LAPORAN SANTAI? :- MAKALAH PERBINCANGAN JURANG ILMU ANTARA PARA AHLI AKADEMIK DAN NITIZEN
Kali ini aku nak cerita sedikit
tentang research report yang aku nampak dari sudut pandang berbeza. Research
report yang aku maksudkan ini termasuklah laporan kajian biasa, asignment2
kecil,jurnal, tesis2 kajian, artikel, disertasi kajian dan lain-lain.
Kebiasaannya laporan2 kajian ini bersifat ilmiah yang dihasilkan oleh
pelajar-pelajar universiti, pensyarah dan sebagainya. Pendek kata bidang
akedemik biasa dengan laporan2 kajian ni.
Dalam Sains Sosial sendiri,
bidang2 kajian kecil termasuklah Antropologi, Sosiologi, Sejarah, Geografi dan
lain-lain mempunyai berjuta-juta laporan kajian ilmiah yang ditulis,
dikeluarkan dan diterbitkan, tidak kurang dibukukan dan dijurnalkan. Sedar atau
tidak, seluruh laporan kajian ini amatlah penting bukan sahaja kepada bidang
sains sosial, namun juga kepada pemerintah yang ingin menentukan dasar, pihak
muzium dan galeri serta arkib dan perpustakaan bagi menyimpan maklumat dan
data, dan semestinya penting kepada seluruh masyarakat.
Namun, sedar tak kita, berapa
ramai orang awam yang membaca kajian-kajian sains sosial? Berapa ramai nitizen
yang mendalami ataupun sekadar merenung sejenak hasil tulisan-tulisan akademik
ini? Walaupun library universiti dibuka kepada orang awam, berapa ramai pekebun
getah datang kesini mencari buku2 teori Marxist? Berapa ramai para peniaga
kecil datang kesini menelaah kajian2 sosioekonomi Malaysia? Sedangkan para ahli
akademik terutamanya para penyelidik dan pensyarah bidang sains sosial bertungkus-lumus,
berkorban masa, wang dan tenaga dan malah ada yang merisikokan nyawa sendiri,
sahabat dan keluarga demi mendapatkan serta mengumpul data-data tersebut. Siapa
yang baca akhirnya? Ahli akademik juga. Rasa macam tak berkembang. Nitizen baca
ke? Rasa macam tak bernilainya penat lelah ahli akedemik mencurah bakti kepada
nusa bangsa.
Masaalahnya....
Hmm..macam mana wujud masalah
ini..? First kene tahu la, bende ni masalah ke? Yes. Masalah. Kepada masyarakat
itu sendiri. Kenapa? Kajian-kajian yang dibuat ni bukan untuk hiburan. Tapi
untuk kelangsungan budaya, kelangsungan masyarakat, mengenalpasti masalah dalam
masyarakat dan mungkin ada solution2 tertentu. Yes, bidang akademik hanya
mengkaji data, namun dengan data inilah pihak2 tertentu boleh cari jalan
penyelesaian.
Contohnya, masalah etnik Bajau
laut yang tidak bernegara atau yang sememangnya hidup dikawasan perairan
sempadan Malaysia-Filipina. Mereka ada yang tidak mempunyai mana-mana
kewarganegaraan disebabkan hidup yang berpindah randah. Mereka yang boleh
dilabel debagai nomad kerana hidup di dalam perahu di lautan menjadikan kawasan
laut perairan tersebut sebagai kediaman mereka. Masalah muncul apabila Malaysia
dan Filipna merdeka dan membentuk sempadan politik dan negara yang menyebabkan
etnik Bajau Laut ini tersepit dan ‘kediaman’ mereka terbahagi dan terbelah oleh
kemerdekaan dua negara ini.
Disinilah Sains Sosial beperanan
mengkaji mengapa mereka tidak berwarganegara dan bagaimana ia berlaku. Setelah
kajian dibuat dan dibentangkan, pihak atasan iaitu PBB mengeluarkan Kad World
Pass dimana mereka boleh merentas kawasan sempadan Malaysia-Filipina tanpa
sekatan mana-mana pihak. Malah Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohd berusaha menjalankan projek pemberian IC Malaysia kepada mereka setelah
kajian dan penyelelidikan rapi dibuat, walaupun ada tentangan dari pihak yang
tak faham dan tak mengerti isu sebenar.
Kalau dilihat dari sudut pandang
pengekalan budaya dan tradisi pula, ilmu sains sosial seperti sejarah dan
antropologi merekod budaya-budaya tradisional masyarakat Malaysia termasuklah
dari segi seni ukir, seni tari, seni muzik, pantang larang, adat dan
kepercayaan,pakaian tradisi dan lain-lain. Apakah tujuan semua ini direkod dan
disimpan? Diletakkan dimuzium dan dilupakan? Tidak. Pentingnya semua ini agar
generasi akan datang memahami dan dapat mempelajari asal usul mereka,
kebudayaan nenek moyang mereka dan pentingnya semua ini agar tidak luput dan
pupus ditelan zaman.
Penting kan? Jadi memanglah
bermasalah jika Laporan kajian Sains Sosial, hanya dikaji, dibaca, diselidik
dan diteliti oleh orang-orang dalam bidang ini sahaja.
Macam mana Masalah ini timbul?
Macam mana? Hmm.. dari
pemerhatian aku la, ada beberapa faktor yang mendorong berlakunya masalah ini.
Faktor-faktor itu adalah :-
1) Sikap
Malas Membaca
Yes. Ini tak
boleh dinafikan. Sememangnya masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu memang
malas membaca terutamanya benda-benda ilmiah. Tak tahu lah kenapa. Tak berminat
ke. Bosan ke. Tak menarik ke. Tak da masa ke. Paling-paling yg dia baca ilmiah
sikit, surat khabar. Ok lah. Yang jenis baca berita kalau viral kat FB, Insta,
Wechat, Beetalk sahaja? Ntahkan ya, ntahkan tidak berita2 tu. Orang tak mati
pun diviralkan dah mati. Yang ni rajin baca..
2) Laporan
Ilmiah/akademik sukar difahami
Yang inilah
sebenarnya yang akan aku fokuskan nanti. Masalahnya bukan dari nitizen, tapi
dari laporan itu sendiri. Kita perlu faham, bukan semua nitizen memahami konsep
penulisan akademik, konsep metodologi, falsafah dan teori, model2 kajian, data2
primer dan sekunder, data kualitatif dan kuantitatif, hipotesis dan sebagainya.
Mereka ada yang pelajaran setakat sekolah menengah, bukan nak merendahkan,
namun ini realiti, bahasa akademik terlalu tinggi untuk dibaca, data akademik
terlalu kompleks untuk difahami, kajian2 akademik terlalu mendalam untuk
dihadam.
3)Penulisan
Akademik bosan untuk dibaca
Bosan? Ya. Nitizen
adalah manusia, ada minat, ada nafsu, ada keinginan, ada emosi dan ada rasa
bosan. Jika penulisan akademik, laporan kajian ini bersifat terlalu ‘akademik’
terlalu ekstrim dalam penulisannya, disasarkan kepada higher education
semata-mata, maka matilah nafsu para nitizen untuk membacanya. Pendek kata,
tulisan hampir 100%, ayat dan bahasa terlalu tinggi, penggunaan perkataan2
akademik yang sukar difahami, data yang terlalu kompleks untuk difahami,
jangankan nitizen biasa, pensyarah pun sama ada mengantuk, kalau tak pun berbulu
otak juga nak faham, kan?
Ketiga-tiga faktor ini sebenarnya
adalah kronologi, kenapa taknak baca? Susah nak faham. Habistu? Dah tak faham,
nak baca macam mana, bosan la jadinya. Akhir sekali bila bosan nak baca, timbul
sikap malas nak baca laporan akademik. akhirnya timbullah jurang keilmuan yang sangat luas antara ahli akademik dan masyarakat awam.
Penyelesaian?
Waw, terus pergi penyelesaian
yek. Ini bukanlah penyelesaian yang hasil daripada kajian atau penyelidikkan.
Tapi pandangan saya sebagai individu sahaja untuk mengurangkan gap atau jurang
ilmu sains sosial antara masyarakat dengan ahli akademik.
Sikap Malas Membaca
Yang ini kene
train. Kene ade disiplin, semangat, motivasi dan kene pupuk minat. Belajar macam
mana orang lain boleh baca 4-5 buku dalam sehari, kita at least boleh baca 3-4
muka buku dah ok. Tapi bukan novel atau komik yek. Aku tau, kalau novel or
komik, mmg sehari boleh habis berbuku-buku. Tu cara orang kita. Ni membaca
bende2 ilmiah selain dari surat khabar. Kita slalu baca gosip la artis la di
FB, media sosial dll.. yes, it is a part of knowledge, bagus dah tu, improve
lagi.
Banyakkan lagi membaca tp jangan dalam isu artis sahaja, luaskan lah
sikit, boleh cari bab fesyen, masakan, slow2, pastu luaskan sikit ttg isu dan
gejala rakyat malaysia, budaya. Tak perlu la nak baca sampai tahap kajian2
saintifik fizik geologi bagai, bace yang simple dan mudah faham.. Majalah Dewan
Budaya dan Dewan Bahasa banyak yang boleh kita korek ilmu dari situ. Satu lagi
belajar cara membaca dengan betul dan pantas, macam mana nak baca dengan
pantas, dan dapat ilmu dari bahan bacaan kita tu, bukan kene baca dari kulit ke
kulit sahaja, ada lagi trick dan kaedah yang lain yang kita bleh belajar....
Laporan Ilmiah/akademik sukar difahami dan Penulisan
Akademik bosan untuk dibaca
Yang ini aku
sekalikan la.. yang ni aku nak fokus kan sikit. Maybe dah ade idea ttg ni, dan
dah ramai yang cuba buat, tapi aku just bagi pandangan. Pembelajaran di
universiti, bacaan-bacaan ilmiah berbeza dengan bacaan santai masyarakat biasa.
Namun ilmu ni kene juga disebarkan kepada masyarakat. So macam mana? Iaitu dengan
memudahkan penulisan akedemik dan kajian agar mudah difahami, boleh dibaca dan
tidak bosan dibaca oleh masyarakat.
Banyak cara,
banyak yang dah dibuat, contohnya melukis karikatur atau kartun mengenai isu –
cara simple dan mudah bagi masyarakat
faham. Contohnya lukisan karikatur dalam surat khabar yang mengkritik isu
semasa. Bagus idea ni. Mudah faham, ringkas dan padat. Lain? Jadikan kajian
yang ditulis sebagai penulisan imliah sebagai satu cerita, novel, cerpen,
cerita kanak-kanak? Apa sahaja yang memudahkan masyarakat faham. Bahasa yang
digunakan direndahkan tahapnya, dipermudahkan. Supaya masyarakat lebih mudah
baca kajian2 universiti menjadi bahan bacaan yang lebih ringan dan mudah
dihadam nitiven.
Malah sekarang
ni kajian-kajian sosial dah dijadikan video pun. Social experimet dah banyak
kat youtube, diselitkan dengan kajian-kajian pakar. Dirakam dari jauh secara
sembunyi, banyak isu2 sosial seperti isu homeless, Islamophobia dan lain2
kajian dijadikan video.
LAPORAN SANTAI
Semua ini lah yang aku panggil sebagai LAPORAN SANTAI.
Kajian-kajian yang dibuat, dipermudahkan dan disantaikan agar difahami
masyarakat. Bukan lah membuang ‘serius’, ‘emperikal’ atau ‘saintifik’ dalam
sesebuah kajian. Kajian dan laporan bersifat emperikal dan saintifik masih lagi
diperlukan dan dijalankan. Namun adakah ia mampu dicapai dan digapai masyarakat
awam?
Benda-benda ni dah banyak dibuat di Negara yang maju
dan pentingkan keilmuan, Malaysia belum lagi sampai tahap tu, kita perlu sedar,
jurang ilmu antara Netizen dan para ahli akademik sebenarnya agak jauh
jurangnya. Tapi sedar tak sedar, ilmu yang ahli akademik dapat tu semua berasal
dari Netizen tu. Jadi apakah usaha kita untuk beri semula ilmu itu kepada
mereka..?
Ini semua hanyalah pandangan dan cadangan dari mindaku
yang cetek. Sebabnya aku melihat tesis-tesis yang tebal di perpustakaan2
universiti, buku-buku, ensiklopedia dan kamus2 tebal disana, berhabuk tak
bersentuh. Banyak digunakan oleh pensyarah, student dah makin kurang guna sbb
adanya “pak cik Google”.. kita tak tahu mungkin ada manusia di luar sana ingin
membacanya tapi tak tahu kewujudannya..
Ini lah yang menjadi kebimbanganku. Ilmu..bukan untuk
disimpan, tapi dipraktikan, diajar dan disebarkan..
In sha Allah dengan usaha, ilmu yang para Ilmuan dan
para akademik ada, kita sama-sama mencari jalan, menyebarkan dan memberikan
ilmu pengetahuan kepada seluruh umat manusia... amin...
0 comments:
Post a Comment