DIY KITAB ENSIKLOPEDIA MAKHLUK MITOS

DIY KITAB ENSIKLOPEDIA MAKHLUK MITOS

Disebabkan Minat Terhadap Buku, tapi tak la terlalu rajin membaca, mungkin boleh ketegorikan diri aku sebagai ‘Tsundoku’, (perkataan jepun merujuk kepada tabiat suka membeli dan mengumpul buku sehingga bertingkat-tingkat di rumah tetapi tida pernah membaca buku-buku tersebut), tapi aku membaca la jugak buku-buku tu semua, tak banyak, sikit, at least ada la sikit sebanyak ilmu dalam setiap buku tu yg aku ketahui dan cekup sebagai ilmu di dada. Malah sekarang ni aku tengah train diri aku untuk jadi minat membca dan belajar macam mana nak membaca buku dengan cara yang betul dan pantas, In Sha Allah... Amin..


Tapi baca buku tu bab lain, ni bab minat kepada buku, ilmu, juga minat kepada benda-benda antik, rara, vintage dan sebagainya... minat tgk org DIY benda2 kratif.. juga minat kepada perkara2 mistik, mitos, makhluk2 ghaib...ya, tu antara minat2 aku la.. so aku gabungkan la minat2 aku tu membentuk satu hobi... hobi membuat buku/jurnal/kitab vintage..
Antara koleksi buku/ jurnal yang aku buat slaluya aku buat mini jurnal, nampak Vintage.. gunakan kulit jurnal/buku yang lama dan vintage, aku design balik, guna A4, rendam dalam air kopi + teh, keringkan, so kertas jadi coklat nampak vintage..


Tapi ade satu buku ni aku buat sendiri, tapi tak la 100%... buku ni boleh download je dari internet... pdf.. buku ensiklopedia ttg makhluk2 ajaib,mistik, makhluk2 mythology seluruh dunia.. “MYSTERIOUS CREATURES : A Guide to Cryptozoology” oleh George M. Eberhart.. best buku ni...macam kamus untuk penyelidik makhlukk mitos la...


So, aku print, harga print sahaja lebih kurang RM200... kemudian aku beli buku album, buku tu harga lebih kurang RM25 tak silap, sbb cover dia cantik.. cover dia gambar ancient egypt script.. aku beli hot glue gun, blajar cara nak guna, tali guni kecil, dan beberapa alat lain utk design buku aku... Hasilnya.. hehehe..tgk la gambar sendiri..mcm kitab makhluk mitos kuno..Cuma aku tak vintage kan je paper A4 tu...biarkan warna dia putih biasa...



So.. bawah ini lah gambar sedikit prosesnya dan hasilnya... 































Di bawah pula adalah salah satu DIY Jurnal Vintage yang aku buat.. kulitnya dari buku diari kalendar.. kali ini aku gunakan teknik bakar kertas A4 yang aku dah rendam dengan air kopi dan teh. Bakar disisi kertas itu menghasilkan teksture yang unik dan berbeza satu dengan yang lain..









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment