejenis ikan laut yang digelar Ikan Naga atau Oarfish atau nama saintifiknya 'Regalecus Russelii'. Tambuakar dikatakan Raja di lautan dan naik ke darat melalui sungai untuk bertapa sekali sekala. Apabila Tambuakar naik ke sungai, terjadilah banjir kerana dikatakan badan Tambuakar ini memenuhi sungai menyebabkan air melimpah. Sebab itulah dikatakan Sungai Padas/Papar mudah melimpah. 
 Tambuakar Versi Orang Brunei Sabah 

 Nama ’Tambuakar’ diaktakan diberi oleh kaum bangsa Brunei Sabah yang bermaksud ‘tumbuh akar’. Nama ini diberikan keatas penemuan seekor raksasa atau naga air misteri yang besar dan ini berlaku sekitar 1900 disebuah kampung  di Papar, kampung Benoni. 

 Legenda terkenal Tambuakar yang selalu diperkatakan dikatakan berasal dari tempat ini, cerita popular mereka disini menceritakan raksasa itu adalah jelmaan 16 ekor patu(sejenis itik atau angsa) yang telah masuk bertapa kedalam gua Karuaya @akar kayu @kayu Ara, dan merupakan haiwan separuh akuatik separuh darat (makhluk yang berasal dari dari air tapi boleh hidup keatas daratan). 

 Satu ketika dahulu kawasan Benoni merupakan satu kawasan memulau yang sangat subur dikelilingi oleh sungai yang membiru beserta hutan karuaya (kayu Ara) air tawarnya yang tebal. Kemudian di atas tanah tinggi yang memulau itulah penduduk kampungnya telah mendirikan rumah mereka satu persatu. 

 Kisah ini bermula  dari seorang penternak patu yang menyangka patunya telah menjelma menjadi seekor raksasa selepas memasuki lubang besar dibawah akar kayu Ara dan tempat kejadian berlaku dihujung hulu sungai kepulauan Benoni itu (dikenalpasti lokasi tempat itu kini dipanggil “Bendari @Darat Benoni ” yang menghala ke bukit Bendera @kuari). 

 Penternak ini mempunyai 16 ekor patu kesemuanya dan diapun selalu melepaskan patunya ini bermain kesungai tersebut sehinggalah dia menyedari dihari - hari berikutnya patunya mula menghilang satu persatu. Pada mulanya dia menyangkakan buayalah pemangsa ternakannya itu. Seharian dia mengawasi lalu dia mendapati kumpulan patunya ini memang selalu saja suka berenang kesuatu tempat yang jauh sedikit dari kawasan area sungai tinggalnya itu. Dengan berjumpong (perahu kecil) dia perlahan - lahan menyusuri sungai tersebut sambil mengekori patunya dari kejauhan saja, barulah dia perasan terdapat sebuah kayu ara yang sangat besar disitu, dipenuhi lagi dengan akar kayu yang berjuntaian langsung saja menambahkan lagi seram pada lorong gelap yang terdapat dicelah celah - celah akarnya yang berserabut itu. 

 Beberapa ketika kemudian patunya berdondon selamba saja berenang masuk ke celah gelap karuaya tersebut kemudian kembali keluar dari tempat tersebut secara bersahaja tapi berkurang seekor. Persoalan dikepala penternak  tersebut hampir terjawab selepas menyaksikan peristiwa itu tapi dia masih lagi tidak tahu apakah gerangannya haiwan aneh yang suka membaham secara senyap - senyap sahaja dibalik akar karuaya tersebut. Diapun kembali lalu menceritakan hal ini kepada orang kampungnya, keesokkannya dan pada hari –hari seterusnya dia memerhatikan lagi kejadian yang sama kian berulang sehinggalah juga patunya yang terakhir. 

 Dengan berbekalkan amarah dan dendam yang kuat pada kali ini dia telah menghimpunkan seluruh penduduk kampung untuk sama - sama turun dan membongkar benda misteri yang telah menghabiskan patu - patunya itu. Berbekalkan senjata masing - masing mereka berkayuh menuju ke tempat tersebut sambil memerhatikan suasana sekitarnya yang tidak kurang seramnya berhutankan karuaya ini, mereka mula mengepung kawasan tersebut dari semua arah sebelum melakukan langkah was - was yang tidak kurang takutnya ketika cuba menghampiri lubang luar biasa tersebut. 

 Akhirnya beberapa orang pemuda yang berani tampil kedepan lalu mengambil langkah untuk memasukinya sambil mencucuk - cucukkan  bujak (lembing) didalam gelap yang nampaknya seperti tiada berpenghujung itu, mereka meraba perlahan lahan menggunakan parang mereka sambil cuba mencapai jauh kedalam lagi lalu mendapati airnya sungguh tidak kurang dalamnya juga sementara yang lain masih lagi menunggu diluar bakau tersebut. Dalam keadaan yang sunyi sebentar saja itulah kemudian kedengaranlah bunyi deruan suara yang sangat kuat bercampur lagi dengan suara jeritan pemuda yang siap masuk sebentar itu pantas kembali bergegas keluar pula dengan wajah yang terkejut dan ketakutan. 

 “Tumbuh akar!! Tumbuh akar!!” Jerit orang - orang tua lain yang melihat dari luar mendapati perubahan kocakkan air dan tanah yang bergolak naik dan turun itu, dalam perasaan taksub bercampur kehairanan ini tiba - tiba menjengullah sebatang leher yang panjang dari air tersebut, badannya berbulu dan giginya tajam, ianya juga adalah haiwan yang paling besar sekali pada waktu tersebut. 

 Terkejutlah seluruh penduduk kampung yang menyaksikan sendiri haiwan ini (mereka tidak tahu ianya haiwan prasejarah). Ada yang mengandaikan bahawa patu - patu tersebutlah sebenarnya sudah menjelma kepada raksasa tersebut selepas bertapa masuk kedalam gua tersebut. Raksasa itu kemudiannya berjaya ditewaskan dengan kemahiran melembing yang dimiliki oleh orang - orang zaman ketika itu (ianya perkara biasa pada zaman tersebut). Kemudian binatang raksasa inilah yang mendapatkan namanya sebagai legenda Tambuakar yang difikirkan bertukar dari cantuman 16 ekor patu tersebut ditambah lagi keluarnya pula berasal dari pohon akar kayu yang lebat tebal itu. 

 Ilustarsi penulis blog asal menunjukkan Naga Tambuakar yang berbulu mati dibunuh dengan lembing orang kampung 

 Cerita ini disampaikan turun temurun di kampung benoni sehinggalah ceritanya mula menjadi semakin kabur tanpa mengetahui lagi rupa bentuknya yang sebenar raksasa Tambuakar ini sehinggalah lewat awal tahun 70 –an.  

 Dikampung Benoni. Pada suatu hari seorang budak yang diambang remaja telah balik membawa sebuah buku dari perpustakaan Papar yang dipinjamnya kerumahnya. Dia membelek - belek buku bergambar tersebut dilaman rumahnya, buku ini memperlihatkan gambar binatang prasejarah (dinosaur) dan dalam gambar tersebut adalah haiwan bergelar ‘Paleosaurus’ ini. (lihat gambar) 

 Paleosaurus - haiwan purba zaman dinasour yang hidup di air 


 Ketika beliau sedang melukis sambil membelek - belek buku inilah ibunya Zaleha tidak sengaja terpandang susuk haiwan Paleosaurus ini lalu memberitahukan anaknya nama binatang tersebut adalah Tambuakar mengikut dari gambar lakaran yang pernah dibuat dari ibu terdahulunya (yang sempat melihat binatang ini dalam keadaan matinya) lagi ketika bercerita perihal Tambuakar tersebut. Sambil mengamati lagi gambar tersebut dia (ibunda Zaleha) ini hanya memberitahukan perbezaannya Tambuakar yang diceritakan itu mempunyai bulu pada badannya, tetapi susuknya memang sama. 

 Ilustarsi penulis blog asal menunjukkan perbezaan antara Naga Tambuakar yang berbulu dengan Paleosaurus 


 Melalui cerita tersebut. Itulah kali pertama kampung mereka pernah berhadapan dengan makhluk tersebut dan itulah juga kali terakhir mereka pernah melihat makhluk yang sedemikian. 

 Tiada disangka raksasa itu adalah spesies ‘Plesiosaur’ yang sudah pupus jutaan tahun lalu ini sempat wujud di Benoni sebagai ‘Tambuakar’. 

 Maksud nama- Tambuakar membawa maksud 16 ekor patu bertapa@ tersumpah@ keluar dari akar@ tumbuhnya dari akar menjadilah raksasa mitos tambuakar. 

 Kata - kata penulis blog ini :- 

 Apapun kita tahu patu bukanlah spesies dari ‘plesiosaurus’ jadi kita sudah tahu patu tersebut cumalah sebahagian daripada pengalas perut Tambuakar@Plesiosaur tersebut sahaja. 

 Remaja didalam cerita tersebut tadi sebenarnya adalah ayah saya (Penulis asal Blog) sendiri dan dari situlah saya mendapatkan kisah sebenar Tambuakar tersebut. 

 Tambuakar dalam Akhbar Siam 

 Dalam Akhbar The Straits Times bertarikh 5 April 1904, dalam ruangan The Siam Observer,di Publish pertama kali di Thailand, ada menceritakan tentang aduan masyarakat di sekitar Benoni di daerah Papar, Sabah tentang kewujudan rasaksa pelik seperti seekor dinasour yang tinggal di sebuah gua di tepi pantai. Penulis akhbar bersama penduduk setempat menjejaki tapak kaki haiwan pelik yang dikatakan lebih besar dari buaya dan semestinya berbeza dari jejak buaya. Jejak tersebut dikatakan menuju ke sebuah gua di tebing pinggir laut. Penyelidik Inggeris telah mengambil data dari masyarakat setempat. Mereka mengatakan raksasa tersebut mempunyai badan yang besar seperti badan buaya, namun kakinya menghala ke dalam, berleher panjang seperti ular dan berkepala juga seperti ular. 

 Malah dalam akhbar tersebut juga menyatakan mereka membina pagar bagi menangkap makhluk tersebut. Malangnya pagar itu dikatakan runtuh dan dimusnahkan oleh makhluk itu dengan mudah apabila mereka melihatnya pada keeseokkan pagi. Sehingga kini, haiwan tersebut masih lagi menjadi misteri. 
 Pagar Buluh dan kayu yang dibina oleh orang Kampung untuk menyekat makhluk tersebut 


 Naga Tambuakar – Penceritaan Pengalaman Datuk Mertua Ila 

 Cerita ini disampaikan oleh @ilahkhatibrani di komen dalam sebuah blog.. jom ikuti kisahnya.. 

 Arwah datuk mertua ilah suka membeli tanah..terutama tanah yang lum diterokai...arwah seorang yang sangat berani..kira leh gi sorang2 masuk hutan gi tengok kebun buah. Pada tahun 1980, Arwah datuk mertua nie bercadang nak beli tanah di barat tanah borneo....jadi dia pun bersama 4 org kawannya gi ke pejabat tanah untuk tanya dan meminta kebenaran nak gi tinjau tanah mana yang boleh dibeli.....alhamdullilah... Ada.. Dan terletak di barat borneo (area pantai barat Sabah).. Jadi 2 pegawai tanah bersama 2 pegawai renjer hutan pergi menemani dan menunjukkan jalan bersama arwah datuk dan 4 org kawannya menerokai hutan kat barat borneo...time nie hutan kat borneo banyak belum diterokai..tebal giler 

 Jadi ada 9 org termasuk arwah datuk mertua pergi masuk hutan tebal simpanan kat borneo tuk melihat tanah yang ingin dibelinya.....keadaan hutan mase nie..walaupun masih siang tapi gelap sedikit kerana banyak pokok besar yang menghalang chaya matahari masuk....jadi bila dah asar ..dah gelap sedikit...jadi diorang semua membuat keputusan berehat sekejap sebelum sambung  lik perjalanan... 

 sampailah diorang jumpa tempat yang strategik tuk berehat  iaitu di sebatang kayu yang sangt besar lebarnya sudah tertanam separuh kedalam tanah ...serta berlumut penuh kehijauan.... Jadi mereka watlah ungun api ngan kayu2 kat atas batang pokok yang tertanam separuh kat tanah nie.....manakala...mereka sembilan org nie termasuk arwah dok kat batang pokok nie ....kiranya empat org kat sebalh kiri..dan lagi lima org kat sebelah kanan..dan tengah api yang dinyalakan ngan longgokan kayu kat atas batang kayu besar berlumut tu... 

 Pada mulanya tiada apa2 yang berlaku....sehinggalah kayu yang dibuat tuk unggun api tu semakin habis dah api tu mula membakar batang kayu yang berlumut tu.. ..pabila api mula membakar di batang kayu besar berlumut tu...tiba2 batang tersebut bergerak dan meliuk-liuk..ke kiri dan kekanan...dan terangkat ke atas....dan terus sebahagian badan batang pokok yang berlumut yg tertanam separuh di tanah terkeluar daripada tanah..serta mengeluarkan bunyi mendesis dan hembusan angin kuat tanpa berlengah lagi mereka melompat terjun daripada batang pokok berkenaan..dan terus lari kearah hadapan..dan tinggalkan semua barang2 kat situ ...dalam kekalutan nie ...salah sorang daripada kawan arwah datuk berlari laju..kearah sebelah kiri dan terus ke depan kerana terlalu panik.... 

 Sementara arwah datuk mertua ngan lagi tujuh org yang lain berlari kehadapan terus berlari tak hingat sampai terjatuh2 langgar akar pokok kat utan..sampai lah dorang berhenti berlari kepenatan...dan time nie arwah datuk terus perasan yang salah sorang kawannya hilang .... Tanpa berlengah masa mereka memanggil nama kawan arwah datuk nie..dengan melaungkan nama beliau kuat2 kat dalam hutan....tetapi tiada jawapan....sampailah datuk nak pergi ke tempat yang tadi...sebab takut sesuatu terjadi kat kawan dia yang hilang nie.....tetapi dihalang oleh yang lain sebab time nie keadaan di hutan semakin gelap...setelah dinasihat oleh pegawai renjer hutan..yang pencarian dalam gelap hanya sia2 jer..jadi datuk mencadangkan besok pagi diorang patah balik dan mencari kawan yang ilang..tu... 

 Jadi mereka pun pergi berpatah balik dan tido di pondok renjer hutan borneo. Pada keesokkan harinya..mereka bergerak balik ketempat semalam..tetapi kali ni lebih berhati2..mereka tidak menhampiri tempat batang kayu ijau yang berlumut sebaliknya memerhati dari jauh..terutama bila arwah datuk cakap dia syak batang kayu berlumut tu ialah badan ular...bertapa... 

 Mereka berjalan memerhati sampailah ternampak di depan dorang kawasan yang lapang macam padang bola tidak jauh dari tempat dorang buat unggun api semalam....dari sebelah kiri ke depan dari arah unggun api tu dibuat..dan betul2 arah yang kawan arwah datuk yg ilang  lari semalam. Time nie arwah datuk dah rasa lain macam dan suruh yang lain jangan bergerak..dan serentak tu juga  datanglah dua ekor khinzir utan liar melintas di kawasan lapang tu..dan tetiba dorang dengan bunyi berdesis dan hembusan cam nafas serta cam ngauman yang amat kuat manakala dua ekor khinzir tu tiba2 cam disedut, dan abis semua batu2 dan daun pokok serta ranting pokok yang berhampiran terbang dan disedut bersama2 dua ekor khinzir tu. 

 Time arwah datuk terus nampak ...ya-Alllah ...besar betul dan cepat2..dikerahnya yang lain keluar dari situ..sementara yang lain tanpa bersuara..terus meninggalkan tempat tu dengan segera...dan sampai ke hari ini kawan arwah datuk tu tidak tahu dimana kawan yang hilang tu dan mereka anggao dia sudah meningggal tetapi tiada kubur. 

 Nak tahu..apa yang dilihat oleh arwah datuk mertua ilah....hmm dia nampak bende yang menyedut 2 ekor khinzir tu serta mengelurkan ngauman tu ilah kepala ukar yang sangat besar.. sangat..semasa ular nie sedut dua ekor khinzir nie...ular nie juz juz bukak mulut..nganga..dan terus di sedut khinzir tu masuk kedalam rongga mulutnya..time nie kata arwah datuk ...taringnya panjang betul..dan matanya sebesar dulang ....sebab tu arwah datuk suruh yg lain cepat2 beredar dari situ...jadi arwah datuk buat kesimpulan yang kawannnya yg hilang tu sudah mati disedut olleh ular tersebut... 

 Tetapi menurut datuk pada tahun 1986..kawasan yang diorang pernah nampak ular bertapa tu telah diterokai tuk pembalakan dan peliknya bila datuk pergi sana, ular terbabit telah tiada ..hmm mungkin dah abis bertapa....dan sudah pergi ke..laut.. 

 Sementara tempat yang ular bertapa tu...ada banyak intan permata...jadi disitu ramai org berduyun gi melombong intan permata nie...tetapi tetiba intan permata nie hilang cam tu..walaupun digali..tidak dijumpai....bila ditanya ngan arwah datuk..arwah datuk hanya berkata sambil tersenyum...' hmm org bunian dah amik baliklah tu..dan alihkan tempat lain' 

 -ulasan- mungkin apa yang dijumai oleh arwah datuk mertua Ila ini adalah naga, tapi tida dipastikan sama ada naga yang mana. Kerana menurut cerita lama masyarakat Dusun, terdapat seekor lagi naga yang tinggal di dalam hutan besar dan melilit pohon-pohon besar dikenali sebagai naga Galau. Jadi adakah yang diceritakan di atas adalah Naga Tambuakar atau Naga Galau masih tidak dapat dipastikan. 

 Naga Tambuakar – Wawancara Penyelidik Terhadap Seorang Responden Di Kampung Kota Klias, Beaufort 

 Kisah ini diceritakan oleh seorang pakcik yang rumah asalnya berdekatan dengan rumah homestay yang kami tinggal di Kampung Kota Klias, Beaufort, Sabah. Pada asalnya, kajian ini dilakukan untuk meneliti komuniti homestay di kampung ini. Namun aku tertarik dengan kisah pak cik ni mengenai pertembungan beliau dengan makhluk digelar Tambuakar. 

 Kampung Kota Klias dipisahkan dengan Sungai Klias yang agak lebar dan dalam merentangi kampung tersebut. Sungai tersebut terkenal dengan aktiviti homestay pinngir sungai dan aktiviti menaiki ferry menyusuri sungai tersebut menikmati keindahan alam dan melihat flora dan fauna liar terutamanya monyet belanda, gajah dan yang paling terkenal melihat kelip-kelip. 

 Menurut pak cik ini (nama dah lupa, data hilang bila laptop kene virus), dia pernah berhadapan dengan makhluk naga Tambuakar ini sebanyak 2 kali dalam hidupnya. Pertama semasa dia kecil, budak, lebih kurang 10-12 tahun (sekarang berumur sekitar 50-60 tahun). Rumah penduduk kampung ini rata-ratanya dibina dipinggir sungai Klias, kerana sungai Klias merupakan jalan utama penduduk kampung tersebut suatu ketika dahulu. 

 Kebanyakkan masyarakat tersebut menaiki perahu/sampan untuk ke tempat lain melalui sungai Klias. Masyarakat Kampung tersebut kebanyakkan nya kalau saya tidak silap adalah kaum Bisaya, Murut, Brunei dan sedikit Dusun. Arwah Bapa responden selalu menggunakan sungai itu untuk mngutip hasil hutan dan dijual ke Tamu (pasar). Responden selalu mengikut dan menemani bapanya. 

 Pada suatu hari, selesai mengutip hasil hutan (kalau tak silap responden ada menyebut kemungkinan daun nipah untuk dibuat atap rumah), mereka dalam perjalanan pulang untuk pulang. Dia dan bapanya tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kocakkan air yang kuat. Tiba-tiba keluar kepala seakan-akan ular besar, bersisik dan kulitnya berwarna tompok-tompok coklat dan hitam, bermisai macam naga cina, berbalung dan bermata merah merenung ke arah mereka. 

 Responden dan bapanya terkaku sebentar. Menurut responden, bapanya pernah diajar apa yang perlu dilakukan jika bertemu makhluk yang digelar tambuakar tersebut. Bapanya menapak ke depan perahu, menghentakkan kakinya di lantai perahu, mulutnya terkumat-kami membaca sesuatu (responden tidak mengetahui apa yang dibaca bapanya), tiba - tiba ular itu kembali menyelam ke dalam air dan hilang. 

 Responden dikatakan nampak badan tambuakar yang panjang sedikit terkeluar dari air, dikatakan sangat panjang, berganda-ganda dari perahu mereka (responden menyatakan bahawa mereka menggunakan perahu panjang seperti tekong). Namun bapa responden tidak pernah menceritakan atau menyebut kembali tentang peristiwa tersebut kepada sesiapa dan responden juga takut untuk bertanya. 

 Pengalaman penemuan Naga Tambuakar kedua yang diceritakan responden (pak cik tadi) adalah sekitar umur beliau remaja (dalam 16-18 tahun). Waktu itu, dikatakan padang bola terletak di seberang sungai dari rumah responden. Responden akan menyeberangi sungai bersama kawan-kawanya pada sebelah petang untuk bermain bola. Mereka menggunakan alat seumpama lift manual, dimana tali diikat di kedua-dua belah sungai, ada macam sebuah kotak besar kosong untuk yang boleh mereka naik dan ditarik oleh seseorang yang menjaga alat itu dengan bayaran tertentu. 
 Dikatakan penjaga yang menjaga alat itu akan berehat sekitar maghrib untuk solat maghrib. Responden biasanya balik sebelum maghrib suapaya dapat menaiki alat tersebut untuk keseberang. Malangnya suatu hari dia dan beberapa orang kawanya terlewat dan terpaksa menunggu penjaga alat itu untuk menggerakkan semula. Penjaga tersebut masih di pondoknya waktu tersebut. di seberang sana juga terdapat beberapa orang menunggu untuk menyeberang sungai. 

 Pada saat itu lah , timbulnya Naga Tambuakar di Sungai Klias itu, rupanya sama seperti yang pernah dilihatnya sewaktu kecil. Dikatakan saksi yang melihat makhluk itu waktu tersebut termasuk lah dia dan beberapa orang kawannya (4-6 orang), penjaga alat menyeberang sungai yang masih lagi di pondok di tepi sungai, dan beberapa orang lain di seberang sungai sana. Mereka semua tergamam melihat makhluk itu. Tapi penampakkannya tidak lah lama, sekitar 30-40 saat sebelum kepala besar itu menyelam semula ke dalam air Sungai Klias yang agak keruh. 

 Menurut Responden, rupa kepala naga Tambuakar hampir sama dengan Ikan Sinsilog, macam Tambuakar dalam versi orang dusun. ikan Sinsilog ialah sejenis ikan belut sungai yang besar. Kulitnya coklat bertompok-tompok hitam. Dia juga mengagak bahawa Naga Tambuakar ini juga mungkin kacukan ikan belut Sinsilog sungai dengan sejenis belut laut yang dipanggil ikan naga, atau oarfish kerana Naga Tambuakar dikatakan berbalung dan bermisai seperti  naga dalam lagenda cina, dan mungkin itulah puncanya Tambuakar boleh hidup di sungai air tawar dan hidup di laut yang berair masin. Namun menurut beliau, cerita orang tua beliau mengatakan bahawa tambuakar bukan lah makhluk mistik seperti hantu atau jin, ianya adalah haiwan biasa yang bertubuh besar, mungkin kerana hidup lama hasil makanan dan keadaan sungai yang membolehkan ia cukup besar. 


 Ikan Belut Sinsilog yang hidup di Sungai air tawar dan banyak di Sungai-sungai Sabah 



 Ikan Naga atau Oarfish yang merupakan ikan terpanjang didunia hidup di laut masin dan tinggal di lautan dalam 


 Rupa Bentuk kulit atau Sisik Naga Tambuakar menurut Responden 


 RUMUSAN 

 Adakah Naga Tambuakar itu wujud..? aku disini bukan lah cuba membuktikan kewujudan tambukar, Cuma merungkai cerita rakyat, folklore yang masih lagi terpahat dalam budaya masyarakat Sabah terutamanya yang tinggal di tebing-tebing sungai sekitar pantai barat Sabah. Sesetengah individu terutamanya golongan tua masih mempercayai kewujudan makhluk ini. Masih ada pelbagai versi cerita mengenai kisah Tambuakar yang aku tidak dapat rungkaikan disini. 

 Makalah kali ini, aku just nak state kan ciri-ciri dan kisah-kisah tambuakar yang aku baca dan dengar. Kalau tak post, maybe kisah lagenda Tambuakar ni akan hilang dan pupus, macam kisah-kisah yang lain. Hasilnya, masyarakat Sabah ketandusan dan kepupusan cerita rakyat mereka sendiri. Buktinya, masih ramai generasi muda Sabah yang tak pernah dengar pun kisah Tambuakar walaupun kisah itu berlaku disekitar kampung halaman mereka. Kalau pernah dengar pun, samar-samar. 
 Pada aku, mungkin apa yang dikatakan oleh ketiga-tiga versi yang aku nyatakan sebelum ini adalah betul. Mungkin apa yang dilihat mereka adalah haiwan yang berbeza. Mungkin Tambuakar ini adalah haiwan prasejarah zaman dinasour yang mana spesies akhirnya masih hidup dan kebetulan dijumpai oleh masyarkat Sabah. Mungkin juga hasil evolusi, haiwan ini yang sepatutnya bersisik, kini ditumbuhi bulu untuk adaptasi dengan cuaca hutan hujan tropika di Sabah. 

 Mungkin juga ia adalah ular, atau ikan Sinsilog atau Ikan naga yang hanya seekor haiwan, namun keadaan muka bumi Sabah yang masih lagi kaya dengan hutan, sungai dan laut yang belum sepenuhnya diterokai waktu itu, memberikan sumber makan, habitat dan keselesaan yang memungkinkan haiwan itu hidup lama dan membesar berkali ganda dari saiz asalnya. 

 Namun apa bila masyarakat Sabah menjumpai salah satu dari haiwan-haiwan ini, mereka menggelarnya Tambuakar, walaupun ia adalah haiwan yang berbeza. Mungkin itu lah penjelasan mengapa ciri-ciri Tambukar yang dijumpai agak berbeza antara satu dengan yang lain. Ini pandangan aku sahaja lah. 
 Apa yang sebenarnya dilihat, dijumpai dan makhluk apa yang sebenarnya wujud di perairan sungai, laut dan hutan Sabah ini, hanya Allah yang mengetahuinya...
Wallahualam... 


 Kredit 

 http://motivasibuana.blogspot.my/p/t.html 


 www.mforum2.cari.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAPORAN SANTAI? :- MAKALAH PERBINCANGAN JURANG ILMU ANTARA PARA AHLI AKADEMIK DAN NITIZEN

LAPORAN SANTAI? :- MAKALAH PERBINCANGAN JURANG ILMU ANTARA PARA AHLI AKADEMIK DAN NITIZEN



Kali ini aku nak cerita sedikit tentang research report yang aku nampak dari sudut pandang berbeza. Research report yang aku maksudkan ini termasuklah laporan kajian biasa, asignment2 kecil,jurnal, tesis2 kajian, artikel, disertasi kajian dan lain-lain. Kebiasaannya laporan2 kajian ini bersifat ilmiah yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar universiti, pensyarah dan sebagainya. Pendek kata bidang akedemik biasa dengan laporan2 kajian ni.

Dalam Sains Sosial sendiri, bidang2 kajian kecil termasuklah Antropologi, Sosiologi, Sejarah, Geografi dan lain-lain mempunyai berjuta-juta laporan kajian ilmiah yang ditulis, dikeluarkan dan diterbitkan, tidak kurang dibukukan dan dijurnalkan. Sedar atau tidak, seluruh laporan kajian ini amatlah penting bukan sahaja kepada bidang sains sosial, namun juga kepada pemerintah yang ingin menentukan dasar, pihak muzium dan galeri serta arkib dan perpustakaan bagi menyimpan maklumat dan data, dan semestinya penting kepada seluruh masyarakat.

Namun, sedar tak kita, berapa ramai orang awam yang membaca kajian-kajian sains sosial? Berapa ramai nitizen yang mendalami ataupun sekadar merenung sejenak hasil tulisan-tulisan akademik ini? Walaupun library universiti dibuka kepada orang awam, berapa ramai pekebun getah datang kesini mencari buku2 teori Marxist? Berapa ramai para peniaga kecil datang kesini menelaah kajian2 sosioekonomi Malaysia? Sedangkan para ahli akademik terutamanya para penyelidik dan pensyarah bidang sains sosial bertungkus-lumus, berkorban masa, wang dan tenaga dan malah ada yang merisikokan nyawa sendiri, sahabat dan keluarga demi mendapatkan serta mengumpul data-data tersebut. Siapa yang baca akhirnya? Ahli akademik juga. Rasa macam tak berkembang. Nitizen baca ke? Rasa macam tak bernilainya penat lelah ahli akedemik mencurah bakti kepada nusa bangsa.

Masaalahnya....

Hmm..macam mana wujud masalah ini..? First kene tahu la, bende ni masalah ke? Yes. Masalah. Kepada masyarakat itu sendiri. Kenapa? Kajian-kajian yang dibuat ni bukan untuk hiburan. Tapi untuk kelangsungan budaya, kelangsungan masyarakat, mengenalpasti masalah dalam masyarakat dan mungkin ada solution2 tertentu. Yes, bidang akademik hanya mengkaji data, namun dengan data inilah pihak2 tertentu boleh cari jalan penyelesaian.

Contohnya, masalah etnik Bajau laut yang tidak bernegara atau yang sememangnya hidup dikawasan perairan sempadan Malaysia-Filipina. Mereka ada yang tidak mempunyai mana-mana kewarganegaraan disebabkan hidup yang berpindah randah. Mereka yang boleh dilabel debagai nomad kerana hidup di dalam perahu di lautan menjadikan kawasan laut perairan tersebut sebagai kediaman mereka. Masalah muncul apabila Malaysia dan Filipna merdeka dan membentuk sempadan politik dan negara yang menyebabkan etnik Bajau Laut ini tersepit dan ‘kediaman’ mereka terbahagi dan terbelah oleh kemerdekaan dua negara ini.

Disinilah Sains Sosial beperanan mengkaji mengapa mereka tidak berwarganegara dan bagaimana ia berlaku. Setelah kajian dibuat dan dibentangkan, pihak atasan iaitu PBB mengeluarkan Kad World Pass dimana mereka boleh merentas kawasan sempadan Malaysia-Filipina tanpa sekatan mana-mana pihak. Malah Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohd berusaha menjalankan projek pemberian IC Malaysia kepada mereka setelah kajian dan penyelelidikan rapi dibuat, walaupun ada tentangan dari pihak yang tak faham dan tak mengerti isu sebenar.

Kalau dilihat dari sudut pandang pengekalan budaya dan tradisi pula, ilmu sains sosial seperti sejarah dan antropologi merekod budaya-budaya tradisional masyarakat Malaysia termasuklah dari segi seni ukir, seni tari, seni muzik, pantang larang, adat dan kepercayaan,pakaian tradisi dan lain-lain. Apakah tujuan semua ini direkod dan disimpan? Diletakkan dimuzium dan dilupakan? Tidak. Pentingnya semua ini agar generasi akan datang memahami dan dapat mempelajari asal usul mereka, kebudayaan nenek moyang mereka dan pentingnya semua ini agar tidak luput dan pupus ditelan zaman.

Penting kan? Jadi memanglah bermasalah jika Laporan kajian Sains Sosial, hanya dikaji, dibaca, diselidik dan diteliti oleh orang-orang dalam bidang ini sahaja.

Macam mana Masalah ini timbul?

Macam mana? Hmm.. dari pemerhatian aku la, ada beberapa faktor yang mendorong berlakunya masalah ini. Faktor-faktor itu adalah :-

1)  Sikap Malas Membaca


Yes. Ini tak boleh dinafikan. Sememangnya masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu memang malas membaca terutamanya benda-benda ilmiah. Tak tahu lah kenapa. Tak berminat ke. Bosan ke. Tak menarik ke. Tak da masa ke. Paling-paling yg dia baca ilmiah sikit, surat khabar. Ok lah. Yang jenis baca berita kalau viral kat FB, Insta, Wechat, Beetalk sahaja? Ntahkan ya, ntahkan tidak berita2 tu. Orang tak mati pun diviralkan dah mati. Yang ni rajin baca..


2) Laporan Ilmiah/akademik sukar difahami

Yang inilah sebenarnya yang akan aku fokuskan nanti. Masalahnya bukan dari nitizen, tapi dari laporan itu sendiri. Kita perlu faham, bukan semua nitizen memahami konsep penulisan akademik, konsep metodologi, falsafah dan teori, model2 kajian, data2 primer dan sekunder, data kualitatif dan kuantitatif, hipotesis dan sebagainya. Mereka ada yang pelajaran setakat sekolah menengah, bukan nak merendahkan, namun ini realiti, bahasa akademik terlalu tinggi untuk dibaca, data akademik terlalu kompleks untuk difahami, kajian2 akademik terlalu mendalam untuk dihadam.


3)Penulisan Akademik bosan untuk dibaca


Bosan? Ya. Nitizen adalah manusia, ada minat, ada nafsu, ada keinginan, ada emosi dan ada rasa bosan. Jika penulisan akademik, laporan kajian ini bersifat terlalu ‘akademik’ terlalu ekstrim dalam penulisannya, disasarkan kepada higher education semata-mata, maka matilah nafsu para nitizen untuk membacanya. Pendek kata, tulisan hampir 100%, ayat dan bahasa terlalu tinggi, penggunaan perkataan2 akademik yang sukar difahami, data yang terlalu kompleks untuk difahami, jangankan nitizen biasa, pensyarah pun sama ada mengantuk, kalau tak pun berbulu otak juga nak faham, kan?

Ketiga-tiga faktor ini sebenarnya adalah kronologi, kenapa taknak baca? Susah nak faham. Habistu? Dah tak faham, nak baca macam mana, bosan la jadinya. Akhir sekali bila bosan nak baca, timbul sikap malas nak baca laporan akademik. akhirnya timbullah jurang keilmuan yang sangat luas antara ahli akademik dan masyarakat awam.



Penyelesaian?

Waw, terus pergi penyelesaian yek. Ini bukanlah penyelesaian yang hasil daripada kajian atau penyelidikkan. Tapi pandangan saya sebagai individu sahaja untuk mengurangkan gap atau jurang ilmu sains sosial antara masyarakat dengan ahli akademik.

Sikap Malas Membaca

Yang ini kene train. Kene ade disiplin, semangat, motivasi dan kene pupuk minat. Belajar macam mana orang lain boleh baca 4-5 buku dalam sehari, kita at least boleh baca 3-4 muka buku dah ok. Tapi bukan novel atau komik yek. Aku tau, kalau novel or komik, mmg sehari boleh habis berbuku-buku. Tu cara orang kita. Ni membaca bende2 ilmiah selain dari surat khabar. Kita slalu baca gosip la artis la di FB, media sosial dll.. yes, it is a part of knowledge, bagus dah tu, improve lagi.

Banyakkan lagi membaca tp jangan dalam isu artis sahaja, luaskan lah sikit, boleh cari bab fesyen, masakan, slow2, pastu luaskan sikit ttg isu dan gejala rakyat malaysia, budaya. Tak perlu la nak baca sampai tahap kajian2 saintifik fizik geologi bagai, bace yang simple dan mudah faham.. Majalah Dewan Budaya dan Dewan Bahasa banyak yang boleh kita korek ilmu dari situ. Satu lagi belajar cara membaca dengan betul dan pantas, macam mana nak baca dengan pantas, dan dapat ilmu dari bahan bacaan kita tu, bukan kene baca dari kulit ke kulit sahaja, ada lagi trick dan kaedah yang lain yang kita bleh belajar....

Laporan Ilmiah/akademik sukar difahami dan Penulisan Akademik bosan untuk dibaca

Yang ini aku sekalikan la.. yang ni aku nak fokus kan sikit. Maybe dah ade idea ttg ni, dan dah ramai yang cuba buat, tapi aku just bagi pandangan. Pembelajaran di universiti, bacaan-bacaan ilmiah berbeza dengan bacaan santai masyarakat biasa. Namun ilmu ni kene juga disebarkan kepada masyarakat. So macam mana? Iaitu dengan memudahkan penulisan akedemik dan kajian agar mudah difahami, boleh dibaca dan tidak bosan dibaca oleh masyarakat.

Banyak cara, banyak yang dah dibuat, contohnya melukis karikatur atau kartun mengenai isu – cara  simple dan mudah bagi masyarakat faham. Contohnya lukisan karikatur dalam surat khabar yang mengkritik isu semasa. Bagus idea ni. Mudah faham, ringkas dan padat. Lain? Jadikan kajian yang ditulis sebagai penulisan imliah sebagai satu cerita, novel, cerpen, cerita kanak-kanak? Apa sahaja yang memudahkan masyarakat faham. Bahasa yang digunakan direndahkan tahapnya, dipermudahkan. Supaya masyarakat lebih mudah baca kajian2 universiti menjadi bahan bacaan yang lebih ringan dan mudah dihadam nitiven.

Malah sekarang ni kajian-kajian sosial dah dijadikan video pun. Social experimet dah banyak kat youtube, diselitkan dengan kajian-kajian pakar. Dirakam dari jauh secara sembunyi, banyak isu2 sosial seperti isu homeless, Islamophobia dan lain2 kajian dijadikan video.


Di bawah merupakan sebahagaian gambar karikatur kritikan dan jenaka dalam lapangan Antropologi, Sosiologi dan Arkeologi :-




























LAPORAN SANTAI

Semua ini lah yang aku panggil sebagai LAPORAN SANTAI. Kajian-kajian yang dibuat, dipermudahkan dan disantaikan agar difahami masyarakat. Bukan lah membuang ‘serius’, ‘emperikal’ atau ‘saintifik’ dalam sesebuah kajian. Kajian dan laporan bersifat emperikal dan saintifik masih lagi diperlukan dan dijalankan. Namun adakah ia mampu dicapai dan digapai masyarakat awam?

Benda-benda ni dah banyak dibuat di Negara yang maju dan pentingkan keilmuan, Malaysia belum lagi sampai tahap tu, kita perlu sedar, jurang ilmu antara Netizen dan para ahli akademik sebenarnya agak jauh jurangnya. Tapi sedar tak sedar, ilmu yang ahli akademik dapat tu semua berasal dari Netizen tu. Jadi apakah usaha kita untuk beri semula ilmu itu kepada mereka..?

Ini semua hanyalah pandangan dan cadangan dari mindaku yang cetek. Sebabnya aku melihat tesis-tesis yang tebal di perpustakaan2 universiti, buku-buku, ensiklopedia dan kamus2 tebal disana, berhabuk tak bersentuh. Banyak digunakan oleh pensyarah, student dah makin kurang guna sbb adanya “pak cik Google”.. kita tak tahu mungkin ada manusia di luar sana ingin membacanya tapi tak tahu kewujudannya..

Ini lah yang menjadi kebimbanganku. Ilmu..bukan untuk disimpan, tapi dipraktikan, diajar dan disebarkan..


In sha Allah dengan usaha, ilmu yang para Ilmuan dan para akademik ada, kita sama-sama mencari jalan, menyebarkan dan memberikan ilmu pengetahuan kepada seluruh umat manusia... amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS